“ kring kring kring… “ telefon aku berdering.
“ hello ? “
“ boleh bercakap dengan detektif.. “
“ ya saya. Apa yang saya boleh bantu cik ? dan cik ni siapa ? “
“ saya doctor “.
“ oh ya ? apa saya boleh bantu doc ? “
“ pesakit saya nama zarul( bukan nama sebenar ) dia minta saya untuk hubungi detektif..
“ zarul mana ya ? tak payahlah berdetektif apa semua ni “.
“ oh kalau macam tu saya panggil cik sajalah. Boleh “
“ yaya silakan. Haa zarul mana doc ? “
“ zarul, awak pernah tangkap dia pada tahun 20xx “
“ oh yaya. Banyak sangat nama. Jadi tak cam satu satu. Kenapa dengan dia ? pesakit doc ? dia sakit ke ? “
“ ya. Dia ada di hospital sekarang ni. dia minta saya untuk hubungi cik. Dia minta kalau cik senang. Datang jumpa dia. dia nak sangat jumpa dia. sekejap ya. Sekejap “.
Dia diam sekejap..tapi telinga aku dapat menangkap bunyi tapak kasut yang berjalan.
“ hello ? “
“ yaya saya masih di sini. Teruskan “
“ macam ni. saya minta tolong. Kalau cik senang. Cik datanglah. kalau boleh datanglah secepat yang mungkin. Sebab ini mungkin permintaan terakhir darinya, maaf saya ambil masa untuk berjalan jauh sikit dari dia. “
“ hospital mana ? bilik number berapa ?
Aku terus bergegas ke hospital selepas mematikan panggilan. Sampai di bilik zarul. Aku masuk. Doctor zakir datang dan menghulurkan salam. Aku membalas salamnya. Dia memperkenalkan diri dengan lebih lanjut. Zarul hanya tersenyum di atas katilnya. Tak lama selepas itu, doc tinggalkan kami berdua. Aku berjalan mendekati kerusi di tepi katil zarul. Aku duduk mengadap ke wajahnya yang masih lagi tersenyum riang. “ ayah “ kata zarul. Aku terkesima, aku pusing belakang melihat di belakang aku kosong. Tiada sesiapa. Kenapa dia panggil ayah ? aku pusing kembali mengadapnya.
“ aku panggil kau lah “, katanya sambil tersenyum memandang aku. aku masih lagi terkejut. Aku bukan ayah dia. malah bukan siapa siapa. Tak ada pertalian darah sedikit pun. “ kenapa panggil aku ayah ? “ Tanya aku. “ haha, aku tahu umur kita hampir sama. Tapi aku boleh anggap kau ayah. Sebab ayah aku tak macam ayah. Aku seolah olah tiada ayah selepas kematian ibu. Seorang yang riang berubah menjadi pendiam. Tak ada lagi kasih sayang untuk seorang yang bergelar anak. Semuanya sudah di ragut pergi bersama kematian ibu. Aku tak di layan seperti layaknya seorang anak. Aku sayang ayah. Tapi ayah tidak lagi sayang aku. jadi untuk apa aku sayang diri aku sendiri jika orang yang aku harap untuk sayang aku pun dah tak sayang aku “.
“ dari situlah aku berjinak dengan dadah bersama kawan kawan. Hilang segala kekusutan aku bila aku dengan mereka, kami ambil semua benda. Semua benda aku cuba. Tapi makin lama makin kurang duit. Dari situ jugalah, aku berjinak dengan perniagaan. Aku jual sikit sikit hanya untuk tampung hidup aku dan juga kos belajar setelah aku umpama tidak lagi wujud. Kematian ibu benar benar menyedihkannya sehingga dia berubah dengan teruk. dia kurus. Sakit itu ini. Aku masih lagi cuba berbaik dengan dia pada masa tu. aku cuba melayani dia selayaknya seorang ayah. Tapi dia masih lagi dingin dengan aku. dia tetap saja begitu tak berubah. Membuatkan hati aku rasa sakit. Lama kelamaan ego aku menjadi lagi tinggi dan kami sudah seperti bukan lagi anak dan ayah “.
“ aku haluan aku, dia haluan dia. aku pun dah jarang balik rumah. Dia pun tak pernah Tanya apa apa tentang aku. yang dia tahu. Mengelamun, diam dan diam dan diam tak ubah seperti patung yang punya nyawa. Sampailah kau tahan aku, kau jaga aku dekat rumah kau tiga bulan. Sampailah aku dah tak menagih. Sampailah aku rasa kau ni ayah. Kau cakap. Kau nampak aku ni ada pontensi untuk Berjaya. Sebab tu kau tak ambil apa apa tindakkan. Kau sembunyikan aku dekat dalam rumah. Makan minum aku kau urus “.
“ tapi sekarang kau tak ada, aku banyak makan meggi saja haha “. Aku memotong percakapannya. “ aku Cuma beli barang. Kau duduk dekat rumah pun bukan duduk saja. kau masak, kau basuh baju, jemur baju. Semua kau lah. aku rasa seronok pula masa tu. semua benda kau buat haha “, tambah aku lagi. dia tersenyum riang bila mendengar percakapan aku, mungkin dia merasa dirinya atau segala perbuatannya di hargai. Merasa diri dihargai adalah satu kebahagian yang tak terhingga sebenarnya. Kau beri budak sekarang seringgit. Silap silap dia beri kau balik sepuluh ringgit. Kau beri seringgit dekat gelandangan. Dia ucap terima kasih dengan senyuman yang menyatakan yang dia suka walaupun hanya seringgit yang kau berikan.
Malah bukan dia seorang yang senyum, begitu juga kau setelah merasa orang hargai pemberian kau ataupun orang hargai perbuatan kau. Itu kebahagian bagi aku. kalau kau aku tak tahulah. Tapi apa salahnya kau cuba. Tapi janganlah seringgit. Kedekut gila kau ni. “ terima kasih sebab buatkan aku merasa yang hidup aku ni dihargai. Ada gunanya juga “, katanya. “ dah la, lupakan hal tu. dah lama berlalu “, kata aku kepadanya. Tiba tiba jururawat masuk ke bilik, mereka mahu membawanya ke bilik pembedahan.
Aku ikut dari belakang. tiba tiba aku dengar dia panggil aku dari belakang. “ maafkan aku. lepas lama kita tak berjumpa. Aku kembali jual dadah. Selepas aku dapat tahu aku ada penyakit dan pembedahan aku perlukan kos yang tinggi. Aku tak ada pilihan. Tapi aku tak hisap lagi lepas kita berpisah “. Katanya perlahan dengan airmata yang menitis membasahi pipi.
“ barang masih ada di rumah aku. katakan kalau aku Berjaya. Kau tangkap aku. aku rela. sebab aku melakukan kesalahan. Pen dengan kertas ada ? “ pintanya kepada aku. aku hulurkan pen dan kertas. Dia tulis alamat dan satu nama lelaki melayu di atas kertas. “ itu nama dan alamat. Dia pembekal aku. aku memang tak berguna. Menjual nama orang yang tolong aku. tapi aku rasa ini untuk kebaikkan. Lebih baik rasanya. Anggap saja aku balas jasa kau dengan ini. Kalau ayah aku datang, cakap aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, aku pergi berjumpa dengan ibu, cakap dengan dia jangan sedih sedih, aku ada ke tak ada ke sama saja. tolong sampaikan ya ? dan aku maafkan dia. aku terima ini mungkin sudah takdir hidup aku. terakhir aku jumpa masa hospital perlukan tandatangan dia untuk meneruskan pembedahan aku.sampaikan salam aku pada abu. kau jangan lupa. Terima kasih…… ayah “, katanya lagi dengan senyuman dan mengembalikan pen aku dan juga kertas.
Dia sudah masuk dalam bilik pembedahan. Aku duduk di kerusi menunggu di luar. Aku keluarkan telefon. Cuba menghubungi seorang inspektor dari bahagian JSJN dan aku berikan maklumat yang di berikan zarul kepada aku kepada inspektor yang aku hubungi sebentar tadi. tak lama selepas itu. lama aku menunggu. Keluar seorang doctor. Dia melihat aku dari jauh. Aku bangun dari kerusi. Berjalan mendekatinya. Dia tundukkan pandangan ke bawah. Dia pegang bahu aku. “ maaf, kami sudah mencuba sebaik mungkin, tuhan lebih menyayanginya “, katanya dan berlalu pergi.
Aku pusing ke tepi melihat doctor tadi pergi meninggalkan aku. tiba tiba pintu di buka. Mereka menolak katil zarul keluar dengan selimut yang menyelimuti kesemua tubuh badannya. Tiba tiba aku dengar tapak kaki berlari dari jauh. Apa yang aku nampak. Ayah zarul berlari mendekati kami. Dengan airmata yang jatuh ke bawah lantai. Dia menarik selimut yang menutupi wajah zarul. Ayahnya menangis teresak esak meratapi pemergian anaknya pula kali ini. “ maafkan ayah nak, kenapa kau pula pergi tinggalkan ayah ? bangunlah nak. Ya Allah kenapa kau ambil anak ku pula ? “.
Aku berlalu pergi. dua hari selepas zarul pergi. aku tulis surat apa yang zarul minta aku sampaikan kepada ayahnya jika dia tidak Berjaya. Aku letakkan surat dalam peti surat rumah ayahnya dan berlalu pergi tanpa berjumpa dengan dia. aku benci melihat airmata yang sudah tidak berharga. Jangan biarkan kehilangan mengajar erti bertapa bernilainya sesebuah kehadiran. Kita hidup untuk teruskan hidup bersama orang yang masih hidup. Bukan hidup untuk meratapi orang sudah pergi sehinggakan tidak menghiraukan lagi orang yang masih hidup yang perlukan kasih sayang kita. Iya sedih, tapi jangan biarkan kesedihan tu merosakkan iman.
Yang sudah pergi biarlah pergi. sememangnya memang milik DIA. dia punya HAK untuk ambil kembali. Tak perlu pertikaikan lagi kuasanya. Redhakan saja. iya susah. Tapi beritahu aku apa lagi pilihan yang ada selain redha ? dan teruskan hidup.
Terima kasih admin, maaf salah silap.
-Mac amin
– Mac amin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit