Keinginan Semasa Kecil Membawa Impak Pada Besar. Adakah Aku Masih Normal?

Assalamualaikum admin dan pembaca IIUM Confession. Nama aku Aisy (bukan nama sebenar). Aku antara peminat dan pengemar yang membaca cerita yang ada dalam page ni.

Aku cuma mahu kongsikan cerita aku dan mendapatkan pandangan dari netizen berkaitan cerita aku dan tentang diri aku. Mungkin dengan cara meluahkan dapat aku perbaiki atau biarkan sahaja keadaan aku. Maaf jika penulisan aku agak teruk dan jika cerita aku agak perlahan.

Ceritanya bermula dari sejak aku kecil lagi dimana aku anak dari keluarga orang kurang senang setelah bapaku meninggal dunia dan ibuku hanya seorang cleaner,

Yang dimana sewaktu aku kecil ibuku hanya memakaikan aku lampin kain dan ikat dengan plastik sahaja bagi mengurangkan kos membeli lampin pakai buang pada waktu itu.

Dan aku selalu teruja apabila melihat sepupuku yang sebaya denganku memakai lampin pakai buang dan aku ingin juga memakainya.

Aku pun tidak tahu kenapa aku teruja dengan lampin pakai buang pada masa itu mungkin kerana bungkusan itu menarik perhatianku.

Perasaan aku setiap kali melihat lampin pakai itu membuak buak untuk memakai lampin pakai buang itu. Aku agak sedih kerana ibuku tidak dapat membeli kan aku lampin pakai buang itu kerana untuk menyara adik beradiku yang sedang membesar ketika itu.

Aku lupa pada umur aku berapa tahun, ada saudara ku memberikan lebihan lampin anaknya yang telah tidak digunakan lagi. Pada waktu itu aku amat teruja kerana akhirnya aku dapat memakai lampin pakai buang yang aku idamkan selama ini.

Tapi malangnya lampin itu agak kecil dengan aku dan ibuku hanya memaikan aku lampin kain itu sahaja, dan aku amat kecewa kerana belum dapat merasa lampin pakai buang.

Pada keesokan pagi, aku bangun dan selepas aku mandi aku terus pergi mengambil lampin pakai buang itu pakai dan aku tarik pelekatnya dengan kuat sehingga putus. Perasaan aku Ketika itu amat laa kecewa kerana gagal untuk memaikainya.

Namun perasaan itu tidak hilang dan perasaan itu terbawa bawa sehingga aku dewasa sekarang ini. Aku teringat lagi pada zaman aku sekolah rendah aku selalu pergi ke rumah sepupu aku untuk bermain dan selalu bermalam disitu.

Aku melihat lampin adik nya jenis seluar dan aku mengambil lampin itu selit dalam baju dan pergi ke tandas dan mencubanya. Dan akhirnya muat! Aku sangat laa happy kerana keinginan aku tercapai dan aku sangat merasa selesa Ketika aku memakainya.

Dan hampir setiap kali aku kerumahnya aku cuba mengambil satu lampin untuk memakainya di rumahku.

Setelah berada di rumah aku akan menyorok dimana mana dalam rumah aku dan berangan sambil memakai dan meraba raba lampin itu dekat kemaluan aku ianya membuatkan aku semakin selesa sehingga mengantuk lalu tertidur.

Pada awalnya aku agak takut untuk menggunakan (kencing) kerana takut kantoi masa aku ingin membuangnya.

Setelah aku mendapat idea untuk membuangnya dengan mengguna kan plastik gelap, aku cuba untuk guna lampin itu tapi tidak berhasil lalu aku pergi ke tandas lalu berhasil.

Lama kelamaan aku tidak lagi perlu ke tandas untuk menggunakannya. Namun aku menyimpan perasaan aku ini seorang diri tanpa ada siapapun yang tahu yang aku sebenarnya masih suka menggunakan lampin.

Dan pada umur aku 9-10 tahun macamtu sepupu aku pun telah pindah ke Kawasan lain dan membuatkan aku agak sedih kerana aku tidak dapat lagi memakai lampin. Pada waktu itu aku masih lagi ingin memakai lampin itu.

Aku sedar perbuatan aku itu salah kerana mencuri tapi apekan daya masa itu aku tidak dapat berfikir dengan waras lagi asalkan aku dapat memenuhkan impian aku.

Okay sambung, lalu aku memikirkan cara untuk memakai lampin kerana aku amat selesa dan rasa selamat ketika memakainya.

Dan aku terfikir untuk mencari kain lampin lama aku dulu, akhirnya aku jumpa dan aku mengambil dua helai dan melipatnya lalu memasukanya kedalam seluar dalam (macam pakai pad tu) ianya telah membuatkan aku semakin selesa dengan ketebalan itu.

Hari makin hari aku melakukan perkara itu dan ianya menjadi rutin hidup aku. Aku agak licik orangnya, kerana Ketika ibuku tanya aku untuk apa kain itu aku jawab untuk lap muka atau hingus. Aku takut jika hal itu kantoi dan kena marah atau rotan oleh ibuku.

Semasa umur aku 12 tahun aku pun datang bulan untuk pertama kalinya dalam hidup aku dan menjadi wanita eceywahhhh.

Aku agak terkejut ketika itu aku fikir itu akibat aku melakukan hal itu. Lalu aku bagitahu kepada ibuku dang ibuku memberikan aku pad.

Aku macam ehh kenapa ibu bagi aku lampin ahahhahaha aku ingat itu lampin pada awalnya dan kakakku mengajar aku semua cara pakai, jaga kebersihan, mandi, etc.

Aku semakin bahagia kerana dapat pakai pad itu kerana ianya macam ala2 lampin. Aku selalu pakai yang night sebab dia panjang dan besar seperti lampin.

Masa aku tingkatan 1 aku baru tahu yang selama ini aku melakukan onani dan aku tak dapat menahanya apetah lagi untuk berhenti. Aku cuba untuk berhenti tapi tidak berjaya.

Aku agak malu kerana aku sekolah agama tapi melakukan hal seperti itu. Lepastu masa smart phone keluar dan ada rakan rakanku yang nakal mengajar aku tengok video 18+.

Pada awalnya aku tidak kisah hal itu tidak membuatkan aku rasa apa apa sebab jika aku pakai kain lampin atau pad je membuatkan aku rasa ghairah. Lalu setelah kumpul duit sekolah atau saudara mara bagi, duit raya aku pon dapat membeli galaxy y warna pink hahahaha.

Aku cuba menaip lampin tapi hanya keluar lampin bayi lalu aku taip diaper dekat youtube scroll punya scroll jumpa laa satu video perempuan dewasa pakai lampin dan membuatkan aku ghairah.

Keinginan aku untuk memakai lampin semakin kuat walaupun masa itu aku sudah meningkat remaja.

Lalu ketika masa keluar dengan ibu pergi barang rumah aku selalu pergi ke bahagian lampin dewasa untuk tengok sambal berangan alangkah indah jika aku dapat pakai ni nak beli tapi takut kantoi.

Setelah adik beradiku membesar ada yang bekerja luar kawasan ada yang masih belajar dekat university.

Aku pun ade laa bilik aku sendiri. Lalu aku cuba mengumpul duit dan membeli lampin dewasa sendiri dekat kedai runcit seberang sebab kalua dekat2 takut ade jumpa kawan kawan malu kalua kantoi.

Aku selalu mintak jurual kedai tu plastic gelap agar tak nampak isi dalam sebab aku bawak motor.

Lepas sampai rumah aku masukan motor tu dalam garaj dan bukak plastic lampin tu letak dalam beg aku sikit2 agar tak kantoi masa buat masuk.

Masa tu beli lampin dewasa murah je sebab kumpul duit sekolah sikit buat beli lampin. Habis je spm aku ade kerja sementara tunggu upu masa tu.

Start masa ni makin advance sebab aku berani buat stok dekat rumah cukup dengan tarikh adik beradik aku pulang sebab adik beradik aku akan bagitahu bila diorang akan pulang dan aku sorok dalam almari aku disulami dengan pakaian aku.

Aku juga pernah memakai lampin 3 keping sekaligus dengan potong tengah2 lampin tu agar tidak bocor kerana lampin tebal membuatkan aku rasa sangat selesa.

Dan aku suka masa aku gunakan tu ianya rasa hangat. Mesti korang kata aku pengotorkan. Untuk pengetahuan korang aku tak pernah poopoo dalam lampin tu hanya pee sahaja.

Duit gaji aku hanya habis untuk keinginan aku masa aku kecil iaitu lampin dewasa. Kalini aku beli yang mahal dekat farmasi sebab yang mahal ada dekat farmasi je.

Lampin mahal agak tebal dan membuatkan aku makin selesa. Aku selalu memakai baju labuh agar bonjol lampin aku bahagian belakang tidak nampak ketara.

Sambil aku menunggu upu aku ada apply ipts. Lepastu aku dapat ipts itu. Setelah aku masuk aku tidak dapat lagi pakai lampin tu lagi.

Tetapi setiap kali cuti midterm, study week atau cuti semester aku takkan lepas peluang untuk pakai lampin dan gunakannya sampai penuh.

Even during aku period aku still pakai lampin kalau dekat rumah. Lagi lagi masa covid haritu online learning lagilah aku rancak guna duit elaun untuk buat stok.

Aku ada terbaca dalam internet pasal berkaitan dengan suka pakai lampin ni rupanya ini satu f*tish yang dipanggil ABDL iaitu Adult Baby Diaper Lover.

Aku dikategorikan sebagai diaper lover, aku tak minat nak jadi bayi yang kena isap susu tukar lampin bagai ni hanya sebagai suka pakai lampin yang tebal.

Aku cuma memenuhkan keinginanku semasa kecil, aku tidak sangka ianya bawa impak sehingga aku dewasa dan sehingga sekarang. Aku takut kalau aku cerita pada orang yang aku kenal diorang akan judge aku atau lebih teruk iaitu tinggalkan aku.

Aku juga takut untuk kongsikan dengan pasangan aku yang bakal aku kahwin pada tahun ni.

Aku takut jika aku jujur dengan dia, dia akan anggap aku pelik dan tinggalkan aku, kerana buat masa sekarang aku hanya turn on atau pun ghairah ketika pakai lampin dewasa sahaja jika tanpanya membuatkan aku turn off.

Aku malu dengan diri sendiri aku rasa aku jijik, aku tak tahu nak buat macam mana. Rasa nak berhenti tapi hanya sekadar rasa, aku tidak dapat melakukan apa apa.

Aku harap tips atau komen kamu semua dapat membantu aku. Sekian nukilan dari isi hatiku. Terima kasih..

– Aisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Saya pon megalami masaalah yg sama. Tabiat memakai pampers (abdl). Umur dah 30.masih tidak boleh tingal tabiat abdl ni. 24/7 masih pakai pampers.

  2. Saya PON sama
    Ni masih lagi sek.menengah kak.
    Kita senasib…..saya PON diaper love…
    Huhu…😔😔😔

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *