Kehilangan

Assalamualaikum. Thanks memilih confessions ini untuk disiarkan. Kehilangan yang aku rasa sekarang, iaitu kehilangan ayah aku yang secara tiba-tiba 6 bulan lepas. Ayah aku meninggal kerana kemalangan jalanraya.

Bila tahu ayah aku disahkan meninggal pukul 4pagi, aku rasa macam mimpi tapi bila jenazah hendak di bawa ke rumah mayat, aku tersedar yang memang ayah aku dah takde. Aku lari cari mak aku dan aku mohon ampun kat mak aku pada waktu tu juga. Aku tak tahu dan aku tak sedar ada tak aku sempat minta ampon dengan ayah aku masa hujung nyawa dia yang aku memang tak sangka sekejapan je dia dah takde lagi di dunia ni. Dia cuma pergi kerja macam biasa tapi dia tak balik lagi dan dia dah pergi selamanya.

Aku selalu menangguh untuk berbuat kebaikkan dan kebajikan untuk ayah aku sebab aku fikir aku ada masa dan ayah aku masih bekerja apatah lagi dia boleh ada semua yang dia nak. Jadi aku fikir, takpe. Nanti aku naik gaji la baru aku belanja dia. Aku sering menangguh. Tapi bukan la langsung aku tak berbuat baik cuma menangguh. Dan dia yang sentiasa tanya aku, aku ada duit belanja tak walaupon umur aku dah 30an. Patotnya aku tanya dia , dia cukup duit tak. Kenapa ayah aku kerja walaupun aku da umur 30an? Sebab ayah aku memang jenis tak suka duduk rumah, cakap la macam mana pun, dia memang nak kerja. Sometimes aku rasa aku take for granted. Sebab aku tahu ayah aku mampu, aku abaikan hak dia. Btw, aku belum berkahwin dan aku masih tinggal bersama ayah dan emak.

Kehilangan yang tiba tiba benar benar buat aku tersedar aku tak boleh menangguh walaupun sekejap. Dulu aku selalu berkira dengan belanja aku patot tak aku bagi ayah aku sedangkan dia pun bekerja dan aku rasa takpe kalau aku tak belanja dia apa apa. Aku silap.. sangat silap.. aku hilang ayah aku tanpa sempat bagi apa yang sepatutnya seorang anak balas jasa. Bil rumah (bukan sepenuhnya) aku bayar dan duit bulanan pun aku bagi cuma macam apa yang dia teringin tu aku menangguh.

Dengan kehilangan ayah aku, aku mendekatkan diri dengan Allah. Aku taknak beratkan ayah aku di alam sana. Aku taknak jadi hamba yang tidak redha dengan kehilangan ayah aku. Aku nak tahu apa yang aku patut buat untuk balas balik apa yang aku tak sempat bagi ayah aku,jadi aku cuba banyakkan dengar ceramah untuk amalan amalan untuk disampaikan buat ayah aku kat alam sana.

Dengan mendekatkan diri aku kepadaNya, aku dapat rasa yang semuanya terjadi ada hikmah. Sangat banyak. Satu satu Allah bagi kat aku. Aku rasa aku jadi better person (inshaaAllah) dan aku sentiasa mencari jalan supaya ayah aku setiap hari dapat ganjaran dari anaknya untuk bekalan dia di alam baru dia..

Dia terlalu penat dengan dunia yang sementara ini, allah ambil dia tepat pada masanya. Sebagai hamba yang tidak tahu apa apa, aku redha yang ini adalah masa yang terbaik untuk ayah aku pergi. Aku nak bagi kebahagian untuk ayah aku. Aku akan terus cuba mohon dengan Allah untuk masukkan ayah aku ke dalam syurga tanpa hisab dan dikurangkan azab kubur. Aku sentiasa mohon doa untuk diampunkan dosa ayah aku. Sesungguhnya ayah dan emak aku adalah rezeki yang paling terbaik pernah aku dapat dari Allah. Aku nak masuk syurga bersama mereka.

Sekarang, keutamaan aku adalah amalan untuk ayah aku dan kebajikan untuk emak aku. Redha emak aku ada redha Allah untuk aku. Lepas tu, barulah Allah makbulkan doa aku untuk aku tolong arwah ayah aku kat alam sana.

Al-fatihah, ayah.

– M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *