Kehilangan Sebelum Kehilangan

Salam. Aku sebenarnya baru terjaga dari tidur. Harini aku ada selisih faham sikit dengan tunang aku tapi bukan lah isu besar pun. Hanya sebab dia tak angkat call aku dua kali sedangkan waktu tu aku tengah rindukan dia.

Tapi dia reply je aku, kata takyah video2 call, terus je jumpa minggu ni. Siap bagi emoji yang gelak2 giler tu. Padahal dia tak tahu aku sakit hati.

Sejak tu aku cam nak tak nak je reply text dia. Sehari sekali je aku reply, waktu malam, itu pun lepas maghrib je. No goodnite wish macam selalu, no responsive reply ke apa.

Ada satu malam tu aku skipkan text wassup dia. Jadi maksudnya kat situ aku tak respon lebih 24 jam.

Aku bukan lah mengada sangat yang nak ikutkan ego aku je. Tapi time tu hati aku betul tengah sedih terbayang boleh ke dia jadi emergency call aku lepas kahwin nnti since termasuk ini ada kut beberapa kali dia tak angkat call aku, tapi boleh pulak reply text aku.

Ok sambung lagi citer tadi, even aku skip sehari tak reply dia, esoknya tu dia tanya aku baik2 je busy ke semalam. Siap aku bangun pagi tu, ada goodnite wish berserta notes i luv U lagi.

Aku happy tapi aku just respond emoji luv je dulu dekat tunang aku. Respon dekat dia untuk yang text lain2 tu cam biasa tunggu lagi beberapa jam la kut. Tapi aku tak la biarkan sampai lewat petang, rasanya tengah hari tu aku dah reply.

Nak dijadikan citer malam tadi la aku saja cakap yang aku terasa hati dengan dia pasal kes call tu. Sebab tu aku jadi unresponsive.

Dia reply aku ikutkan 2 minggu ni banyak benda dia terasa dengan aku. Tapi dia still cari aku make it worse, aku ada batalkan janji temu kitorang yang sepatutnya pagi tadi.

Aku tak sengaja yang ni, sebab aku ada family matter yang mana one of my family member perlukan aku waktu tu. Jadi ni salah satu benda yang buatkan tunang aku rasa terpinggir lah sikit.

Ye aku ada banyak family matters dua tiga minggu ni, orang cakap apa tu middle child crisis.

Ada yang sekali tu aku plan call dia, tapi terpaksa cancel sebab aku kena uruskan mak ayah aku dulu. Padahal tunang aku tunggu je aku punya panggilan telefon. Tapi dia ok sebab faham situasi ni cuma bila kena dua tiga kali dia simpan dalam hati.

Ok kita tutup dulu citer part tu, kami tak gaduh la pun cuma berbalas text pasal ni. Aku sedih dia tah la nampak macam sedih jugak la kut.

Ok sambungannya aku balik jer dari rumah family member aku tu, aku pergi work out dan sebab badan penat aku tertidur. Aku mimpi gais. Dalam mimpu tu situasinya tunang aku terlalu kecewa dengan aku tapi sebabkan sayangkan aku, dia nak ada orang lain jaga aku untuk dia.

Aku kenal lelaki tu. Kita namakan dia A. Sebab dekat dunia nyata aku penah sekali je kenal dia time kerja tempat lama dulu, staff dia panggil dia Abang. Jadii A untuk Abang. Tunang aku minta A ni cuba kawan dengan aku dan bawak aku untuk fitting baju kahwin.

Aku dalam mimpi tu awal2 tu biasa je macam follow je plan tunang aku sebab aku kenal je lelaki yang dia nak kenankan ni. Jadiinnya satu hari tu A bawak lah aku pergi dekat macam sebuah taman rekreasi untuk kenal2 kan.

Kat situ, dia very gentle man, pegangkan barang2 aku, tnya aku planning majlis resepsi macam mana. Bla bla bla. Aku happy je citer dekat dia. Siap kitorang survey tempat untuk honeymoon nanti, sebab kebetulan taman rekreasi ni atas bukit. Chalet dia nice view sangat.

Pastu ada satu part tu aku cam terlupa maps tempat nak fitting baju. So aku cakap kat A kejap aku chat dengan P***** (nama tunang aku) sebab dia ada simpan nama kedai dan location.

Time aku bukak chat tu, aku tak tukar pun nama tunang aku tu, still dengan nickname FIANCE. Jadi bila mata aku tertatap nick name tu aku cam terus tersedar tau.

Jiwa aku ni sakit walaupun dalam mimpi, rasa dia tu sampai sekarang waktu aku dah sedar ni. Aku flashback semua kebaikan tunang aku tu sampai lah nak break ni pun dia tak nak aku sorang2. Ya Allah dia lelaki baik, izinkan aku teman dia di dunia hingga ke firdausiMu.

Perasaan aku dah bercampur baur waktu ni. Tapi aku masih tak cakap apa2 dengan A. Kami terus pegi dekat tempat fitting baju. Tempat ni bukanlah semata tempat fitting baju, dia macam mall and kami gi vendor2 dalam tu. Jadi masuk2 je mall, A dah naik eskalater pergi tempat fitting.

Aku masih dekat ground floor tengah layan perasaan dan tengok2 pemandangan situ. Sebab mall tu macam cantik tau style open mall. Dalam mimpi aku tu pulak, situasi malam. Boleh bayang tak cantik kawasan tu tambah dengan lampu2 malam.

Aku tiba2 terkejut tau jumpa tunang aku dan family dia tengah shopping. Kami bertegur sapa. Dia tanya aku macam mana progress aku dengan A.

Dia cakap jangan risau semua belanja part pakaian dan bridal dia tak mintak refund dari aku pun sebab itu sepatutnya majlis kami. Kira macam dia sponsor la part tu.

Mata dia berkaca jugak time doakan kebahagian aku. Dia tak tahu hati aku meronta teruk waktu tu suruh dia amik balik aku.

Time ni A baru turun eskalater, salam dengan tunang aku dan ingatkan dia datang majlis. Aku tengok tunang aku banyak kali tak berkedip, tapi mulut ni terkunci tak terlafaz apa2. Macam ni ke rasa break up. Rasa tersiat2 hati.

A ajak aku beredar naik atas pegi fitting. Berat kaki aku ikut langkah dia tapi aku follow jugak sebab aku dah tekad. Dekat atas time A fitting baju, aku bukak wasup untuk text tunang aku bagitau aku nak reset balik semua ni.

Korang penah tak rasa mimpi yang sakit, dan korang tahu tu mimpi, tapi korang takleh bangun, macam takleh control mimpi tu. Sakit ye korang..

Ok sambung, aku bukak wasup tunang aku, dp dia dah tukar hitam. Aku wasup dan hanya single tick. Ni bukan kebiasaan tunang aku. Dia biasa cool and steady je walau macam mana pun ribut badai sepanjang kami kenal ni. Ya Allah, aku dah tak keruan..

Aku terus berlari pergi ke A, abaikan lah kalau dia tengah bersamping je ke time tu sebab kali ni aku bertekad, memang kena be honest dan takkan lagi nak bolak balik.

Tengah berlari kakiku tersadung dan pap.. ye aku tersedar. Dan menangis. Sama macam situasi aku menangis dalam mimpi tadi. Rasa dia masih sama. Rasa patah hati.

Korang pernah rasa tak macam terus nak call orang korang sayang tu. Camtu la aku.

Aku dah pegang fon, tapi teringat siang tadi, tunang aku cakap bagi dia rehat dulu. Aku rasa dia kecik hati sangat dah tu dengan aku. Jadi aku batalkan dulu niat aku dan aku decide untuk luahkan dekat sini.

Perasaan kehilangan sebelum benar2 kehilangan. Aku harap itu tak berlaku. Maafkan tunangmu ini, Fiance.

Sebagaimana aku berjanji akan setia tunggu dan jadi bakal isteri mu, begitulah aku akan setia dengan janji tu selagi Allah redha dengan kita.

Terima kasih perkenalan 3 tahun ini, dan aku tak sabar tunggu respond dari mu. Jangan marah lama2 kerana aku di sini masih merindu.

Doakan majlis kami berjalan lancar ye semua, insyaallah penghujung tahun ni..!

– C (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *