Kehidupan Seorang Penganggur

Aku tak tau nak start macam mana sebenarnya. Semua orang nak bahagia nak berjaya nak ada duit nak mak ayah sanjung… Tapi aku sebaliknya…

Aku berumur 23 tahun, anak bongsu daripada 3 adik beradik. Aku sorang ja anak perempuan dalam keluarga aku. Tak berapa pandai sebab SPM pon 1A ja kalau nak dibandingkan dengan abang aku yang lain.

Atas dari aku dua orang abang yang dah berjaya dah ada kerja dah ada kereta besar yang boleh bawak mak ayah jalan-jalan. Yang boleh mak ayah banggakan bila bercerita dekat kawan-kawan diorang. Aku pulak graphic designer yang selalu saja menganggur. Tahun ni saja dah 4 kali aku menganggur.

Mungkin akan masuk kali ke 5. Wallahu a’lam. Harap tak jadi la benda tu. Selain kerja designer aku kerja operator kilang jugak tapi disebabkan mulut orang aku tak tahan so aku mengundurkan diri. Nak dapat kerja time covid ni bukan senang. Tambah kerja designer pulak.

So lepas sebulan lebih aku menganggur lepas kena buang dari tempat kerja lama aku dapat satu kerja operator kilang. Baru start dalam 3 hari macam tu.

So hari kedua aku dapat iv untuk graphic designer untuk satu kedai printing ni. So aku dah start risau bila nak bagitau dekat mak sebab ayah kalau bagitau dia akan cakap ikut saja…

So bagitau mak yang aku dapat interview dekat satu kedai bla bla bla.. lepastu mak dah berkerut.. tak payah laah kilang tu dah okeyy bukan senang nak dapat kilang besar bla bla bla..

Pastu aku diam ja la sebab dalam hati aku sebenarnya nak mak sokong aku nak mak bagi support aku sebab designer bidang aku.

Then keesokkan harinya operator kilang macam biasa la kan kerja 12jam ot kau dipaksa. Aku balik dengan penatnya dengan banyak benda pikir dalam kepala nak berhenti tukar ke tempat baru atau teruskan kerja..

Then aku terus masuk bilik untuk mandi segarkan diri bagai mak nampak aku muka masam so time aku mandi abang second yang tengah tengok tv pergi dapur acah nak makan padahal tengah membawang dengan mak dengan abang first.. bila aku keluar bilik mandi diorang macam cover2 gitu..

Aku pon cakap la tak payah la nak kutuk orang boleh dengar dalam bilik air tu.. start dari tu abang aku yang second terus terjah hina hina aku.

Cakap aku kerja semua tak kena. Yang aku tak puas hati nya kenapa nak kena ungkit pasal duit.. dia cakap aku duit kerja nak mintak mak ayah..tak pernah beli apa2 bagai.. mak yg ada kat situ diam tak backup aku walau sekeji mana pon aku kena hina..

Aku terus terpikir aku bukan keluarga ke dalam rumah ni aku bukan anak dia ke? Ke mak jumpa aku dekat tepi tong sampah? Aku kecil hati sangat sangat sampai nak dekat 2jam aku nangis.. Aku baru balik kerja time tu maghrib dengan penat sangat sangat aku tak makan langsung last aku makan pukul 11..

Banyak benda yang aku pikir time tu sampai nak bunuh diri pon ada tapi aku tau aku ada Allah. Tapi aku tak tau la kenapa aku tersangatlah kecil hati sampai terpikir kalau aku mati lagi senang keluarga ni hidup bahagia tak ada masalah.

Sampai satu tahap aku pikir aku tak boleh teruskan ada dalam rumah buat masa tu aku pon keluar dari rumah aku bawak baju aku time tu aku penat sangat sangat Allah saja faham..

Aku tak pandai bawak kereta and aku hanya ada lesen motor saja so time aku keluar tu memang agak pening sebab nangis lama mata aku dah macam katak.

Aku ambik angin kejap sambil bawak motor tu aku still nangis aku mengadu dekat Allah aku penat keluar ni aku nak tidur..

Aku pergi dekat tempat gelap duduk sorang sorang.. Sambil nangis.. Time tu aku sedih sangat sebab aku nak mengadu takda tempat even aku kawan ramai pon bukan semua dapat tolong aku time tu. Agak lama aku duduk luar sorang sorang

Alhamdulillah malam tu tak hujan. Then ada member aku sorang ni yang aku kenal dari kecil lagi mak dia pon kenal dia ajak aku tidur rumah dia lama juga dia pujuk aku tidur rumah dia tapi aku taknak sebab aku malu nangis aku malu tumpang tido rumah orang.

Aku terfikir nak tidur hotel tapi aku cek baki bank aku time tu ada rm120 cukup untuk semalam tapi aku tak sanggup pakai sebab aku simpan tu untuk bayar ansuran motor aku..

Memang aku penat sangat time tu aku pon pergi rumah dia.. dia dengan mak dia terkejut sangat dia cakap risau juga sebab aku perempuan keluar malam malam sorang diri naik motor pulak. Sedangkan keluarga aku sendiri takda sorang pon yang call tanya.

Banyak bernda aku pikir apa salahnya aku nak try pegi interview saja tapi benda kecil ni jadi tersangatlah besar…

Benda macam ni akan terjadi bila aku nak berhenti kerja.. satu rumah akan masam muka dengan aku.. hempuk pintu bila nampak aku.. kadang aku tak faham kenapa perlu react sampai macam tu yang sepatutnya aku yang risau sebab aku yang menghadapi benda ni..

Pernah jadi sebelum ni time bulan puasa.. Aku tengah masak untuk semua berbuka then ada abang poslaju hantar parcel takda sapa yang volunteer diri untuk ambik malah jerit-jerit panggil aku yang tengah masak tu..

Aku pon macam tolong la pergi ambik then sorang abang aku melenting “tau dak aku penat apa semua pi reja awat yang hang nak arah-arah orang tu pasai pa.. Hang duduk rumah ja tak buat apa yang orang dok beli makanan guna duit aku tu hang tau makan ja..”

Aku mengucap dalam hati time tu Ya Allah hina nya aku tak kerja Ya Allah hina nya aku takdak duit..

Tapi disebabkan aku lari keluar rumah untuk ambik angin aku tak dapat nak habiskan masak.. Aku keluar sampai waktu berbuka aku berhenti dekat satu parking mall ni untuk berbuka sekadar basahkan tekak saja aku tak makan apa..

Kalau ikutkan aku taknak balik tapi aku takda tempat nak pergi.. Aku rasa hina sangat sebab aku takda duit dan aku rasa lagi sedih bila takda sapa backup aku atau pun hentikan pergaduhan.. Mungkin sebab abang abang semua dah ada kerja besar berduit yang mak ayah tak boleh nak lawan..

Aku bukan nak perburukkan mak ayah aku sendiri tapi aku rasa macam aku anak tiri/ orang gaji dalam rumah.. sedih tu tak dapat aku nak gambarkan macam mana.. aku dengan air mata ni macam susah nak dipisahkan sebab selalu ja akan turun dengan sendiri nya..

Mak selalu akan cerita pasal kejayaan anak2 lelaki dia..even satu kilang dia kenal sebab abang abang semua naik kereta honda kereta mahal.. aku naik motor ja tak boleh nak bawak dia naik.. aku takda apa nak di bangga kan.

Mak selalu jugak aku kecil hati dengan aku walaupun benda tu kadang kadang salah faham.. semua orang akan buat salah kan aku pon ada buat salah tinggikan suara..

Ya memang salah tapi aku tak tau kenapa kalau abang abang aku even tinggikan suara aku dengar memang betul betul kurang ajar la.. mak boleh diam..

Even kalau marah pon mungkin esok dah okeyy.. Kalau aku lah kan seminggu pon belum tentu dia akan pandang muka aku.. Banyak benda yang aku nampak mak lagi lebihkan anak lelaki dia dari aku.. Kadang anak lelaki dia nak pergi kerja dia akan tunggu dekat pintu tengok sampai diorang pergi..

Kalau bercerita pulak tiba2 aku dengan abang aku macam berebut nak bercakap jugakk mak akan dengan abang lagi dari aku sebab selalunya cerita aku takda respon..

Setakat ni saja la kot yang aku nak mengadu seteruk mana pon layanan mereka tetap keluarga kandung.

Stay safe guys sentiasa berdoa yang terbaik.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *