Kehidupan di Universiti

Aku merupakan student ipta . Sekarang dah masuk tahun ke 2 aku belajar dekat sini tinggal lagi 2 semester aku nak tamatkan degree aku dekat uni. Kat tempat lain aku tak boleh nk konfes. Kat sini je lahh aku konfes. Sebab aku tak nak sakitkan hati sape2, hati ku terluka takpe. Takde benda menarik pn aku nk cerita, tp sedikit luahan hati aku.. Aku tak tahu nak luah dekat sape, cukuplah aku luah dalam ni. Hanya Allah tempat mngadu, hanya Allah je tmpat kebergantungan aku di dunia ni.

Aku ada kawan baik, kitaorang berkawan rapat sejak sem 1 lagi. Kira nya dorang la orang yang aku kenal masa mula2 aku masuk u. Kami rapat, tapi entah la dekat mana silapnya aku pun tak tahu. Aku sedih tengok kawan2 mula menjauhkan diri dari aku. Sebelum ni aku pernah luah isi hati aku pada kawan2 aku tentang masalah sebenar yang aku hadapi. Tapi, mcm tu lah, sekejap je dorang boleh paham, lepas tu jadi macam biasa balik. Aku pernah tanya dorang ape masalah hinggakan hubungan kitaorang jadi renggang, ape salah aku. Tp dorang cakap aq takde buat salah ape2 pun dekat dorang. Aku rasa disisih dalam kalangan kawan2 aku. Kawan2 tak pedulikan aku, dorang asyik buat hal dorang tak pernah nak bincang ape2 dengan aku, smpaikan aku tak tahu pun ape2 aktiviti yang dorang nak buat, ape program yang dorang join skali, tak pernah pun nak ajak aku. Sampaikan group whatsapp pun dorang buat lain. Sedangkan kitaorang tinggal serumah, dan aku tinggal satu 1 bilik dengan kawan aku sorang tu. Ada masa tu sampaikan dorang plan nk pindah rumah pun tak bincang dgn aku dan tak ajak pun aku tinggal sekali, terasa hati aku dengan sikap dorang. Sekarang ni dorang dah tak tegur aku langsung. Dorang dah memang betul2 nk tinggalkan rumah ni dan nk pindah tempat lain. Aku boleh dapat tahu tu pun sebab dorang ada bincang depan aku masa kitaorang tengah balik kelas, then aku pun tanya “eh, nak pindah rumah ke?” dorang pun cakap “ye nk pindah” then dorang bincang lagi pasal bilik dan bila nk pindah tanpa pedulikan perasaan aku masa dengan dorang. Bodoh betol aku tanya soalan macam tu, sepatutnya aku senyap je tak payah tanya ape2. Sekarang ni pun dorang banyak jugak lah duk menyindir aku dalam status whatsapp. Dorang tak mention pun nama aku, tapi aku agak yang dorang cakap dekat aku. Ada masa tu, aku pulak yg macam terhegeh2 duk nak bercakap dengan dorang, tapo dorang jawab sepatah2 je, tu pun masa tengah bercakap tu tak tengok pun muka aku, duk pandang tmpat lain. Benci sangat kot dengan aku ni. Sebelum ni aku dah pernah tanya ape masalah dorang sampai kitaorang jadi macam ni, aku dengan rendah hati nya mintak maaf kalau aku ada buat silap dengan dorang, maklumlah aku ni manusia biasa tak pernah lepas dari buat silap, tp tu lah. Dorang cakap aku takde buat salah ape2, then dorang jadi macam tu balik. Dulu kami ok, kami rapat tapi sekarang entah la, aku tak tahu mana silap nya aku, aku banyak kekurangan. Dorang bertiga renggang dgn aku, macam dah awkward gila. Aku cuba bercakap, tapi tak di layan. Aku mula asingkan diri dari dorang. Hidup aku dah tak gembira mcm dulu. Hidup di u ni dah mcm neraka bg aku. Susah nya nk survive hidup dekat sini dgn study nya yang susah bagi aku.

Aku tahu aku kena kuat, tp pada dasar nya aku tak kuat.. Aku selalu menangis terkenang kan nasib aku dekat sini. Dan sekarang ni setiap hari aku menangis, setiap masa aku menangis, masa tengah solat, masa tengah masak pun aku menangis. Dalam kepala otak aku serabut gile dengan balik kelas nak hadap muka dorang yang tak suka aku, boleh bayangkan tak macam mana tinggal serumah, tinggal sebilik, satu kelas dengan nak hadap orang yang tak suka aku memang stress betul. Dengan sikap kawan2 aku yg acuh tak acuh tak perdulikan aku, aku depression gila2 teruk. Kadang2 fikir nk mati, tp aku masih ingat Allah. Aku tak sanggup nak mengadu dekat family, takut dorang risau kan aku, maklumlah, aku duduk jauh. Susah nya belajar dekat u ni, dengan nak hadap ragam perangai manusia, dengan aku fail 2 subjek yang memang betul2 killer subjek membuatkan aku down. Tambah lagi aku risau kalau aku terpaksa extand belajar dekat sini sebab ada subjek yg aku tak cover lagi. Aku rasa bodoh dan tak pandai bab belajar, kalau study pun susah nk faham.. Di sebab kan benda tu pointer aku jatuh teruk. Aku selalu fikir nak berhenti belajar sebab fikir takde sape nak tolong aku dekat sini. Aku rasa hidup sorang2 takde org kisahkan aku dan aku takde tempat nk mengadu. Belajar pun susah yg amat.

Setiap malam stress tu datang bila je aku tak dapat nk lelapkan mata. Aku akan jadi fikir bukan2 dan fikirkan benda yg tak sepatutnya aku fikir. Aku jadi susah betol nak tido, walaupun dah 2,3 hari aku tak tido. Aku fikir normal ke student kena hadap benda mcm ni, takkan la aku sorang je rasa stress macam ni. Sekarang ni aku fikir macam nak brhenti belajar. Tapi fikir pulak mak kat kampung. Harapan dia nk tengok aku berjaya. Cuma sekarang aku hanya mampu berdoa semoga aku cepat2 dapat tamatkan pelajaran aku dekat sini aku nak blah cepat2, dan aku tak nak hadap atau tengok lagi muka orang2 yg down kan aku. Aku jenis introvert dan jenis kurang berckap, sedikit tak pandai nk bergaul dan bercakap menyebabkan kawan2 aku sisihkan aku. Aku sayang hubungan persahabatan dengan dorang. Aku buat macam2 benda kot untuk pulih kan hubungan dengan dorang, dapat kan kepercayaan dorang dan buat dorang suka kan aku. Sampaikan aku tak pernah berkira duit dan tenaga dekat dorang, tapi dorang tetap mcm tu, tak hirau kan aku. Menangis aku dekat sini terkenangkan nasib aku. Memang dah tak happy hidup aku belajar dekat u. Dah tak mcm yg aku impikan sebelum aku masuk u, ingatkan aku boleh study elok2 dekat sini. Kehidupan dekat sini memang mencabar sangat2.

Aku harap ade lah insan yg betul2 ikhlas nak kawan dengan aku yg boleh faham diri aku, dan akan tolong aku dalam pelajaran. Aku ni susah nak berkawan, jadi aku betul2 menghargai persahabatan. Tapi sahabat tak pernah hargai aku, bukan balasan yg aku mintak, cuma hargai aku dan terima diri aku yg serba kekurangan ni. Aku tak mengharapkan lebih, cuma nak kan kawan yg ikhlas berkawan dengan aku dan semoga Allah hantarkan seseorang yg dapat bantu aku dekat sini. Tolong doakan aku ya semoga aku dapat survive dekat sini dan dapat lah aku tamatkan degree aku dekat sini.

– Gadis tersisih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *