Ke hadapan saudaraku, Najis, (https://iiumc.com/kenapa-ramai-lelaki-gay-kahwin/).
Hai, aku Tanah. Salam perkenalan di alam maya.
Dalam banyak2 Confession, ni baru pertama kali aku tergerak hati & jari mulai mengetuk papan kekunci untuk merespon. Tapi bukan sebagai commentator, kalini aku balas sebagai confessor juga. Sebab panjang, haha.
Ke hadapan saudaraku Najis, I can see as remorse and angry as you’re, but you’re now a bit relief too.
1. Kau nampak diri kau hina, ibarat najis, disebabkan pandangan masyarakat terhadap kau yang mungkin, nalurinya tidak sama seperti lelaki lain.
Kau salahkan keadaan kau, agama & persekitaran kau, orang2 yang paksa kau kahwin, hanya disebabkan kau tak boleh fit into the norm.
Lemas, tapi tetap tak boleh menyelam naik ke muka. Cause everytime you tried to do so, you’ll be drown into the same pit again and again.
And you guess what? That’s okay.
2. Kenapa aku cakap that’s okay? Because that is how life is planned for you, by Allah. Mungkin untuk kau, aku dan beberapa ramai lagi manusia lain, memang begini takdir kita yang termaktub di Luh Mahfuz.
Kita tidak dilahirkan dengan semuanya lurus dan indah-indah belaka. Susah, ya betul. Dengan susah payah kita cuba untuk hidup macam orang lain, tapi end up sering kali juga terjatuh dalam lubang yang sama. Kau tahu Allah kata apa?
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, janganlah engkau berputus asa dari rahmat ku,”
3. Mula-mula aku selalu marah dan rebel juga, kenapa itu dan kenapa ini. Sampailah aku faham, yang Allah dah kata bahawa kita ini akan diuji, tak sikit, banyak. Tak senang, susah.
Aku rasa sebab tu orang kata Al-Quran ni macam manual hidup. Sebab kalau kita dapat gist dia, kita akan at least, be prepared mentally.
So bila aku terjumpa ayat 155 daripada Surah al-Baqarah ni, it made more sense. Tapi aku tak kata aku terima semua yang jadi on the spot. Aku just, slightly mentally prepared.
4. Kau marahkan Tuhan. Lalu kau merajuk dan menyangka bahawa kau mampu menahan amarah dariNya di akhirat kelak. Jangan bro.
Kau boleh kata mampu sekara, sebab waktu kau fikir & taip tu, kesihatan kau masih elok. Kewangan kau masih stabil. Kau masih baik-baik saja di dunia ini. Dan Tuhan masih kasih. Dia bagi kau banyak nikmat, walaupun bukan segala-galanya. Tapi kat akhirat nanti lain cerita bro.
Sakaratul maut saja kita dah tak mampu nak tanggung, mampu ke kita tanggung sorang-soranh di alam barzakh, dan kemudian sambung hidup merana di akhirat sana?
Kau tahu hidup kat dunia ni tak bahagia, sebab bukan semua berjalan seperti yang kita mahukan, tapi kenapa menempa murka Allah pada kehidupan yang lebih panjang?
The pain will not stop here, and why wanna continue in the afterlife? Don’t you feel like you deserve to live happily too, at least there?
5. Satu kebaikan kau yang aku salute. Kau tak ragu-ragu melepaskan dia yang kau terpaksa kahwini tanpa kau cemari. You let her go so she could try and foster her own happiness. So you could be relieved too.
Aku sure dia bersyukur sebab kau sudi lepaskan dia berbanding suami-suami dayus lain yang masih ego memperhambakan isteri, bukannya melindungi isteri.
Aku doakan, semoga kebaikan kau yang satu menjadi asbab Tuhan bukakan pintu-pintu kebaikan lain untuk kau dan dia.
6. Aku tanah. Sebab aku berasal dari tanah, dan akan kembali jadi tanah. Kau pun sama senanya. Kau bukan najis. Kita ni bro, hanyalah tanah-tanah yang cuba mengetuk pintu-pintu. Pintu taubat. Pintu peluang bahagia. Pintu syurga.
Aku tak tahu bagaimana murkanya Tuhanku pada dosa-dosa aku sebelum ni, tapi aku tahu, rahmat dan kasih sayang Dia terlalu luas dan tak mampu aku ukur. Aku berpegang pada tu, untuk membuka lebih banyak pintu.
Dan semoga dari banyaknya pintu-pintu yang cuba kita ketuk dengan penat lelah dan asa yang cuba dihidupkan setelah berkali-kali putus, kita menemukan pintu untuk sekurang-kurangnya sekali, hidup bahagia dengan nafas syukur.
Hmm, kata dah panjang. Thank you sudi baca, aku harap kau bacalah. Kbai.
– Tanah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa mengurniakan hati yg Qanaah kepada kita . aamiinn…thank you for the sharing.