Kehidupan Awal Perkahwinan

Harap admin dapat siarkan kisah ni, supaya pasangan2 muda yang akan berkahwin lebih bersedia.

1. banyak cabaran dalam kehidupan selepas berkahwin, lagi2 di awal usia perkahwinan. Bergaduh suami isteri tu biasa la, kadang2 seharian tak bercakap. Tapi salah seorang kene beralah, kalau berterusan tak bercakap tu yang membawa ke penceraian. Jangan tinggi sangat ego tu, dan jangan biasakan sebelah pihak sahaja mengalah, kita pon kene take part. Macam ni la, kalau gaduh yang lepas isteri kau mengalah, dia yang start the conversation again, the next gaduh laki kene ingat dia pulak la kene mengalah. Kalau kita yang silap, pandai2 la ambil hati pasangan lepas gaduh tu. Bende2 kecik tak payah la nak jadi sebab gaduh! Satu lagi, hal2 keluarga sendiri yang pasangan tak perlu tau lagi tak payah la nak cerita setiap detail. Tunggu masa yang sesuai bile each other dah betul2 kenal, kenal means dah tidor satu katil for few years. Takut pasangan kau interpret cerita tu differently.

2. kalau dua2 pihak kerja, kita kene beringat kene bekerjasama. Bab kerja rumah, kalau mampu hire la maid kat rumah. Sebab bila dua2 dah penat balik keje, kene buat keje2 rumah lagi, nanti makin penat, mula la salah sikit nak bergaduh. Kalau tak mampu bayar maid, suami isteri kene kerjasama. Kalau suami masak, isteri pegang/ susukan anak, pastu basuh pinggan sama2. kalau isteri basuh baju, suami main/ mandikan anak, gosok baju sendiri2, kemas rumah sama2.

Bab ekonomi rumah tangga, kalau suami dah bayar rumah, grocery, utilities bills (iye la aku tau tu semua tanggung jawab suami), isteri tolong2 la bayar apa yang patut jgk, sesekali tu gi la belanja suami. Dua2 keje pastu takkan la nk mengharapkan laki sorang je, kalau laki kau gaji berpuluh ribu takpe la, kalau gaji pon takat cukup makan, dia pon manusia juga, ada tanggungjawab kat orang tua dia dan adik2 bawah dia. Ada kes tu, siap tulis kat mukabuku “best nye kalau dapat gaji boleh trus gi shopping, ni kene beli barang dapor, bayar bills etc” kalau orang tak kenal kau, orang fikir tau kau tengah kutuk laki sendiri tak bertanggungjawab. Perlu ka nk burukkan laki macam tu? Ntah2 laki kau pon gaji cukup2 makan je. Kalau duit tu nk buat shopping sendiri je, jangan berlaki, jangan ada anak. So kau boleh buat apa sahaja dengan duit gaji tu sendiri. Takde orang kacau. Dah kalau kau kerja, anak kene hantar nursery , lunch kene makan luar. Kalau kau tak kerja, at least kau boleh tolong jaga anak, siapkan bekal laki, so boleh jimat monthly spending kat situ. Aku memang panas betul orang kutuk2 pasangan sendiri kat mukabuku, rasa malu dah takde lagi ka? Ini belum masuk pada simpanan untuk pelajaran anak2 masa depan lagi.

3. penampilan tu pon kene jaga, yang laki ni banyak sangat lepas kawin berat badan naik. Kau kene continue working out, continue exercise. Kesihatan kene jaga. Kau tau nak kutuk perempuan je jadi gemok lepas branak, kau jugak yang buat dia gemok, mengandung, perut ada strech marks. Pastu mula la nak cari perempuan lain, tak sedar diri perut kau pon sama buncit, pinggang kau melebar, stamina kurang! Kalau ada duit lebih, pergi la hantar wife ke spa once a while, biar dia berehat. Pastu take turn jaga anak so wife ada masa sendiri untuk dia berehat, berexercise or going out bersosial dengan kawan2 dia. Kau pon boleh sambung pergi gym. Kalau ada duit lebih, bawak la isteri tu jalan2, travel sana sini, belikan la handbag mahal2 biar dia bergaya dan rasa ada appreciation, dan biar perempuan2 lain menyesal reject kau dulu! Hahaha

4. Aku juga nak minta maaf kalau apa yang aku cuba sampaian dalam tulisan Wanita Pintar yang lepas tak jelas dah disalah faham. Dah lama tak tulis dalam melayu walaupon dulu spm BM A1 :p , kadang2 mungkin apa yang nak disampaikan jadi lain maksud dalam tulisan. Tujuan aku mention gaji tu bukan nak menunjuk takabor, aku just nak emphasis even some men yang mampu bayar hantaran mahal2 pon takkan buat macam tu sebab dia tau lepas kahwin lebih banyak lagi cash kene guna, lebih banyak lagi cara nak menggembirakan perempuan dari duit hantaran tu. Kahwin itu sehari, bekeluarga itu sepanjang hidup. Iya kalau duit tu dapat kat isteri kita, kalau burn camtu je tak ke rugi? Dan aku jugak tak setuju dengan idea majlis kahwin yang besar2. Sapa yang tuduh aku kedekut tu, you dont know me ladies.

5. cuba fikir, kalau ada laki dan bakal isteri dia dari kawasan yang sama, sama2 membesar dan pergi sekolah. Si laki ni bijak sikit dapat biasiswa ke luar negara, balik dapat keje best gaji besar. Si perempuan ni pon pandai jgak, walaupon tak dapat pergi luar negara, dia belajar medic kat dalam negara je. So dua2 keje, dua2 ada tanggungjawab kat mak bapak dia. Dua2 mampu nak kawin dah, dan suka sama suka. Pastu tiba2 nak kawin, parents perempuan ni mintak hantaran tinggi2 sebab dia kata anak dia deserve it. Habis tu, mak bapak lelaki tu tak rasa anak dia pon bagus jugak ke? dah dua2 sama2 suka, pastu kenapa anak dia pulak nak kene bayar mahal2 kat keluarga perempuan untuk mereka mulakan hubungan yang halal? Mereka pon besarkan anak susah2 sampai ke luar negara. Adik2 yang belum berkahwin, fikirlah. Makcik2 yang ada anak perempuan fikirlah. Duit hantarn tu bukan bahan pengukur kepandaian or kebahagiaan. Bukan penentu lelaki tu kedekut atau tidak. Adakah memang bad luck untuk dilahirkan sebagai lelaki?

6. orang zaman dulu minta hantaran tinggi sebab lelaki dulu kahwin dan gunakan perempuan tu di rumah, tukang masak, tukang jaga rumah, tukang jaga anak etc. Tapi pasangan sekarang bukan macam tu, lepas kawin, bende2 seharian masih berjalan macam normal, masing2 sambung keluar cari duit untuk support diri dan ibu bapa sendiri. Jadi, jangan susahkan perkahwinan anak2 muda tu.

7. banyak lagi cara yang sopan nak uji keseriusan bakal menantu makcik tu dari kenakan dia hantaran tinggi2. Jangan tunjukkan kita ni mata duitan sangat, kalau taknak diungkit2 di kemudian hari. Kalau tak kenan cakap je tak nak. Sebelum nak tunggu anak2 saya berkahwin, few months ago, baru je kahwinkan adik perempuan, dan awal2 saya bagitau pada bakal adik ipar, hantaran tak payah tinggi, asal mampu. Saya bagitau semua adik bradik perempuan jangan mintak hantaran tinggi! Lelaki tu offer 10K, then kami agreed. Ada lagi ke doctor sekarang hantaran 10K? Minah yang viral tu umur baru 21 tahun pon mintak 15K dik!

8. kalau yang menulis pasal takde hantaran pastu kene cerai tu, or pasal isteri kene tanggu suami, saya simpati kat anda2 semua. Bukan semua lelaki tu jahat, dan bukan semua perempuan tu baik2. tak ramai laki2 baik or perempuan2 yang beristeri laki2 baik suka share cerita hal dia kat mukabuku. Harap2 anda bertabah. Untuk adik2 lain, hantaran bukan penentu kebahgian. Cari la lelaki yang baik, bagus, beriman dan kaya. Senang sikit hidup kau nanti, gaji kau boleh gune untuk shopping sendiri!

Wassalam.

– Bapa modern jurutera minyak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit