Jadi diri sendiri vs ikut trend/kehendak orang lain.Apa pilihan anda?Persoalan macam ni dah dibincangkan entah berapa juta kali sejak dulu hingga sekarang.Masih belum ada jawapan tetap yang boleh diseragamkan di seluruh dunia.
Soalan pertama:Apa itu common sense?Sebab common sense ni yang tetapkan individu untuk jadi pengikut kepada kehendak pihak yang lain.Ini berlaku tak kira pihak itu seorang,5 orang,seramai negeri atau negara.Seseorang akan terpaksa tunduk kepada ‘kebiasaan’ orang lain,walau betapa bodohnya common sense tersebut.
Sepanjang saya kenal dunia facebook,saya mula sampaikan idea dan fikiran,dengan macam-macam gaya penulisan,tapi jawapan tetap sama,manusia tak cari penyelesaian hidup,mereka cari ‘senang’ dan ‘mudah’,mereka tak boleh terima idea berat,mereka hanya mahu ringankan otak dan hilangkan stress,dengan tulisan-tulisan yang ‘gampang’.Secara ringkas menurut Nabi-mereka adalah umat akhir zaman yang bodoh.
Sampai satu tahap saya fikir,ni dah patut berhenti,saya mahu berhenti ikut trend/kehendak orang lain.Risikonya ada,saya takkan lagi ada kawan,tapi saya katakan pada diri,simpan kawan yang tak serius nak jadi faedah kepada kita sama macam simpan sampah dalam poket.Saya sendiri adalah sampah,saya jauh daripada Tuhan,tapi tak mungkin satu sampah akan bersih dengan berada bersama sampah-sampah yang lain.
Salah satu common sense sekarang adalah,dalam dunia sosial mesti pandai bergurau,pandai buat lawak,secara jujur,ini bukan adab orang yang berilmu,dan orang yang mahu mengajar orang lain,hanya perlu sesekali bergurau,selebihnya dia harus serius dan tegas,kerana itu masa dan peluangnya untuk memperbaiki hidup orang,sekadar perkara lawak dan kelakar boleh cari di mana-mana.Tapi hampir semuanya terkena penyakit dunia yang buruk ni,daripada makcik kampung sampai kepada ustaz-ustaz yang mengajar dalam masjid.Saya tekankan penyakit kerap bergurau ni sebab hasilnya sangat buruk,setiap orang akan hanya mahu ‘mudah’ dan ‘ringan’,dan sebab penyakit kerap berketawa dan bergurau adalah salah satu common sense paling popular jika mahu diterima dalam masyarakat.Jika sikit sahaja kita cuba jadi tegas dan serius,kita akan ditolak keluar daripada dunia sosial,dan jadi kera sumbang.
Sebelum bertanya soalan,apa itu common sense,kita perlu bertanya,apa tujuan common sense tersebut?Jika ia dicipta untuk jadikan manusia lebih sopan dan santun,ya,patuhi.Tapi secara umum,hampir tidak ada manusia yang serius peduli untuk pilih mana satu baik dan mana satu buruk,tu sebab akhir zaman adalah seburuk-buruk zaman,sebab yang pilih jawapan yang lebih baik itu sangat sedikit.
Common sense pada tahap rendah ini adalah bergantung kepada apa yang anda percaya.
Soalan kedua:Apa itu Diri Sebenar?Ini juga dibincangkan berjuta kali sepanjang manusia wujud,dan jawapannya sama seperti tadi.Jika diri anda yang ‘sebenar’ tu menjadikan anda lebih baik secara individu atau ketika sebahagian daripada masyarakat,itu yang anda perlu lakukan.Jika diri ‘sebenar’ tu membawa nilai buruk,jadi kehendak siapa yang anda akan ikut,diri sendiri atau masyarakat?
Saya akan jawab soalan ini.
Apa yang anda katakan sebagai common sense dan diri sebenar itu,kedua-duanya adalah palsu,jika makna yang anda beri kepada kedua-duanya sama seperti apa yang saya teka ada dalam fikiran anda.
Diri sebenar itu adalah tahap pertama sebelum memasuki tahap common sense.Ia ada sejak awal anda dicipta Tuhan dan ia tidak pernah berubah.Dalam erti kata lain,’Diri sebenar’ adalah ‘fitrah’,iaitu Islam/hamba Allah.Anda mesti melakukan segala kebaikan yang diajar Islam dan membuang segala keburukan yang ditolak Islam.Sampai tahap bila anda telah jadi hamba Allah yang sebenar,itu adalah makna diri sebenar,dan makna itu yang akan sampaikan kita kepada tahap seterusnya,common sense tahap tinggi,iaitu jamaah(kesepakatan sekelompok manusia di dalam Iman dan Islam).
Selain daripada itu,walau sesopan mana common sense & diri sebenar itu,walau sejujur mana anda katakan itu adalah diri anda yang sebenar,ia bukan benar-benar common sense/diri sebenar yang sejati,kerana ia adalah nilai individu atau nilai sepakat masyarakat yang dibuat bukan atas dasar faham(kerana Allah),tapi atas dasar kebiasaan atau kehendak manusia.Sekali dirempuh soalan-soalan baru,common sense dan diri ‘sebenar’ itu runtuh.
Sebab tu,jika ditanya mana satu perlu dipilih,diri sendiri atau masyarakat,atau jika ditanya apa makna diri sebenar dan apa makna common sense sejati yang akan dipatuhi sepanjang hayat,pilihlah celupan Allah yang telah dicelup kepada anda sejak alam roh.
Jawablah:kami adalah hamba Allah,tiada Tuhan selain Allah,dan kami tetap patuh dan tunduk kepada Tuhan sekalian alam.
– Fata
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit