Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf sekiranya penulisan saya ni agak keliru sebab ni kali pertama tulis (luah) dekat dalam artikel macam ni..
Aku gelarkan diri aku Miss A, aku berumur 32 tahun.. Hampir setiap malam aku terfikirkan nasib aku untuk masa akan datang.. Macam mana la kan?
Betul, memang semua nasib tak sama tapi untuk diri aku tak tahu la apa akan jadi..
Sekarang aku kerja dekat satu syarikat H, bahagian personal loan tapi bukan ahlong yee.. Aku kerja macam untuk koperasi la..
Nak dijadikan cerita, manager tempat aku kerja tu macam nak berhentikan aku dengan kawan aku saja, tak tahu perasaan aku ke ape tapi nampak cara memang nak minta aku dengan kawan aku berhenti..
Awal bulan 11 hari tue, kawan aku nie demam, antibody kawan aku ni memang lemah biasalah perubahan cuaca musim hujan kan. Tapi ape kaitan dengan aku suruh jangan datang kerja?
Memang betul takut dengan keadaan sekarang ni, tapi kawan aku tu dah buat swab test 2 kali ye dan keputusan negetive tetap manager aku tu tak bagi kiteorang masuk kerja dengan pelbagai alasan die bagi.
Kalau betul die nak kami berhenti, cakap terus terang dengan kami, jangan sesuka hati tak bagi kami masuk kerja,
Kami banyak komitmen yang perlu kami tanggung walaupun kami bujang tetap perlu bayar sewa rumah, utiliti dan bil-bil yang lain.
Aku sedih sangat tak tahu nak bayar komitmen bulan ni macam mana bile dah hampir sebulan die tak bagi kami masuk kerja,
Komitmen berjalan, hutang kereta, motor sampai tertunggak sebab tak mampu bayar disebabkan Lock Down haritu sampai kami pindah rumah cari sewa yang lebih murah.
Aku ade juga ikhtiar cari pekerjaan lain, tapi kebanyakan kerja yang aku apply semua tak nak umur atas 30 tahun, agak susah nak cari kerja bila umur dah melepasi 30 tahun.
Aku ni bukan pandai pun dalam akedemi, aku cuma ada SPM saja. Aku sampai dah buntu sangat tak tahu nak buat ape. Hujung bulan komitmen menanti, tapi gaji tak de untuk bulan ni. Hurm..
Jangan sebut pasal i-citra ke, i-lestari ke ape semua tu sebab kewangan kwsp aku dah habis ye sebab perlu bayar komitmen setiap bulan masa duduk rumah sewa lama, duit simpanan semua dah habis..
Hurmm.. okay lah semua, aku tak tahu nak luahkan apa lagi..
Aku cuma berharap sesiapa yang baca kisah aku ni dapat mendoakan aku semoga terus cekal hadapi saat ini, permudahkan urusan aku dan doakan aku dapat kerja yang lagi better..
#bagi yang tanya apa kaitan aku dengan kawan aku tu, sampai tak boleh masuk kerja tu kan.. Hurm.. aku dengan kawan aku tu kami serumah
Okay semua, sampai jumpa lagi dan aku doakan kalian semua dipermudahkan segal urusan dan diberi kesihatan yang baik..
– Miss A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit