Hello semua. Hari ni teringin nak share about my life di kota yang pesat membangun ni.
Btw, nama aku Haikal. Berumur pertengahan 20 an dan berasal dari nun utara. Aku baru setahun bekerja dan bermastautin di KL ni.
Kehidupan aku mungkin agak cliche sebenarnya hehe. Gerak kerja pukul 7 pagi dan balik rumah maghrib.
Sebenarnya office hour aku pukul 8 sampai 5. Tapi masa hari pertama aku lapor diri keje kat tempat aku keja sekarang, boss dah pesan siap2 supaya aku jangan balik awal.
Dengan alasan nya kita kena ikhlas dalam setiap kerja kita huhu. Pastu dia jugak pesan jangan selalu claim ot takut dipandang serong oleh BoD.
Actually, aku tak kesah sangat kalau nak balik lewat as long as ada keje nak buat.
Tapi ni kalau dh abis keje angkat beg nak gerak semua orang usha kau, kau rasa? Haha Tapi aku still enjoy keje kat sini.
Balik keja mesti dah senja, dengan menghadap jem nya. Mujor la naik motor.
Aku ni sebenarnya ada satu habit which aku suka bermonolog sorang2 kat atas motor. Semua masalah aku akan keluarkan time atas moto tu. Aku jugak yang akan beri semangat untuk diri aku kalau aku rasa down.
Tenang weh time tuu. Menjerit pun orang tak dengar haha.
Instead of mengadu dekat tuhan atas sejadah, atas motor jugak aku rasa dekat dengan Tuhan. Banyak kali dah menangis atas motor tu pikirkan masalah, tapi aku tahu tuhan selalu ada untuk aku.
Aku tahu kat luar sana lagi banyak orang yang lagi banyak masalah dari aku bahkan lagi kuat diuji. Tapi mereka kuat bertahan demi nak lanjutkan hidup. Jadi aku kena kuat jugak, bukan untuk orang lain tapi untuk aku juga.
Gaji aku disini takdelah banyak dan taklah terlalu sikit. Cukuplah kehidupan bujang aku sekarang. Alhamdulillah, masih boleh bagi kat mak ayah.
Aku jugak ada buat side income on weekend as a service crew for wedding event. Boleh lah buat topup apa2 yang kurang kan.
Aku pun dalam fasa mengumpul duit untuk masa depan. Aku ni antara yang kedekut dan berjimat sikit dalam berbelanja. Turun perangai mak aku kot, hehe.
Aku sebolehnya berjimat sehabis mungkin kalau boleh. Tapi kadang tertewas jugak, hehe.
Bagi aku sometimes nak reward diri sendiri lepas penat lelah keja tak salah pun selagi kita ingt kemampuan kita. Diri kita jugak berhak bahagia kan.
Alhamdulillah, hasil dari sikap berjimat aku time study dulu dan rajin buat part time. Aku berhasil saving almost 15k dari aku punya ptptn dan jugak side income.
So aku grad bukan dengan tangan kosong. Di saat melihat member2 asyik keluar time weekend, tukar2 fon enjoy sana sini, aku menahan diri dek tahu aku bukan dari keluarga yang senang.
Sepanjang aku study, tak pernah sekali pun aku minta duit dari mak ayah aku unless diorang yang nak sangat aku ambil duit tuu.
Tapi selalunya aku menolak, aku tahu diorang tak mampu tapi mereka cuba utamakan anak2. Allah saja dapat balas jalas mak ayah aku. Doakan aku jugak ye dapat balas jasa diorang pelan2.
Berkenaan dengan jodoh, aku sebolehnya nak elak pikir sangat pasal ni. Dengan aku yang tak pernah bercinta haha. Bukan tak pernah crush kat somebody, tapi tulahh kita mana boleh paksa orang suka kita kan.
Sekadar boleh confess dan istikharah je. Kadang2 sedih jugak kan tgok member dah kawin ada anak ada rumah ada kete, tapi kita masih camni huhu
Tapi aku percaya aturan Tuhan tu tak pernah salah. Masanya belum tiba kan. Tuhan nak kita improve diri kita untuk kedepan.
Aku percaya suatu hari nanti Tuhan akan perkenankan doa aku di saat aku dah bersedia. Mana mungkin Tuhan menghampakan permintaan hamba dia kalau hambanya rajin meminta kan.
Aku pun takde lah baik sangat, tapi aku cuba untuk ubah diri aku sebaik boleh. Nyawa aku pun bila2 ja Tuhan boleh ambil balik. Takkan aku nk pulang menghadap Tuhan dengan tkde preparation kot.
Mungkin tu sahaja sekadar coretan aku yang agak bosan, hehe. Pesan aku untuk semua dan diri aku jugak, Tuhan tu sebenarnya sengaja mengatur hidup kita begitu begini sebab dia tahu yang mana terbaik untuk kita.
– Haikal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit