Kehidupan Selepas Kahwin Versi Saya

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum saudara saudariku, adik-adik dan anak-anak. First akak nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya confession akak ni disiarkan.

Akak juga melalui fasa berkahwin di mana kehidupan dikawal oleh suami. Perasaan akak… kadang-kadang rasa disayangi, kadang-kadang rasa dikongkong.

Fitrah wanita, sedangkan yang ada degree dan diploma pun masih kuat sifat ketaatannya, lagi la akak yang setakat sijil spm ni. Sungguh pun akak ni setakat spm je, tapi akak ni hati kering jugak tau. Berani je nak buat keputusan hidup m4ti kalau hati dah sakit.

Tapi alhamdulillah, akak ada Allah yang mengajar hambanya erti sabar, syukur, dosa dan pahala. So itulah yang meletakkan akak sebagai seorang isteri sampai hari ini.

Alhamdulillah. Sayang suamiku kerana Allah. Dia adalah kurniaan Allah biarpun kekadang menyiksakan.. haha.

Suami akak ni :

1. Seorang yang kasar bahasanya. Bukan jenis kasar suka cakap perkataan buruk pada akak macam b*** dan s*** tu. Tapi kasar suka cakap perkataan yang menyakitkan hati atau menyentuh hati. Nangis la sorang-sorang situ kalau sakit hati.

Pujuk? Akak tak harapkan dipujuk. Tak suka ke dipujuk? Malas nak pikir sangat. Yang akak tau, esok setelah fajar menjelang, akak akan buat macam tak ada apa berlaku. Suami lagi la kan. Kah kah kah.

2. Bab king control memang dia win.

i. Akak tak boleh nak upload gambar yang tersenyum-senyum simpul tu, yang berdiri ala ala model tu kat fb ke, ig ke. Tapi.. syhhh… akak ada jugak upload gambar-gambar macam tu kat ig memandangkan suami takde ig.

Tapi dulu la, sekarang dah malas dah sebab umur makin tua kan. Alasan dia akak nak tunjuk sapa gambar-gambar tu. Betul la tu. Hujung-hujung akak pun kekok sendiri nak upload gambar-gambar macam tu. Pikir yang baik-baik aje lah.. hihi. Redha sebab belajar untuk redha.

ii. Akak tak boleh letak gambar sorang-sorang kat whatsapp profile (betul ke ayat ni). Kena letak gambar dengan dia ye. Kadang-kadang tu bila sakit hati dengan suami (diakan suka sakitkan hati kita) akak letak la gambar akak sorang sebagai protes.

So apa lagi. Makin kena marah la kan. Tapi puas hati jugak la dapat sakitkan hati dia, hihihi. Tapi lepas tu akak letak la balik gambar dengan dia. Selagi tak letak, asik kena perli je ko.

iii. Akak tak boleh nak drive berjalan sorang-sorang keluar daerah. Boleh drive setakat dalam daerah je. Itupun tak boleh lebih 15 km. Lebih dari itu kena minta kebenaran dan melalui proses soal jawab ye.

Nak buat apa la. Tak penting la. Kalau luar daerah lagi la dilarang sama sekali melainkan bersama anak yang sudah dewasa atau adik beradik selain dengan dia sendiri. Ok… akak is redha. Dia sayang kot sebab tu tak kasik jalan sendiri atau tanpa dia.. hihihi… ayat pujuk hati sendiri.

iv. Dia tak suka akak join majlis alumni kawan-kawan sekolah. Nak jumpa dalam grup kecik pun tak boleh kalau ada kawan lelaki yang join. Tapi akak dah beberapa kali la melepasi halangan itu. Siap jadi AJK alumni lagi u. Haha.

Caranya, akak pujuk suami dan dengan izin suami akan pergi dengan bawa kawan perempuan yang tinggal sedaerah. Selalunya majlis kami buat tanpa membawa pasangan. Kalau pergi sorang diri memang tak lepas la kan. So kita bawak la geng yang sama jenis ye. Settled.

Bila bercakap pasal alumni, mesti ada segelintir kita yang memandang serongkan. Setakat ni alhamdulillah… alumni kami bersih dari skandal. Alhamdulillah, masing-masing tahu batas masing-masing. Itu yang akak tahu la.

v. Akak ni sejenis muslimah yang suka berfesyen. Memandang anak dah dewasa pun badan akak still maintain (opss…jangan kecam saya), ikutkan akak suka la pakai jeans dengan blouse ikut badan tu kan. Baju kebaya atau kurung moden yang pendek atas pinggul.

Tapi akak akur dengan kasih sayang Allah yang menghantar seorang suami yang sangat-sangat kisah pasal pakaian akak. Akak tak boleh pakai baju ketat-ketat, jarang-jarang, labuh baju tak boleh atas pinggul. Walaupun aku hantu fesyen, ok…i is redha.

Mungkin ada lagi kesakitan-kesakitan kecil akibat dari perangai suami akak tu yang kadang-kadang buat akak terfikir,

Bagaimana la aku mampu pergi sejauh ini dalam hidup berumahtangga dengan suamiku yang macam ni yang kadang-kadang selalu buat aku menangis sorang-sorang sebab rasa sakit hati yang terlalu terbuku di hati.

Jawapan yang akak dapat adalah kerana Allah menutup hati akak dari mengingati kelukaan-kelukaan akak. Akak hanya fikir yang baik saja tentang dia. Banyak je pun kebaikan suami akak tu.

Antaranya : i. Rajin solat. Akak ni jadi rajin solat pun kerana dia la. Dia sangat menitik beratkan soal solat. Sampaikan sekarang akak yang lagi over dari dia, dengan zikir, usaha solat tahajud, usaha al quran. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

ii. Setia. Alhamdulillah, dengan status dia sebagai seorang kontraktor, akak satu2nya isteri dia. Tu pun akak yang suruh suami masukkan doa hanya akak satu-satu isterinya hingga ke akhir hayat kami dalam doanya dan dia membaca doa itu di akhir solat dan akak mengaminkannya.

Rutin kami solat berjemaah pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Alhamdulillah. Kelakarkan. Doa pun boleh request.

iii. Kuat bekerja dan bertanggungjawab.

iv. Pandai berbelanja barang dapur. Biasanya kami pergi bersama berbelanja atau kadang-kadang dia yang pergi sendiri. Boleh dikira akak yang pergi sendiri.

v. Bukan kaki pukul. Akak dan anak- anak tak pernah lagi kena jentik dengan suami. Apatah lagi pukul bantai. Kena marah tu ada la. Kadang-kadang termarah depan org lagi…tapi dalam suara yang terkawal. Dari raut muka dia orang boleh tau la yang dia tengah marah, huhu.

Kesimpulannya, rumahtangga adalah satu fasa kehidupan yang tetap ada ujiannya. Akak pernah terbaca, kadang-kadang kita melihat kebahagiaan rumahtangga seseorang itu, sebenarnya bukan kerana mereka benar-benar bahagia. Tapi kerana mereka bersabar.

Di akhir kalam, doakan rumahtangga akak yang dah mencecah ke 28 tahun ini kekal bahagia hingga ke syurga dan doa yang sama untuk kalian juga yang membaca coretan akak ini yang mungkin kebanyakkan dari kalian bertaraf seperti seorang anak dengan saya.

Semoga coretan yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat dan ilham kepada kita semua. Dan yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga kita. In shaa Allah.

Salam sayang dari seorang sahabat, ibu dan kakak.

– Aku Seorang Isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *