Assalamualaikum. Apa khabar. Semoga pembaca sihat semuanya dan dirahmati oleh Allah dan Rasul.
Tujuan saya menulis adalah untuk beri kesedaran kepada sahabat-sahabat saya dan rakan didalam industri kewangan baik Takaful, Insurance, Unit trust, Hartanah, MLM, Coway dan sewaktu dengan nya.
Nama saya adalah Faizal, pengalaman didalam bidang kewangan lebih 10 tahun dan ramai kenalan di dalam business lain juga. Saya juga salah seorang leader yang masih berjuang untuk berjaya.
Seperti anda lihat trend masa kini ramai leader dan agent akan pamerkan kehidupan yang serba mewah, kereta besar dan rumah besar.
Sebenarnya tidak semua seperti anda lihat dan fikirkan. Ramai yang BBNU dan acah-acah kaya atau lebih tepat biar papa asal bergaya.
Yea memang benar boleh berjaya dan kaya jika focus dan berusaha. Namun ia memerlukan process dan makan masa bertahun untuk stabil.. kukuh.
Rata-rata leader akan mengambil masa lebih 6-8 tahun untuk betul- betul kukuh dan mampu bermewah setelah mereka bekerja keras.
Kenapa saya katakan hakikat nya sebegini?
Kerana ia atas dasar pemerhatian saya terhadap kawan-kawan dan diri saya.
Sikap kegagalan pengurusan kewangan,
Ada yang pernah Muflis, ada yang terpaksa pinjam ahlong, Ada terpaksa pinjam hutang jahat di bank, Jual rumah dan sebagainya.
Nasihat saya, jika pendapatan bawah daripada 20K, elak lah berhutang 9 tahun beli kereta mewah.
Saya faham, anda perlu pamerkan hasil kejayaan anda untuk buktikan dan Recruite ramai team, tetapi jangan sehingga kewangan anda berdarah.
Sebaliknya labur lah didalam peniagaan anda dan jaga team anda sehingga anak-anak didik anda berjaya… Kejayaan itu lebih ASLI berbanding hanya pamirkan kemewahan PALSU.
Kesilapan dikalangan leader contoh perunding kewangan, dimana pendapatan kurang dari RM20K dan Cash kurang dari 200K.. anda sudah sign loan aku janji ikat 9 tahun kereta mewah.
Jika pendapatan baru RM10K sebaiknya sabar dahulu… 10K dengan inflasi masa kita bukan lagi angka yang besar.
Anda seharusnya lebih bijak, anda perlu lah Walk the talk… jangan hanya pandai bercakap tetapi sebenarnya gagal didalam pengurusan kewangan.
Lebih malang apabila sanggup berhutang besar dengan kereta tetapi tiada hartanah dan tiada simpanan 12 bulan yang mengcukupi.
Berdosakah beli kereta buatan Jepun, atau Local? Memang syarat berjaya kena ada BMW? MERC? MINI? AUDII?
Bukan tidak boleh, tetapi harus lah setelah benar-benar mampu dan minima income bulanan harus 20-30k ke atas. Hanya kerana lepas loan tidak semestinya anda mampu ya… ingat tu.
Seorang demi seorang kenalan leader penapis air, Takaful, Unit trust mula mengadu team nya tidak lagi sekencang dahulu… pening nak cover expenses bulanan. Walhal sebelum ini pendapatan nya 10-20K.
Mana pergi saving? Langsung tiada simpanan dan perlaburan?????
Alangkah tenang hidup, jika expenses hanya 30% daripada income 20K tersebut.
Cuba bayangkan cash flow anda lebih positive dan boleh bina real asset dan passive income dari perlaburan. Hasil perlaburan itu akan tolong bayarkan liabliti bulanan untuk jangka masa panjang. Itu lebih bijak….
Jika anda betul2 top leader dan mampu bagi saya anda memang layak untuk bermewah kerana anda sangat mampu. U deserve it !!!
Sementara kita belum jadi Top lagi sabar lah… hiduplah bawah kemampuan dan teruskan usaha jangan pernah mengalah.
Akhir sekali Diingatkan kita kena bijak lah kewangan. Jangan biar diri dan minda kita miskin tanpa kita sedar.
Kereta bukan lambang kejayaan, jadilah diri anda yang asli,jangan jadi orang pura-pura nampak kaya semata-mata mahu disanjungi.
– Nobody (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit