Kehidupan Yang Panjang

Assalamualaikum kepada para pembaca iium confessions. Saya merupakan “silent reader” sebelum ini namun memandangkan result SPM bakal diumumkan pada hari ini (ketika confession ini ditulis).

Saya ingin berkongsi kisah hidup saya trutama kepada adik2 yang bakal mengambil keputusan supaya dapat diambil ibrah dari jalan cerita hidup saya.

Saya merupakan seorang anak kampung yang dibesarkan dalam sbuah keluarga yang sederhana. Dari kecil saya mmpunyai tabiat suka berangan-angan. Pendek kata, saya kuat berimaginasi dan sudah tentulah menjadi kaya adalah salah satu angan-angan saya.

Disebabkan prestasi saya agak baik di sekolah, saya telah disenaraikan sebagai antara pelajar yang disasarkan mendapat keputusan yang cemerlang.

Namun, hidup tak akan selalu berjalan seperti yang kita mahukan. Apabila keputusan diumumkan, saya hanya mendapat 3A 2B. Berbekalkan keputusan tersebut, saya meneruskan pengajian di sek men yang berhampiran dengan kampung saya.

Di pendekkan cerita, ketika di sek men, saya berangan-angan pula untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh atau pun MRSM bersama-sama kwn baik saya selepas mendapat keputusan PMR (sekarang dipanggil PT3).

Namun sekali lagi nasib tidak mnyebelahi saya. Saya hanya memperoleh 4A 4B manakala kawan baik saya mendapat 7A 1B.

Saya bertambah kecewa dan sedih apabila kawan baik saya berhasrat untuk membuat permohonan ke SBP namun akhirnya dibatalkan dan meneruskan persekolahan di sekolah yang sama. Saya terus memujuk hati dan berjanji akan buat sehabis baik ketika SPM.

Tahun-tahun pun berlalu dan akhirnya saya mengambil SPM. Walaupun saya tahu saya lemah dalam subjek matematik tambahan dan fizik, saya tetap mengambil risiko meneruskan pengajian dalam bidang sains tulin kerana memang hajat saya dri kecil untuk menjdi seorang doktor.

Andainya saya memilih jurusan akaun atau sastera, maka bakal terkuburlah cita-cita saya. Kali ini saya berharap agar keputusan saya melayakkan saya meneruskan pengajian di matrikulasi atau ‘fly’ ke oversea.

Namun, seperti biasa saya kecewa lagi. Apabila keputusan SPM diumumkan, saya hanya mendapat 4A dan gagal dalam matematik tambahan.

Sumpah ketika saya mengambil keputusan ini, saya berasa dunia ini tidak adil kerana saya sudah cukup berusaha namun tidak pernah mendapat apa yang saya impikan. Sedangkan kawan baik saya selalu mendapat kputusan yang baik.

Setelah beberapa bulan, keputusan UPU diumumkan. Saya gagal menempatkan diri di matrikulasi atau mana-mana IPTA untuk mnyambung diploma. Melihat rakan-rakan yang gembira mendapat tawaran dari matrikulasi, saya hanya mampu mengucapkan tahniah.

Namun, nasib saya baik kerana saya sjenis yang tidak suka mengalah dan memiliki keluarga yang sangat memahami. Saya teruskan lagi pengajian dengan mengambil STPM.

Ya, satu kputusan yang dikatakan kurang popular krana sudah besar masih perlu ke sekolah. Tambahan pula, saya mmpunyai sepupu yang sebaya dan dia meneruskan pengajian di peringkat diploma.

Sepanjang di tingkatan enam, saya enjoy dengan sesi pengajiannya. Kali ini saya cuma berhasrat dapat menjejakkan kaki ke Universiti demi mak dan ayah saya. Berbeza dengan PMR dan SPM, ketika ingin mengambil keputusan STPM, saya kurang teruja dan tidak berangan-angan tinggi untuk cemerlang.

Saya nekad di dalam hati, biarlah sekadar cukup untuk memohon meneruskan lagi pengajian tambahan pula ketika kertas pengajian Am saya tidak sempat menjawab semua soalan. Mustahil akan mendapat keputusan yang elok.

Lama saya termenung di luar pagar sekolah, mengumpul kekuatan sekiranya perlu berdepan dengan kekecewaan lagi sehinggalah guru kaunseling memanggil saya dan rakan-rakan ke Dewan.

Sesampainya di Dewan, guru kelas memeluk saya dan mengucapkan tahniah. Ketika itu, apa yang ada di fikiran saya, Alhamdulillah, mungkin aku lulus dan mndapat 3.0 sekaligus boleh memohon UPU.

Ketika pengetua memulakan ucapan Dan slide di tayang, rakan sebelahku menjerit. Aku terkejut dan terpinga-pinga kerana masih tidak sedar yang nama aku diumumkan sebagai pelajar terbaik.

Sebaik menyedarinya, aku tidak mampu menangis seperti kebanyakkan orang yang mendapat kejayaan namun aku tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah dan memberitahu emak dan ayah aku. Alhamdulillah akhirnya apa yang aku hajatkan Allah makbulkan.

Akhirnya buat pertama kali, aku berjaya mengisi UPU. Pada awalnya aku mengisi UKM dalam jurusan BM namun di hari terakhir aku mengubah ke UM dalam bidang yang lain.

Permohonan aku diterima dan aku bergelar mahasiswa. Ketika dalam pengajian, ramai yang mempersoal pilihan aku kerana katanya susah untuk mendapat peluang pekerjaan.

Alhamdulillah, aku berjaya mendapat dekan setiap sem kecuali sem pertama kerana jam kredit pengajian tidak cukup. Masalah timbul lagi apabila setelah tamat pengajian aku tidak mendapat pekerjaan tetap. Tetapi aku terus memohon sambil menjadi guru sambilan.

Setelah 5 tahun, akhirnya aku berjaya berjaya mendapat pekerjaan dan “posting” sebagai guru. Walaupun aku rasa hidup aku seperti susah dan panjang, namun aku baru sedar sebenarnya Allah banyak memudahkan hidup aku.

Aku mendapat biasiswa dari sekolah rendah (biasiswa negeri), sehingga Universiti (JPA), aku juga tidak perlu tunggu sehingga 3 tahun untuk meneruskan pengajian di peringkat degree kerana aku mengambil STPM dan paling penting aku boleh bergraduasi tanpa berhutang kerana ditaja oleh kerajaan.

Buat adik2, andai keputusan adik-adik cemerlang, bersyukur dan teruslah mengejar cita-cita. Buat yang kurang cemerlang, peluang dan jalan masih terbuka. Terpulang kepada kita bagaimana nak mneruskannya.

Jangan pernah berputus asa kerana kegagalan tidak menutup sebarang ruang tetapi berputus asa itulah yang menutup segala peluang. Akak ucapkan ALL THE BEST.. Maaf terlalu panjang karangan tanpa sedar.

– Ayra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *