Assalamualaikum. Saya kenalkan diri saya Suri, berusia awal 30an. Pernah berkahwin dan memiliki 3 orang anak.
Kisah saya hari ini mengenai kehilangan, 3 orang insan yang datang dari rahim saya dalam sekelip mata.
Saya pernah bahagia seketika ketika kami jauh dari keluarga. Yang mana pada ketika itu suami bertugas di seberang laut. 2012 kami posting ke pantai timur. Maka bermula episod rumahtangga kami bergolak. Puncanya dari keluarga suami.
Pada tahun 2017 suami memohon GA untuk posting ke kampung halamannya di selatan tanpa pengetahuan saya. Alasannya nak dekat dengan mak dan ayahnya, nak jaga kebajikan orang tuanya.
Ketika itu saya dan anak2 tidak ikut bersama, suami minta stay dirumah yang kami beli itu, dengan alasan sukar nak proses tukar sekolah anak, saya akur dan tak cakap banyak.
Bermula lah PJJ antara kami. Tahun pertama suami akan balik sebulan sekali, kemudian makin berkurangan kerana urusan tugas luar yang banyak. Saya masih diam dan jenis saya tak suka nak serabut kan diri pikir benda tak elok.
Pada tahun 2020, sebelum pkp saya mengalami kemalangan bersama anak2, kereta kami naiki dihempap lori simen, semua anak2 saya terkorban, saya pula koma selama beberapa minggu.
Apabila saat saya tersedar, orang pertama yang ada di sisi saya ialah abg chik saya. Saya tanya, mana anak2 saya, dia cakap anak2 kat rumah, adik dalam icu, kanak2 tak boleh masuk.
Walaupun saya sudah sedar tapi masih perlu berada di hospital untuk rawatan susulan dan tangan saya patah. Saya tetap bertanya mengenai anak2. Saya tanya suami, mana anak2 saya, dia beri jawapan yang sama.
Hari saya discaj dari hospital, saya berharap anak2 datang jemput. Abg chik saya datang bersama abg lang dan 2 kakak ipar. Suami saya juga ada. Dalam hati saya bercakap, sampai hati tak bawak anak2.
Perjalanan pulang saya teruja, saya rindu sangat pada anak2, nak peluk mereka, nak dengar cerita mereka, nak makan sama2 seperti biasa.
Abg chik yang memandu kereta dan membelok ke kawasan masjid. Saya mula berdebar – debar, saya tanya kak chik, kenapa kita datang sini…??
Abg chik dan Abg lang turun, mereka datang pada saya, mereka maklumkan anak2 saya terkorban, mereka disemadikan disini.
Allahuakbar… betapa luluh hati saya. Ye saya meraung, saya jerit kenapa perlu ambil kesemuanya. Abg chik memujuk, adik jangan macam nie, anak2 adik sedang bersama ibu dan ayah kita, mereka sedang bahagia.
Saya balik ke rumah, setiap sudut dan setiap inci rumah saya terbayang wajah anak2. Saya tak kuat, kerana selama ini dunia saya hanya ada anak2. Saya kemana saja bersama mereka. Mana mungkin sekelip mata saya boleh terima semuanya.
Saya cakap pada suami saya, puas hati kamu sekarang..???
Dulu semasa kamu balik rumah selalu cakap anak2 bising, anak nie mengacau, anak2 tak boleh diam seminit. Sekarang kamu aman, kamu tak perlu lagi hadap semua tu dan kamu takde tanggung jawab lagi.
Akhirnya saya buat keputusan untuk menamatkan ikatan suami isteri. Kakak dan abang suami menentang, mereka cakap saya penyebab anak2 saya terbunuh dan saya cuai.
Saat ini saya hilang hormat pada mereka, saya jerit pada mereka, kamu semua menuduh saya macam – macam, kenapa kamu tak boleh pikir dimana adik kamu saat kejadian ini..??
Kenapa kamu biarkan adik kamu melepaskan tanggungjawab pada isterinya..???
Apa kamu pikir aku nie tunggul, sesuka hati nak mencemuh..!! Sepatutnya kamu yang lebih dewasa menasihati adik kamu, bukan menjadi batu api atau tok dalang. Mungkin hari nie hari saya, hari kamu pasti tiba, bezanya baik ataupun tidak.
Kini saya aman tanpa pikir apa2 lagi, jauh disudut hati saya rindu dengan semuanya. Suami saya bukan jahat tapi dia terlampau taat, terlalu mendengar cakap orang lain daripada isteri sendiri.
Adakalanya dia moody, tarik muka pada saya dan anak2. Ada satu masa dia tak pernah bertanya khabar kami anak beranak lebih dari 6 bulan. Wajarkah lagi saya bertahan?
Buat bekas suami saya, terima kasih pernah hadir dalam hidup saya dan pernah bahagiakan saya bersama anak2 walaupun seketika. Tolong jangan ulangi kesilapan yang sama bersama wanita lain.
Untuk wildan syurga ibu, Arrash, Arrasy dan Assyira ibu rindu kamu semua.
Semoga kamu semua berjumpa ayahwan dan maktok disana, mereka pasti bahagia menyambut kedatangan kamu. Semoga kita dapat berkumpul disana nanti.
Kini kehidupan saya bersama keluarga abang dan kakak. Saya menumpang kasih bersama anak2 sedara.
Alhamdulillah Allah hadirkan mereka untuk saya kecapi bahagia lagi tanpa walaupun tanpa anak2 saya.
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit