Kegembiraan Yang Hilang di Aidilfitri

Terima kasih admin atas peluang disiarkan confession ini. Ramai yang bercerita pasal pengalaman hari raya bersama keluarga. Ada yang meriah ada juga yang sebaliknya. Begitu juga dengan diri ini. Terlebih dahulu, aku kenalkan diri. Aku Zati, belajar di sebuah kolej di Johor. Keluarga aku ada di Selangor. Sadisnya Aidilfitri kami sekeluarga tahun ini adalah sebab tak dapat balik beraya. Namun ia lebih kepada takmau balik beraya. Kami sekeluarga beraya di Selangor sebagai perantau.

Hal ini disebabkan persengkataan dan perselisihan dalam keluarga adik beradik pak aku. Sejujurnya, setiap kali pulang beraya di Kedah, kami pulang ke kampung dan tinggal di rumah pusaka yang mana didiami oleh ibu saudara. Ya rumah pusaka tersebut didiami oleh keluarga abang kepada pak aku, aku bahasakan paklong dan maklong. Paklong aku dah lama meninggal, dalam lima tahun lepas. Kemudian disusuli atok dan nenek aku. Jadi rumah tersebut didiami maklong bersama anak-anak (sekarang semua dah kerja). Bermula ketegangan apabila salah seorang sepupu aku (anak maklong) bertanya dan meminta geran tanah rumah pusaka tersebut kepada pemegang amanah, Pak Ngah (adik arwah paklong). Pak Ngah pada awalnya agak pelik kenapa hanya seorang sahaja yang datang untuk dapatkan hak mereka. Sepatutnya sepupu-sepupu aku (anak-anak arwah paklong) datang berjumpa dan berbincang. Jadi pak ngah hold dulu untuk berikan hak mereka tersebut.

Menambah kekusutan, sepupu aku yang pergi jumpa PakNgah tu pun memulakan fitnah bagitahu adik beradik dia (which is sepupu aku jugak) yang pakngah taknak bagi harta pusaka hak diorang. Habis dicanang satu kampung yang pakngah makan harta anak yatim. Sedangkan pakngah cuma minta untuk semua orang berkumpul. Selepas itu bermula lah siri-siri fitnah yang aku tak perlu sebutkan. Pak aku cukup sedih dengan perkara ini. Tapi apa daya kami sekeluarga. Bukan kata tak cuba. Pak aku dah cuba untuk damaikan keluarga kami ni. Tapi dengan Pak aku sekali kena fitnah (which is tak kenang budi sebab dah macam-macam arwah paklong dulu tolong masa ayah aku belajar lagi). Kami sekeluarga yang tersepit kat tengah-tengah. Ditambah hubungan kami sepupu sepapat (anak-anak arwah paklong dan anak-anak pakngah )turut berkelahi.

Keadaan lebih parah apabila maklong buat keputusan untuk berpindah daripada rumah tu (since anak-anak semua dah kerja). Dicanang pula satu kampung mengatakan pakngah aku halau. Tak beberapa lama, kami dapat tahu yang rumah tersebut disewakan. Allahuakbar. Mendengar perkhabaran sebegitu, terus sebak. Rumah yang sepatutnya jadi tempat berkumpul ramai-ramai untuk apa jua majlis keraian ataupun musim perayaan dah jadi milik orang lain.

Disebabkan perkara-perkara tersebut, pak aku ambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung. Yelah nak beraya pun dah taktau nak pi duk mana. Even kedua-dua pihak (maklong dan pakngah) ada juga call pak aku habaq kata mai duk rumah depa. Tapi bagi kami tak sama dengan rumah pusaka tu. Tambah kami pulak lapan beranak mana nak muat. Aku sedih dengan apa yang dah jadi. Aku kesian dekat keluarga aku, aku kesian dekat keluarga arwah paklong aku juga kesian dekat pakngah. Tapi mampu kesian ja lah, tak mampu nak buat apa-apa sebab hal orang tua.

Jadi aku harap sedikit sebanyak perkongsian aku ni dapat bagi pengajaran dekat readers semua. Selagi mana boleh diperbaik diperbetui. Cuba lah usaha. Cuba lah cari jalan duduk berbincang elok-elok. Entah, yang aku terkilan sangat hubungan dengan sepupu-sepupu pun dah tak macam dulu. Aku rindu. Sekian

– Zati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit