Pura-pura bodoh dan naif..
Kisah ni mungkin bukan kisah popular dan tiada juga masalah yang ingin diadu. Cuma luahan. Nampak tak ada konflik. Ini adalah tulisan kesyukuran.
Setiap hari aku minta maaf dengan suami, kekuranganku, kelemahanku, kemalasanku. Kerana aku aku tahu kadangkala aku sendiri tak capai ekspektasi aku sebagai isteri. Kerana dalam hati aku ingin jadi isteri yang baik. Dan isteri solehah disisi Allah.
Kadangkala rasa ego, rasa diri tak bersalah, rasa diri betul memang ada. Semua ku ketepikan. Aku minta maaf bukan sebab aku salah. Kerana aku telah melihat hikmah yang lebih besar apabila paruhnya nya seorang isteri pada suami. Mungkin benda nampak jelek dimata setengah orang.
Setiap kali bergaduh atau berselisih faham. Setiap kali juga aku yang akan meminta maaf. Dan aku fikir bahawa pergaduhan ini berlaku kerana aku lah yang tak memahami suami. Kerana sesungguhnya kita berdua adalah makhluk yang berbeza.
Setiap kali bergaduh. Beri ruang masa untuk masing2..
Setiap kali aku marah dengan suami. Yelah, aku manusia bukan malaikat. Apabila perbuatan nya yang tak kena dimata ku. Aku akan diam. Diam dari berkata buruk. Diam dan muhasabah diri.
Bukan mudah mempertahan sebuah ikatan rumahtangga. Tentu ada onak dan duri. Tapi garis panduan nya adalah isteri solehah. Aku tak membebel. Apa yang ku mahu terus ku nyatakan tanpa berdolak dalik.
Dan, aku menikmati kasih sayang dari seorang suami. Seorang suami yang menjaga aku ketika sakit, dalam pantang, melahirkan, dialah bangun malam susukan anak, dia lah memasak ketika ku sarat, dialah mandikan baby dan anak2 semua.
Sewaktu mengandung aku hanya jaga diri dan kandungan sahaja. 4 orang anak. Dan yang kelima gugur.
Bukan tidak pernah kami bergaduh. Bukan tidak pernah berlaku krisis hubungan. Dia diuji. Aku diuji. Dia cukup dengan diploma.
Dan aku pemegang ijazah sarjana. 1 langkah untuk ambik kedoktoran. Tapi aku lupa semua itu bila dihadapannya. Entah, kerana ku fikir taat ku kepada Allah adalah melalui taatnya aku kepada sang suami.
Dia suamiku, lelaki biasa. Tak kaya, dan pernah kerja tak tetap. Sekejap berhenti, dan pernah ku pandang rendah padanya. Namun ku cepat2 sedar, dialah suami yang baik. Yang menerimaku, yang melayani ku dan anak2 dengan baik.
Segala kekurangannya ku tutup serapatnya. Dan dia ku ajar untuk setia. Setia ini berat. Dan telah ku nyatakan sekiranya aku tidak mampu menjalankan tugas sebagai seorang isteri maka aku ikhlaskan dia mencari pengganti.
Dia menjagaku bagai kan puteri. Baju2 aku tak kasi dipakai yang ketat. Tudung ku tak kasi dipakai yang pendek. Auratku di jaga. Selalu dipesan2. Keselamatan ku selalu di pesan2.
Kerana sayang nya aku pada dia. Maka aku ingin melihat dia bahagia. Walau apa pun. Cinta ikhlas kerana Allah. Temukan kami di syurga. Impian rumah besar kereta besar tidak ku punya. Hanyalah impian punyai anak2 Soleh solehah.
Bukan berlagak bahagia. Tapi aku rendahkan ego dan akhirnya aku rasakan kasih sayang itu. Berkat nama ya Latif yang melembutkan dan melunakkan kasih syang antara kita.
Rezeki itu pelbagai bentuk. Kesusahan itu 1 kenikmatan. Untuk kita selalu ingat Allah.
Aku sebak baca kisah rumahtangga yang berantakan. Dalam hati aku doakan untuk semua. Bercerai atau tidak. Tetap lah jadi hamba yang berharap hanya pada Dia Tuhan yang Satu.
– Cik Durian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit