Keikhlasan Yang Hilang

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Nama saya Dila. Saja saya nak luah tentang kehidupan saya memandangkan sejak kebelakangan ni, banyak confession tentang tanggungjawab nafkah suami dan isteri membantu keluarkan duit belanja untuk seisi rumah.

Terbaru, ada post pasal si isteri saving 30k, tapi bab belanja barang rumah sanggup pakai barang second. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/redha-dan-syukur/).

Ramai yang hentam dia. Well, kehidupan masing-masing tak sama kan, tapi bagi saya, kalau nak berkira dengan suami, biar la dengan suami saja, jangan kaitkan anak.

Anak tak bersalah, dan kita sebagai ibu pun perlu amanah untuk memenuhi keperluan anak dengan baik dan sempurna. Kalau suami sendiri tak cukup duit, tak salah kita keluarkan duit sendiri asalkan untuk keperluan anak sendiri.

Ok la, ni part kisah saya pulak nak share. Saya dulu masa masa awal2 kahwin pernah la jadi kategori isteri yang bertimbang rasa dan tak berkira tu. Suami saya gaji dia takde lah banyak, tapi tiap2 bulan dia akan bagi duit belanja saya dan anak untuk saya uruskan.

Kebiasaannya, duit dia bagi tu memang cukup2 untuk anak saja, saya sikit pun tak merasa sebagai nafkah diri sendiri. Tapi saya ok je, asalkan belanja anak cukup.

Jadi komitmen bulanan saya hanyalah bayar rumah, kereta , PTPTN, insurans serta duit belanja hantar ke kampung dan duit pengasuh.

Oh ye, lupa nak bagitahu, rumah yang kami duduk sekarang ni adalah rumah saya, beli guna loan saya 100% , jadi bulan2 saya bayar sendiri. Suami saya ni , saya boleh kategorikan dia seorang yang sangat boros berbelanja. Suka beli makanan mewah2, merokok lagi..

Setiap bulan bila dia dapat gaji, dia akan bagi duit belanja untuk anak saya (dalam beberapa ratus), dan baki dia masih ada lebih kurang RM700++ sebulan untuk belanja diri dia.

Manakala gaji saya hampir cecah 3k, tiap bulan saya akan bayar komitmen dan belanja bil2, kadang2 beli baju anak dan sebagainya, tinggal la lebih kurang 1k untuk belanja saya sendiri.

Kalau bagi orang lain, RM700 cukup tak untuk belanja diri sendiri (makan dan pergi kerja) saja? Kereta yang suami guna tu kereta saya, saya yang bayar sendiri.

Kalau secara logik, cukup kan?? Sebab dia takde komitmen lain dah, hutang pun takde langsung. Tapi saya pelik, suami saya ni tak pernah cukup duit dia. Setiap bulan dia akan meminjam dengan saya, paling kurang RM100.

Biasanya RM200-300 pun ada. Saya memang bagi pinjam, sebab dia janji akan ganti balik sebulan dua akan datang. Kadang2 sampai terpaksa pajak barang kemas saya untuk tolong dia.

Kadang2 dia pinjam, saya halalkan separuh. Memang dia ada bayar balik walaupun lambat. Tapi, bila saya fikir balik, setiap bulan macam ni, jadi saya tak dapat rolling modal untuk saving pun.

Sampai la satu hari tu, dia kantoi dengan saya. Dia melayan video2 gambar lucah… pandai dia sembunyikan perangai dia selama ni..

Saya sedih dan kecewa sangat. Sedangkan masa sebelum kahwin lagi saya dah warning dia, saya tak nak dia buat hal yang paling saya tak suka ni termasuklah ada orang ketiga. Kalau dia nak saya jadi isteri yang baik dan sebagainya, jangan sesekali buat hal.

Dia pun setuju la kononnya. Tapi lain pula hal lepas dah kahwin lama2 ni. Setelah saya banyak berkorban tolong dia, tak merungut pun walau nafkah rumah, belanja untuk saya sendiri pun tak cukup, keperluan rumah, perabot semua saya beli pakai duit gaji sendiri.

Kereta yang dia guna bawak pergi kerja pun kereta saya. dia cuma tambah2 duit untuk repair dan servis sahaja. Roadtax saya bayar sendiri… Bila dia buat hal macam ni, saya betul2 dah tawar hati.. Saya dah berhenti bagi pinjam duit kat dia lagi.

Dulu, saya selalu tambah duit minyak kat dia dalam RM2-300++ sebab dia akan hantar saya pergi kerja baru dia msuk ofis dia.. tempat keje kami 1 hala je. Sekarang duit minyak saya langsung dah tak tolong, dia pun guna kereta tu, jadi perlu bayar minyak sendiri.

Masa dia tak cukup duit, saya biarkan, pandai2 la buat part time cari duit lebih sendiri. Saya tahu, dia pun sebenarnya tak suka buat part time. Sebab saya pernah bagi idea dia buat business online part time pun, ada je alasan dia. Tak pandai lah, susah lah.

Sekarang saya dah malas fikir, bulan2 saya akan pastikan duit belanja anak cukup. Tu yang paling penting.

Sekarang, kami banyak bergaduh sebab duit. Semuanya sejak saya dah berhenti tolong dia. Dia selalu cakap saya ni kedekut dan berkira sekarang. Dia berhabis separuh gaji dia tak bising pun katanya.

Saya malas nak bertekak, saya diamkan saja. Saya dah tak ikhlas nak berkorban untuk dia lagi. Dah lah duit kumpul saya tu plan nak beli barang kemas sendiri, selalu tergendala sebab dia.

Sekarang saya banyak buat hal sendiri dengan anak, saving pun buat senyap2 letak dalam akaun anak. Takaful nyawa, medical kad saya, semua saya dah letak nama anak sebagai penama siap2.

Sekarang saya tengah fikir cara nak hibahkan rumah saya ni pada anak saya saja, tak nak jatuh faraid. Nak ambil hibah takaful, bulanan mahal. Ada sesiapa ada idea cara lain? Sekarang saya ada MRTT je, cukup ke kalau letak nama anak sebagai penama? Tu kira hibah ke?

Jadi, berbalik pada point asal saya, saya dulu pun macam segelintir isteri yang murah hati dengan suami, tapi sejak saya rasa dikhianati, saya rasa saya perlu bertegas dan pentingkan diri sendiri pulak.

Jadi, tak salah pun kita berkira dengan suami tapi berpada-pada. Kalau dapat suami yang baik, ikhlas tolong buat kerja rumah, ikhlas dan cukup bagi nafkah, dan tak buat hal, baru lah berbaloi kita sama2 bertolak-ansur dengan suami.

Jangan pula kita berkira sangat dengan suami. Bukan senang nak jumpa suami yang sanggup buat 2-3 kerja semata-mata untuk cukupkan nafkah keluarga. Siap pakej banyak tolong buat kerja rumah lagi.

Kalau saya dapat suami camtu, saya nak berkira pun tak sampai hati. Tapi kalau suami bukan dalam kategori yang menyenangkan hati, sila lah bertegas untuk diri sendiri..

Tu saja luahan saya, terima kasih sudi membaca.

– Dila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *