Aku terdetik hati untuk menulis selepas aku membaca artikel ‘Bagaimana Kata-kata Boleh Mencederakan’, nukilan Ilzanno Sharky. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/bagaimana-kata-kata-boleh-mencederakan-seseorang/).
Adakah hanya aku seorang yang menangis tatkala membaca artikel ini? Mungkin ya, mungkin tidak. Jawapan aku, ‘Words do hurt you, deeply’.
Aku anak kedua dari lapan beradik. Keluarga kami agak susah sejak aku kecil memandangkan hanya ayah aku yang bekerja sebagai guru biasa pada waktu itu. Kakak dan aku dibesarkan dengan tegas oleh ayah dan ibu manakala apabila adik lelaki aku dilahirkan, ayah mula mengurangkan hukuman rotan ke atas kakak dan Aku.
Jarak umur kakak dan aku tidak sampai 2 tahun, jadi kakak aku menganggap aku adalah saingannya sepanjang kami membesar. Apabila kakak aku dirotan, aku juga harus dirotan sama walaupun aku tidak membuat apa-apa kesalahan.
Mungkin kewujudan aku dirasakan menggugat dirinya dalam keluarga kami. Apabila keluar dari rumah, kakak aku tidak pernah menganggap aku sebagai adiknya. Dia selalu memberi amaran agar aku tidak menegurnya ketika di sekolah.
Ayah dan ibu selalu mengiyakan apa jua yang kakak mahukan pada waktu itu kerana kakak adalah seorang yang keras kepala. Kata ibu, “Adik kena mengalah dengan kakak. Adik kan anak ibu yang baik”.
Aku sebagai anak yang baik akan selalu mengalah dengan kakak termasuklah dalam membantu ibu dan ayah dalam membuat kerja di rumah seperti mengemas dapur, membasuh pinggan dan menjemur pakaian. Walaupun aku adik kepada kakak aku, masa tu rasa macam aku yang galas tanggungjawab sebagai kakak.
Kakak aku juga adalah seorang yang panas-baran. Sejak kami kecil, kami selalu bergaduh. Aku yang bertubuh lagi kecil dari kakak selalu mengalami lebam-lebam.
Kerana aku tidak tahan sakit selepas kami bergaduh, aku cuba tidak membuat kakak naik marah. Aku lagi suka bersendirian bermain alat muzik atau pergi bermain pasir di halaman rumah berseorangan. Bagi aku pada waktu itu, suasana yang aman hanya wujud jika aku tidak bersuara. Keadaan ini berterusan sehingga kami meningkat remaja.
Oleh kerana adik-beradik kami agak ramai, kami terpaksa berkongsi bilik yang mana merupakan satu mimpi ngeri bagi aku. Apabila kakak naik marah, aku akan dipukul dan dihalau keluar dari bilik.
Ada ketika aku akan melawan kerana bilik itu adalah bilik kami bersama tetapi aku tidak dapat menandingi kekuatan kakak, jadi aku hanya boleh cuba bertahan daripada terkena pukulan di tempat-tempat yang menyakitkan seperti perut, dada dan muka.
Kadang-kadang aku cukup marah dengan ayah dan ibu tidak berbuat apa-apa selain memarahi kakak. Aku asyik menangis keseorangan kerana aku malu untuk bercerita kepada kawan-kawan Aku. Mana mungkin seorang remaja berumur 16 tahun akan membiarkan dirinya dipukul begitu sahaja? Akulah orang bodoh itu.
Aku ni hanyalah seorang pelajar biasa tetapi aku berusaha sehabis baik untuk mencapai keputusan yang tinggi dalam pelajaran. Hasilnya, aku berjaya masuk ke sekolah menengah agama yang dikhususkan untuk 5A sahaja pada waktu itu. Sejak daripada itu lah, kata-kata yang dilemparkan kakak kepada aku menjadi semakin berbisa. “Orang pandai la katakan, sekolah 5A”.
Aku malas nak tulis dan ingat lagi pasal semua tu. Sejak aku di sekolah menengah, mak cik- cik dalam keluarga aku asyik cakap aku dah semakin berisi. Diaorang cuma cakap gelak-gelak bersahaja tetapi adakah perlu mengungkit pasal badan aku sepanjang masa setiap kali berjumpa?
Tapi bagus juga diorang cakap macam tu sebab setiap hari aku pergi sekolah, aku tidak menuju ke kantin semasa waktu rehat. Aku berusaha untuk menyimpan duit dan mula membiasakan diri untuk makan sedikit sahaja pada waktu makan yang lain. Hasilnya, Tingkatan 4 dan 5 aku agak kurus berbanding sebelumnya.
Ayah aku juga mula berubah sejak itu. Ayah sudah mula cuba mengambil berat pasal aku dengan bertanyakan hal sekolah dan lain-lain. Ayah juga tahu aku kurang membelanjakan wang dan asyik memberitahu aku untuk tidak terlalu berjimat. Namun aku tahu gaji ayah tidaklah seberapa selepas ditolak pinjaman perumahan dan kereta tidak termasuk keperluan adik-beradik aku dll.
Aku masih diri aku yang biasa, tidak suka memberitahu ayah tentang hal-hal yang akan membuatkan ayah bimbang. Sehinggalah suatu ketika aku dibuli di sekolah menengah yang heboh kepada tingkatan aku dan tingkatan selepas aku.
Pada masa itu, ayah aku sangat marahkan cikgu kelas aku kerana tidak mengambil tidakan yang sewajarnya. Ayah, kalaulah ayah tahu yang anak ayah sorang ni juga pernah dibuli sebelum menduduki UPSR?
Selepas SPM, aku mengambil diploma di salah sebuah universiti awam. Alhamdulillah, kebanyakan waktu aku semasa diploma, aku tak banyak cerewet. Cuma pada waktu ni, self-esteem and self-confidence aku agak jatuh merudum sedikit tapi aku okay.
Pada kawan baik aku sepanjang diploma, yang aku anggap kawan baik sepanjang kita berkawan, terima kasih fitnah aku pada minggu-minggu akhir kita intern. Walaupun aku sampai jatuh sakit, aku gembira aku dapat kenal siapa kawan sebenar aku. Dulu aku memang sakit sampai aku memang tak boleh nak maafkan kau tapi sekarang ni aku dah tak rasa apa-apa.
Kehidupan degree aku okay je, Alhamdulillah. Tahun 3 dan 4, sakit aku datang balik sebab banyak hal tapi apa yang aku tulis ni dah panjang sangat. Nanti jadi double panjang pulak. Cuma satu je, ‘Words are really poisonous, you really can kill people with your words’.
2 bulan ni kan konvokesyen. Aku baru lepas hadir majlis konvo aku dengan keluarga aku. Selepas aku terima degree aku, habis keluar dewan, aku jumpa ibu dan ayah. Mata ayah aku berkaca dan ayah nampak sebak melihat degree yang aku pegang.
Aku? Aku tak de perasan, jiwa kosong. Mulut aku asyik senyum tapi kalau korang kenal aku, korang akan tahu yang aku macam nak lari dari situ. Aku tak nak hadir konvo aku, kalau boleh aku nak suruh office poskan je transkrip aku. Tak perlu pergi majlis konvo tu semua tapi sebab ayah, aku pergi juga konvo tu.
Habis konvo, ayah tanya pasal kerja. Ye lah, anak ayah yang sorang ni asyik kat rumah je. Aku tahu ayah nak anak ayah sorang ni kerja sebagai seorang ******** tapi aku tak nak. Aku tak sesuai. Aku tahu diri aku. Aku takkan boleh jadi ******** yang bagus, yang elok macam orang lain. Tapi ayah tak nak terima.
Ayah, please. Aku dah banyak kali pujuk ayah supaya bagi restu untuk aku cari kerja lain selain dari ********. Sampai sekarang aku buntu.
Aku penat, ayah. Penat berusaha untuk menjadi anak yang baik, penat untuk berusaha untuk mencapai your and mom’s expectations of me. Expectations are really deadly for a person like me who will never be that person for you. I just want to be me, the ‘happy’ me. I want to be able to take a step without thinking about other people. I really wished that I’m a selfish person.
I know you just want the best for me but sometimes the best is really not the best for us.
– Ungrateful daughter (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit