Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca IIUMC. Pertama sekali, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana menyiarkan artikel ini.
Biar aku perkenalkan diri aku dengan nama Insan Pelik Yang Berjaya dan bekerja disebuah kilang automotif di Melaka. Berumur pertengahan 30an dan telah berkahwin. Aku baru sahaja menyambut kelahiran anak perempuan yang ke-2. Syukur Alhamdulillah atas rezeki dari Allah.
Seperti yang Kita ketahui, Kita diambang kemelesetan ekonomi disebabkan bencana Covid-19 ini. Marilah Kita bersama2 berdoa agar keadaan kembali pulih Seperti sediakala dan wabak Covid-19 ini hilang dimuka bumi ini.
Aku adalah seorang pekerja biasa yang bercita2 tinggi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, aku mencuba pelbagai bisnes dan adanya yang berjaya dan begitu juga disebaliknya.
Pelbagai ilmu yang aku pelajari baik dari segi ekonomi, pelaburan, kejuruteraan dan sebagainya. Tujuan utamanya adalah untuk apply ilmu2 itu untuk seiring dengan semangat membuak2 untuk menjadi usahawan.
Tetapi bukan impian dan cita2 yang ingin aku kongsikan, tetapi satu masalah yang sering melanda pada pekerja yang makan gaji seperti aku iaitu beban hutang. Aku hanyalah seorang insan biasa yang menjalani kehidupan yang sangat bersederhana.
Sangat menitik beratkan perancangan kewangan dan dalam diam aku berjaya kumpul cash sebanyak 7 angka walaupun hanya bergaji bulanan sebanyak RM2K. Kesemuanya hasil dari pelbagai cabang bisnes yang aku ceburi sebelum ini.
Aku juga bersyukur dikelilingi sahabat2 lama dari alam persekolahan sehingga sekarang. Disebabkan itu, aku tidak pernah berkira jika Ada sahabat2 yang dalam kesempitan wang mahupun dari family aku sendiri. Pasti aku Akan Cuba menolong sedaya upaya.
Aku juga Tak pernah lokek untuk belanja rakan sejawatan walaupun gaji mereka lebih besar dari aku. Tapi aku berpegang teguh pada rezeki dimana setiap rezeki Kita mesti terselit rezeki untuk orang lain.
Kemuncak beban hutang aku bermula apabila sahabatku sendiri (Kes 1) mengalami penyakit kanser Dan diwaktu itu juga beliau berjuang untuk mendapatkan PHD.
Aku sebagai sahabat lama sanggup bersusah payah membantunya dari segi cash untuk perbelanjaan perubatan dan juga kos2 study serta exam PHD beliau. Bukan sedikit juga kos2 yang aku bayar. Aku inginkan dia mendapat tittle DR dengan kelayakan mengajar professional dan seterusnya tittle PROFESSOR.
Tanpa diduga, beliau di diagnosis kanser tahap 4. Atas semangat juang beliau jugalah berjaya sembuh dari kanser stage 4 itu. Exam PHD yang diambil berulang Kali dan kos ribuan ringgit dilabur demi melihat seorang sahabat berjaya. Tapi aneh juga kerana Ada sifat cemburu hama ALLAH yang mengagalkan beliau dari exam.
Dan disebabkan kegigihan beliau jugalah berjaya mendapat tittle DR (PHD) ketika usianya 27 tahun. Dan beliau terus diuji dengan pelbagai ujian even telah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Diuji Anak kedua Dan ketiga menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan.
Aku sebagai manusia biasa yang tidak sanggup melihat sahabat dalam kesusahan sering membantu dari segi kos2 kehidupan dan perubatan. Mesti kalian terfikir mana perginya gaji beliau sebagai seorang pensyarah muda disebuah IPTA terkenal Kan?
Disebabkan beliau merupakan seorang pensyarah yang amat cemerlang dan disegani, beliau telah dianiaya sehingga beliau mengajar tanpa gaji selama beberapa bulan sehingga menjangkau setahun dan akhirnya membuatkan beliau berhenti.
Diatas pelbagai ujian yang beliau lalui, aku terus membantu tanpa ku sedari duit simpananku menyusut sehingga akaun ku kosong. Beliau juga berjanji untuk melunaskan hutang tetapi dalam telahan aku, agak mustahil dia ingin melunaskan segala-galanya kerana hilang pekerjaan dan rumah telah dilelong.
Dengan keadaan beliau yang diserang kembali sakit kanser, aku membuat pinjaman dengan kadar segera untuk membantu beliau dan keluarga walaupun puluhan ribu juga aku pinjam dari bank. Aku tidak boleh memikirkan baik buruk kerana keadaan yang memaksa.
Tatkala aku membantu sahabatku (Kes 1), aku mendapat perkhabaran berita kawanku yang mengalami kemalangan ditempat kerja (Kes 2). Jatuh dari tempat tinggi dan memerlukan pembedahan dengan kadar segera disebuah hospital swasta.
Company hanya mampu tanggung separuh sahaja bil pembedahan dan pihak keluarganya telah tandatangan persetujuan untuk melakukan pembedahan. Kos pembedahan menelan puluhan ribu juga dan separuh baki boleh dijelaskan kemudian.
Disaat itu, Doktor menjelaskan peluang beliau untuk hidup 50/50 dengan kerosakan teruk pada tulang belakang yang hancur. Keluarganya bukan orang senang dan sangat susah hati untuk membayar bill puluhan ribu tu. Dan sekali lagi aku buat pinjaman bank lain demi menyelamatkan rakanku.
Dalam Masa 2 Hari, aku berjaya buat 2 permohonan pinjaman bank dan juga 1 pinjaman kad kredit (Membantu Kes 1 dan kes 2 serentak). Kesemuanya Lulus dengan jayanya dan selang beberapa Hari aku berjaya membayar bill pembedahan rakanku itu.
Aku & Keluarganya merahsiakan segala2nya dari pengetahuan rakanku kerana dia memang berkeras tidak akan menerima tawaran pertolonganku jika dia tahu aku membuat pinjaman bank demi menolongnya. Rakanku lumpuh selama 6 bulan sebelum pulih kembali dengan berjalan seperti biasa.
Dan aku pula mungkin lumpuh dari segi ekonomi selama 7 tahun diatas segala pinjaman yang telah aku buat. Hahaha. Keluarga rakanku tidak mampu membayar segala kos2 bill pembedahan, tapi aku tak tahu dari Mana datang kekuatan dan simpati dengan berusaha sungguh2 menolong rakan2 yang dalam kesusahan. Hurmm
Kehidupanku selepas berjaya membuat hutang2 pinjaman itu amat pahit. Aku menderita agak lama kerana keperitan untuk membayar segala pinjaman yang berjumlah puluhan ribu tidak termasuk interest. Kalau dianggarkan jumlah cash yang aku keluarkan sendiri termasuk pinjaman mencecah juga 6 angka. Mungkin ini takdir kehidupanku.
Disaat aku membantu rakan2, aku tidak juga terlepas untuk diuji kesakitan. Disebabkan aku terlalu stress dengan kerja serta hutang2 yang ditanggung, aku disahkan mengalami sakit jantung. Kos untuk Angiogram dan stent pon bukannya murah.
Dan aku bersyukur Ada Hamba Allah yang menghulurkan bantuan RM10k sehari sebelum prosedurku berlangsung di sebuah Hospital. Dan aku percaya Allah mengujiku dan DIA juga menghantar tangan2 ghaib membantuku.
Syukur Alhamdulillah. Aku diuji lagi dengan kesakitan dimana doktor pakar mengesahkan aku menghidapi tonsillitis yang kronik. Disaat aku dihimpit masalah kewangan, aku berjaya juga melalui pembedahan untuk membuang tonsil.
Dan di saat itu lah aku mengenali ahlong untuk aku buat pinjaman demi kelangsungan hidup. Aku melakukan pelbagai kerja Dan aku berjaya melangsaikan hutang ahlong tersebut dalam Masa 6 bulan. Buat kalian pembaca diluar sana, jauhilah hutang yang membebankan dan janganlah sesekali meminjam dari ahlong.
Selesai sembuh pembedahan tonsil dan setelah melunaskan hutang ahlong, dengan tenang aku memberitahu isteriku mengenai status kewanganku dan kemana menghilangnya duit yang ku kumpul. Aku takut disalah erti kaki Judi atau kaki joli.
Alhamdulillah isteriku menerima kenyataan dengan tenang seperti tenangnya dia melakukan tugasan merawat pesakit di hospital (Isteriku Jururawat).
Cuma aku kadang2 hilang fokus kerja, mentality down dan mengalami kecelaruan identiti akibat beban hutang yang ditanggung. Aku juga membeli sebuah aset rumah apartment demi pelaburan pendidikan anak2 ku dan juga untuk anak2 sahabatku itu.
Apabila mereka sudah dewasa kelak, akan ku jual untuk dana pendidikan mereka. Pelik bukan kenapa aku perlu bersusah-payah?
Sebab aku masih terhutang budi pada sahabatku itu ketika aku mula2 melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA 14 tahun lepas. Aku ketepikan impian childhood dream aku untuk memiliki superbike idaman mahupun kereta idaman Mitsubishi Lancer Evolution dan Nissan Skyline GTR-34.
Aku mengambil langkah berani untuk menceburi bidang kereta sewa @ grab dengan membuat pembelian kereta baru. Ahhh! Agak mustahil kedengaran dengan gaji bulanan Rm2K mampu lepas membuat pinjaman peribadi, membeli rumah & kereta.
Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Segala perancangan terhenti seketika disebabkan wabak Covid-19 yang melanda ketika ini.
Dan aku sangat2 berterima kasih pada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yasin yang sangat2 memahami masalah rakyat dan memberi pelbagai insentif ransangan ekonomi termasuklah penangguhan pembayaran pinjaman selama 6 bulan. Syukur Alhamdulillah disebalik derita terselit berita gembira.
Dalam Masa 6 bulan ini adalah masa untuk aku membuat persiapan rapi dari segi kewangan.
Mungkin ada yang menyelar tindakan bodoh aku dengan membuat pinjaman demi membantu sahabatku yang berada dalam kesusahan.
Tapi aku percaya ALLAH dorongkan hati aku ini untuk membantu sahabatku demi sebuah persahabatan yang betul2 tulus ikhlas walaupon hakikatnya aku agak berat untuk mengikhlaskan segala pinjaman yang telah aku buat.
Aku memohon pada ALLAH supaya dihindarkan mati dalam keadaan penuh hutang. Aku harapkan sinar kebahagiaan akan menanti dipenghujungnya.
Untuk anak2 abi yang disayangi, maafkan abi atas segala kekurangan keperluan hidup mahupun limpahan kemewahan. Abi hanya mampu mewahkan kalian dengan penuh kasih sayang.
Buat pembaca sekalian, doakan aku untuk terus kuat demi menjadi seorang Jutawan didunia mahupun di akhirat. Setiap hari aku berdoa pada ALLAH S.W.T supaya dipermudahkan segala pembayaran hutang2 ini.
Aku harapkan hutang2 ini tidak membuatkan aku terjatuh ke lembah neraka Dan aku sangat berharap asbab hutang ini lah sahabat-sahabat aku bersaksi didepan ALLAH untuk menarik aku dimasukkkan ke Syurga. Aminn Ya Rabb.
Nukilan Ikhlas,
– Insan Pelik Yang Berjaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit