Saya ibu kepada 3 orang anak. Suami saya kemalangan pada tahun 2021. Ketika itu umur anak saya antara 6 bulan hingga 7 tahun.
Kecederaan suami saya agak serius.. Suami saya koma selama 21 hari dan mempunyai banyak pendarahan di kepala.
Disebabkan kemalangan tersebut suami saya hilang ingatan, personaliti suami saya 100% berubah (TBI survivor), perangai seperti budak2..
Saya seorang suri rumah sepenuh masa. Ada lesen kereta tapi dah 10 tahun tak drive..
Nasib saya sangat2 baik kerana mak ayah dan adik2 saya semua amik part masing2 bantu keluarga saya.. Dari segi kewangan dari segi moral support semua dari keluarga saya.
Tambah2 kejadian tersebut ketika covid.. Agak susah untuk merentas daerah dan negeri. Tetapi hendak seribu daya..
Adik2 saya ada dengan saya ketika itu.. adik saya amik cuti tanpa gaji semata2 nak bawak saya dan amik saya dari hospital.mSementara saya di hospital dia urus anak2 saya dirumah.
Saya belajar bawak keta dengan niat saya sendiri nak uruskan keluarga saya tanpa menyusahkan sapa²…
Dalam keadaan baru pandai bawak keta, saya lah yang uruskan anak2 p dan balik sekolah hampir 8 trip untuk 1 hari..
Saya lah yang hantar dan ambil suami saya dari kerja.. Saya lah yang bawak suami saya ke hospital.. hanya SAYA SEORANG..
Saya juga buat bisnes homemade dari rumah.. Saya langsung tak de masa untuk diri sendiri.. Itu tak jadi masalah untuk saya..nasal Allah dan suami redha dengan saya sudah memadai untuk saya.
Setelah sebulan di hospital.. Suami saya diarahkan balik.. Saya amik fisioterapi datang ke rumah untuk fisio suami saya seminggu 3x.
Saya bawak suami saya ronda2 mall ke taman bersama anak2 walaupun keadaan suami saya separuh sedar.. Saya rasa itu terapi terbaik untuk suami saya..
Keluarga saya layan suami saya seadanya seperti dia sekarang bukan seperti dia sebelum kemalangan..
Setelah suami sedar sepenuhnya.. Lama kelamaan suami saya sukar untuk terima kekurangan diri dia. Dia seakan memberontak, suka mengamuk, suka jerit²..
Saya dapatkan rawatan untuk pulihkan dalaman suami saya.. Macam2 pakar saya bawak untuk sembuhkan suami dan saya sehingga sekarang masih berusaha…
Anak2 walaupun stress walaupun sedih kecewa.. Walaupun rindukan papa diorang dan kehidupan kami yang dulu.. Diorang tetap jaga papa sebaiknya…
Selalu saya pujuk anak2 untuk terima kenyataan ni.. Bukan suatu yang mudah.. Saya banyak bermain dengan emosi suami, emosi anak2, dalam masa yang sama saya sedang mengawal emosi sendiri..
Saya pegang 1 je.. Allah sentiasa bersama saya… Allah tahu penat saya… Allah tahu segala apa yang ada dalam hati saya… Allah tak pernah tinggalkan saya…
Semoga dengan ujian ni Allah hapuskan dosa2 saya… Saya takut andai saya tak jaga suami dan anak2 saya nanti apa yang saya nak jawab depan Allah..
Semoga ada hikmah terbesar untuk keluarga saya… Doakan kesembuhan untuk suami saya ye..
– Ku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit