Kehidupan Selepas Berpisah

Assalamualaikum semua. Nama saya Rose. Berumur awal 30-an, seorang ibu tunggal yang mempunyai cahaya mata perempuan berumur 6 tahun.

Tujuan saya menulis ni, saya nak minta pendapat, pandangan mahupun perkongsian pengalaman daripada yang pernah mengalami situasi yang sama dengan saya.

Saya baru 1 tahun lebih berpisah bersama bekas suami. Sekarang Alhamdulillah sudah mendapat pekerjaan walaupun bukan tetap.

Sekarang ini saya masih biasakan diri menerima takdir dan ujian dalam hidup saya. Ketika ini saya berulang setiap hujung minggu untuk melawat anak yang di bawah jagaan ibu bapa saya.

Oleh kerana kerja saya yang agak sibuk dan perlu outstation yang tidak tentu masa, anak lebih selamat di bawah jagaan ibu bapa saya. Saya tidak mengabaikan segala keperluan anak dari A-Z.

Semuanya saya cuba lengkap dengan hasil duit pekerjaan saya sendiri. Bekas suami?

Dari awal berpisah hatta sebelum berpisah memang culas bab nafkah dan ambil berat tentang anak kami.

Dia beberapa kali bagitahu yang selepas ini dia tidak mahu ambil tahu mengenai anak walaupun anak ini anak perempuan dan darah daging dia.

Punca perpisahan kami banyak sebab. Saya yang tuntut penceraian di mahkamah selepas macam² usaha untuk memperbaiki hubungan kami gagal.

Dia masih tidak menjalankan tugas utama dia sebagai suami seperti dalam memberikan nafkah, tempat tinggal, keselamatan dll.

Boleh dikatakan bekas suami memang tidak boleh berjauhan dengan keluarga dia walaupun pernah ketika dulu 2 tahun tak bekerja tapi masih duduk dengan ibu bapa.

Tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri yang adakalanya memerlukan dia disisi sebagai suami. Tinggal la hanya saya berdua dengan anak jauh pada ibu bapa saya juga ketika itu.

Sekarang, anak saya letak bersama ibu bapa dan saya terus bekerja mencari nafkah. Cuma kerja saya yang sekarang memang berbeza dari segi budaya kerja yang agak sibuk since jabatan masih baru.

Even saya selalu ditinggalkan suami tapi saya rasa sunyi, lelah dan buntu. Saya rasa sepi sangat kerja non stop kadang² balik malam.

Saya pun sewa bilik di sana bukan tinggal bersama rakan² yang saya boleh berborak dan lupa kesedihan tu. Saya balik kerja pun penat sangat, boss pulak asyik push untuk work hard dan toxic.

Rasa nak berhenti sangat bila setiap kali kena marah, dipersalahkan ats bukan kesalahan saya, dipergunakan. Sebab saya tinggal anak untuk bekerja.

Bukan tak nak cari kerja yang dekat dengan anak tinggal tapi rezeki belum ada. Saya pulak dah terbiasa dengan suasana kerja pejabat kalau kerja di luar saya tak pasti saya boleh perform or tak.

Saya rasa down sangat. Sebab isnin sampai jumaat sorang², ex suami tak peduli, anak jauh dan sunyi sangat.

Bantu tolong brainwashed saya ni kasi bersyukur sikit plus bagi tahu apa yang saya patut lakukan sebabnya saya tak nak tersalah langkah lagi salah buat keputusan dalam hidup.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Puan berusahalah cari kerja lain, buat kerja ditempat yang toksid, bersabar dgn segala dugaan, semoga Allah memberikan kemudahan, kebahagian dan dimurahkan rezeki, insya Allah

  2. Sy ank 2,, msing 3-2thun.mslah sme,,suami slesa hdup bsama kluarga dia..dan mgkin ad pganti yg lbih baik …tinggalkn istri dgn spsg anak kcil…bukan mudah..InnsyaAllah mgkin bakal brpisah juga tahun ni…tkdg rasa kuat,,tkdg rsa lemah,,tkdg snyum tkdg mnangis sndiri..cuba mncari kkuatan hati utk anak2..smoga Allah lapangkn jiwa dan hati kita..tenang melalui sgla ujian DIA..Dunia ni hnya smntra..smoga trus kuat dan berbhagia dgn takdir kita🥰

  3. Saya rasa terlepas dari hidup dgn lelaki yg xtahu apa erti tanggungjawab tu 1 kebebasan yg ramai para isteri nak . Puan perlu bersyukur ,perkara pertama yg puan perlu buat ialah redha dan terima takdir Allah . Jangan rasa down sebaiknya puan sibukkan diri dengan aktiviti lain. Dan puan kena cari kerja berdekatan dgn anak puan , sbb anak puan mesti lebih rasa sunyi sebenarnya . Tiada ibu and ayah utk bercerita. Dalam masa yg sama keep push ex suami puan utk beri nafkah. Pandang ke depan ,jangan kenang masa lalu .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *