Assalamualaikum semua. Maaf kalau karangan ini agak bertaburan. Sebab dari UPSR sampai SPM aku tak pernah dapat A untuk subjek Bahasa Melayu.
UPSR aku 3A 2B, B untuk BM n BI. PMR 6A 3B, B untuk BM, BI dan Pendidikan islam. SPM 1A saja. Kimia, Fizik, Biologi semua C, add math E. Aku berasal dari utara.
Di sebabkan keputusan SPM baru saja diumunkan, jadi hari ini aku nak bercerita tentang keinginan untuk berjaya. Ya KEINGINAN. dan cerita ini berkait rapat dengan SPM.
Seperti yang diceritakan di atas, untuk UPSR dan PMR keputusan aku agak baik walaupun tak cemerlang tapi masih melayakkan lagi untuk aku belajar di sekolah yang ada nama.
Sebenarnya aku pun tak pasti kenapa keputusan UPSR dan PMR aku agak baik sedangkan aku kaki ponteng sekolah.
Tapi aku hanya ponteng sekolah, balik rumah tidur. Mama dan abah tiada dirumah kerana bekerja. Adik beradik lain bersekolah di luar negeri. Tiada aktiviti buruk lain yang dilakukan.
Oleh kerana aku mendapat keputusan agak baik untuk PMR dengan kelakuan macam tu, jadi aktiviti ponteng sekolah di teruskan sehingga SPM dengan harapan keajaiban akan berulang.
Ketika itu aku sangat yakin. Nasib baik akan menyebelahi aku. Tapi nasib tak sentiasa ada, SPM aku sangat teruk.
Untuk fizik, kimia, biologi aku dapat C pun sebab soalan objektif 1 – 50 aku tiru pelajar tepi aku. Sedangkan aku tak faham langsung soalan yang ditanya. Addmath tiada soalan objektif, tak boleh tiru jadi aku dapat E.
Walaupun keputusan teruk, disebabkan aku bersekolah di sekolah yang agak ternama kebanyakan rakan ku mendapat keputusan cemerlang.
Mereka memohon untuk sambung belajar ke universiti dalam bidang perubatan dan kejuteraan. Dan aku memohon untuk bidang kejuteraan (pengaruh rakan sebaya).
Kerana keputusan yang teruk, tiada satu pun tawaran sambung belajar aku dapat kecuali tingkatan 6.
Ketika tingkatan 6 aku membuat rayuan untuk masuk ke universiti, masih lagi bidang kejuruteraan. Dan sekali lagi nasib yang baik, permohonan aku berjaya. Diploma Kejuruteraan Elektrik di universiti belah selatan.
Keputusan SPM teruk, di universiti bidang kejuruteraan. Jadi mungkin pembaca boleh bayangkan apa yang aku hadapi.
Kejuruteraan adalah ADD MATH! semua subjek berkait dengan add math. Fizik, kimia, kalkulus, linear, power system, elektronik dan banyak lagi. Semuanya matematik. Dan berpuluh kali susahnya dibandingkan dengan addmath SPM.
Satu subjek pun aku tak faham. Dan final exam aku dapat CGPA 1.84. Kurang 0.05 untuk di buang universiti, 1.79. Sedangkan semester satu hanyalah subjek untuk recall balik apa yang kita belajar masa SPM. Kebanyakan pelajar skor 3.00 dan ke atas.
Kerana keputusan yang teruk aku dinasihatkan oleh Penasihat akedemik dan senior untuk memohon tukar bidang. Tetapi kerana malu dengan kawan-kawan sekolah, aku berkeras untuk sambung ke semester 2.
Semester 2, masalah sama yang aku hadap. Semua benda aku tak faham. Final exam dapat 1.98.. Sebab dari sekolah lagi aku memang tak tahu pun apa itu addmath.
Tapi nasib masih menyebelahi, belum lagi dibuang universiti. Untuk semester 3, ada satu peristiwa yang berlaku. GF aku di buang universiti. Dia berasal dari ibu kota. Kerana itu, aku mesti ke ibu kota untuk dekat dengan dia.
Satu sahaja cara, aku mesti sambung degree secepat mungkin untuk ke ibu kota. Tapi dengan keputusan sem 1, 2 dan 3 bagaikan tiada kemungkinan untuk habiskan diploma. Apatah lagi untuk sambung degree.
Pointer semestinya 3.00 dan keatas. Dengan banyak subjek repeat, untuk habiskan diploma mungkin sampai semester 8 (biasanya hanya 6 semester).
Di sinilah cerita bermula. Keinginan untuk berjaya. Keinginan untuk skor CGPA 3.0. keinginan untuk habiskan diploma.
Aku jumpa penasihat akedemik universiti untuk berbincang bagaimana untuk aku sambung degree dan habiskan secepat mungkin diploma, hasilnya perbincangan setiap semester aku mesti skor 3.4..
Dan jika setiap semester 3.4 aku boleh memohon untuk mengambil lebih subjek di semester 7 tanpa perlu ke semester 8. Semuanya bagaikan tiada kemungkinan. Penasihat akedemik juga berkata begitu.
Berpandukan keputusan semester sebelum, mustahil untuk aku lulus semua subjek setiap semester dengan cemerlang. Mustahil untuk aku belajar lebih subjek di semester 7.
Tapi KEINGINAN mengatasi segalanya. Dari seorang pelajar yang keputusannya hanya C dan D, aku berubah kepada A dan B. Jika sebelum ni aku sentiasa cari kawan untuk belajar dan tiru assigment, aku berubah menjadi tempat rujukan kawan-kawan universiti.
Jika sebelum ni malam exam aku belajar sampai pagi sebab banyak benda yang nak catchup, aku berubah kepada malam exam aku pergi berhibur sebab semuanya dah dalam kepala aku.
Jika sebelum ni aku mencari kawan untuk bertanya tapi semuanya berubah. Malam exam kawan-kawan berkumpul dibilik aku. Tunggu aku balik berhibur untuk bertanya.
Hasilnya setiap semester aku skor 3.4.. Habiskan diploma dengan 7 semester. CGPA diploma 3.03. Berjaya sambung degree di ibu kota.
Semuanya kerana keinginan untuk berjaya. Keinginan untuk ke ibu kota. Keinginan untuk dekat dengan GF tapi aku ditinggalkan ketika semester 6 diploma. Kah kah kah.
Jika coretan ini mendapat sambutan, aku akan berkongsi cara aku mencapai keinginan. Cara aku belajar untuk skor. Kenapa gpa 3.4 dan bukan 4.0.. yang penting keinginan mengatasi segalanya. Dari seorang yang bodoh, kita boleh berubah kepada yang pandai jika ada KEINGINAN.
– Kakarot (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit