Kehidupan Asrama Yang Menakutkan

Hi.. Assalamualaikum.. terima kasih to admin if this confession dipublish.. Berdasarkan tajuk, cerita aku ni jadi lebih menakutkan kerana aku mmg seorang yg penakut.. So, yg mmg penakut mcm aku senanglah nak hadam. Yang berani tu jgn pula nak kecam.

Cerita ni sempoi je. Just nak share pengalaman sepanjang aku kat asrama kat semenanjung Malaysia. Setiap tahun dari aku form 1 sampai form 3 ade je kisah yang menakutkan. Kat asrama tu aku ada sorang kakak angkat yang agak ‘alim’. So, masa first year aku sebilik dengan dia, dia selalu kejutkan aku bgn tido. Semuanya mcm biasa je sampailah masa aku tgh mandi pada suatu pagi ade kedengaran jeritan histeria memecah kesunyian pagi. Masa tu takda sesiapa dlm toilet. Aduh.. Seram sungguh.

Tak silap aku bertitik tolak dari situlah aku jadi lebih takut. Kakak angkat aku ni dapat kesan yg aku ni penakut. Pernah dia bawa aku ke bangunan kelas dia yg mmg gelap dan ‘tua’ dan dia saja tinggalkan aku kat kelas lain sementara dia ke kelas sebelah. Mmg xsampai 5minit aku kat situ dan berlari2 ke sebelah dan cuba buat cool. Pastu kawan dia cakap kesian tinggalkan aku sorang2. Sabar jelah.

Tahun yg paling seram ialah semasa aku tingkatan dua. Masa tu glamer dgn kes pecah masuk asrama. Ada yg cakap org minyak, ade yg ckp pengamal ilmu. Kebetulan aku pula berdekatan dengan pintu bilik. Setahun xkeruan weii. Pastu ade lagi cerita kononnya ada hantu yg sedang giat cari darah org yg bernama sama mcm aku!! Adoi!

Yg plg aku tak boleh lupa adalah bila ada pula pd tahun yang sama ada sorang pelajar yg tak sihat. Selalu dikacau dan histeria. Pada satu mlm masa aku tengah sembahyang maghrib dlm dorm bunyi histeria yg sgt nyaring mengalahkan siren dewan mkn. Yg sadisnye tepat kat level bwh bilik aku. Rasa mcm nak gugur jantung.

Ada juga kisah yg datang dr bilik aku sendiri. Pelajar yang berubah menjadi nenek tua. Benda tu jadi bila blackout. Bayangkanlah dupdap tu mcm mana bila dia datang approach kitorang..

Banyaklah kisah2 yang menyebabkan level ketakutan aku mencanak sepanjang berada di asrama ni. Aku mmg tekad takkan sambung belajar kat situ apa pun jadi. Mujur nasib menyebelahiku bila result PMR aku cemerlang dan dapat pindah ke asrama lain. Parents aku terkilan jgk sbb aku tak continue belajar kat situ sbb pelajaran aku merosot bila berada di sekolah yang lbh jauh dari family. Mmg masih ada kisah seram di asrama baru namun mujurlah tak seseram yg sebelumnya. Tu jelah yang nak dikongsi. Kisah yg dah lebih 20thn berlalu. Semoga anak2 aku tak mewarisi sifat penakut ku ini, walaupun 50% dah nampak kat yg sulung. Sekian. Sorry if tak menarik.

– Regina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *