Kehidupan Di Akhir Zaman

Dah lama aku nak berkongsi cerita tapi bukan kisah hidup… Lebih kepada nak berkongsi amalan yang aku dapat setelah sekian puluhan tahun hidup dalam keadaan sakit, dibenci ahli keluarga dan orang sekeliling serta difitnah.

Boleh dikatakan orang percaya bila aku dikatakan jahat sebab banyak minta bantuan bomoh sedangkan orang-orang yang aku pergi jumpa adalah orang2 alim, orang-orang yang menggunakan ayat-ayat Al Quran.

Tapi ditakdirkan Allah aku kuat menghadapi semua… kesakitan dan tohmahan. Aku pernah kena santau, sakit macam dah nak mati rasa bisa racun dalam badan. Sampai masa aku letakkan badan diatas katil, badan dah terasa amat lemah.

Sambil pejamkan mata aku beristighfar memohon ampunan Allah jika ini adalah ajalku… Sehingga aku terjaga melihat sekeliling sambil berfikir di alam. Mana aku sekarang ini?

Ternyata umur aku masih panjang… Setelah beberapa jam aku diberi istirehat dan merasa tubuh aku hilang rasa bisa dan lemah dan kembali rasa sihat.

Pada ketika itu aku harungi hidup dengan segala prasangka buruk yang dilemparkan dengan keyakinan aku dijalan yang benar. Tidak pernah aku sama sekali berniat jahat atau berlaku jahat kepada sesiapa.

Aku disihir tapi Allah jadikan aku masih waras, masih boleh bekerja walaupun orang disekitar membenci aku. Aku jalani sahaja hidup dan melakukan kerja dengan niat inginkan pendapatan yang halal.

Setelah sekian lama, aku percaya pada diri aku telah diletak pembenci dan penghalang jodoh. Tak tau apa jenis sihir tapi setelah aku sembuh bau badan pun hilang. Aku rasa bau badan yang terhasil selama ini adalah akibat dari sihir.

Sebab itu kebanyakan pengamal perubatan menganjurkan orang-orang yang terkena sihir selalu mandi limau nipis untuk hilangkan bau badan kerana dipercayai makhluk sihir menjejak mangsanya melalui bau badan.

Dari pengalaman yang aku lalui, pelaku sihir adalah orang- orang yang kita kenal… Maka semasa aku menulis ini, aku pasti ramai yang akan mengecam aku. Pasti ada yang tak puas hati terhadap aku.

Walau apa pun aku tebarkan pengalaman aku untuk orang-orang yang berada dalam posisi seperti aku kerana ini adalah keadaan kehidupan di akhir zaman, agar orang lain tak perlu bersusah payah dalam kehidupan mereka seperti yang aku lalui.

Amalkanlah bacaan-bacaan seperti dibawah setiap hari.Jika terlalu sibuk pun sambung- sambung pun tak apa-apa. Kalau sibuk sangat sekali pun usahakan membacanya dikala ada kesempatan, semoga menjadi asbab untuk istiqamah.

1. Bacaan ayat-ayat dalam Manzil.

2. Surah Al Baqarah: Ayat 102.

3. Surah Al A’raf: Ayat 117-122.

4. Surah Yunus: Ayat 81-82.

5. Surah Taha: Ayat 68-80.

6. Surah An Naml: Ayat 62-63 (doa).

7. Zikir Nabi Yunus di dalam perut ikan.

Ayat-Ayat Surah Al Baqarah dalam Manzil dan Ayat 102 boleh dilazimi didalam rumah dikatakan dapat melindungi dari kehadiran jin di dalam rumah.

Bagi yang menghadapi masalah rumahtangga atau terkena sihir pemisah boleh mengamalkan Ayat 102 Surah Al Baqarah, sebaiknya semua yang di atas.

Ayat- ayat di atas boleh dibaca kedalam air untuk diminum.

Semoga Ayat-ayat dari Al Quran ini menjadi asbab untuk Allah kurniakan kesembuhan bagi yang memerlukan. Semoga dengan ini juga Allah selamatkan kita dari perbuatan syirik dan fitnah Dajjal. Aamiin.

– Larra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *