Keinginan Seorang Isteri
————————————–
Aku ada ibu . Aku ada ayah . Ya dua-2 aku still lagi ada . Happy family ? Mungkin luaran tetapi dalaman siapa tahu kan . Ayah aku kerja kerajaan mak aku suri rumah . Dari kecik aku tak pernah keluar ngan family pergi jalan-2 . Maksud aku family disini ialah Ayah aku , Mak aku , Abang Aku and Adik aku dan … Aku .
Ingat lagi dulu waktu sekolah rendah cikgu selalu suruh buat karangan pengalaman bercuti bersama keluarga lah and tempat menarik yang kita lawati lah . Hahaha aku rasa macam nak nangis sebab aku tak tahu nak gebang apa . Sebab tu asal sekolah buat rombongan jea , mak aku mesti bagi aku ikut tak kisah tambang berapa pun . Dia akan pujuk ayah aku sampai aku boleh ikut kalau ayah aku macam tak bagi . Aku happy sangat bila dapat keluar dari negeri aku naik bas ngan kengkawan melawat tempat orang . Hahaha kawan aku kalau malam-2 jea dulu mesti nangis-2 cakap telefon ngan mak diorang aku pulak terbalik asal mak aku kol jea aku happy sangat sambil citer macam-2 apa aku buat harini kat sini .
Tapi aku kesian sangat kat mak aku , dari dia lepas kawin ngan ayah aku dia tak pernah pegi mana-2 ngan ayah aku . Ayah aku balik keja asyik melekat dekat rumah jea . Kalau hari cuti pun puas mak aku ajak pegi keluar jalan-2 dia taknak . Alasan dia dari aku kecik tak tahu jalan . Hmm aku terkilan sangat-2 sebab ayah orang lain pun tak tahu jalan jugak tapi diorang redah jea bawak family jalan-2 .
Kalau pasal duit memang kami tak perlu risau sebabnya ayah aku cukup menampung apa kami perlukan . Cumanya kadang-2 nak mintak belikan barang keinginan tu susah sikit la sebab prinsip ayah aku benda tu bukan keperluan tapi keinginan. So dari situ aku kena himpun la duit kalau nak beli benda yang aku suka . Mak aku selalu mintak duit kat ayah aku untuk anak-2 beli apa yang diorang suka tapi aku tak suka tengok kalau diorang asyik gaduh sebab duit . Ayah aku susah sikit nak bagi kalau benda tu bukan keperluan . Aku cakap kat mak aku, aku okay jea , aku boleh jea himpun duit xnak lah gaduh-2 sebab benda macam ni jea . Alah ayah aku ngan mak aku ni gaduh manja jea . Kadang macam budak-2 gaduh , comel sangat . Haha aku asyik gelak jea kalau diorang start gaduh . Nanti kejap lagi baik la balik x sampai 5 minit .
Tapi jauh disudut hati aku , aku tahu mak aku tersiksa sangat . Walaupun dia diberi cukup wang sebagai nafkah , dalaman dia tak bahagia . Dia selalu cerita yang adik beradik dia pergi bercuti cameron highland lah dengan family . Kami melaka pun tak pernah sampai lagi . Huhu . Aku tahu mak aku jenis yang suka jalan-2 cari makan tapi ayah aku memang suka duduk rumah jea .
Selalu kalau raya jea , mak aku mesti kena perli ngan adik beradik dia 10 orang yang lain , “tak pergi mana kea cuti ni kak ? Hehe”. “Duit banyak-2 simpan buat apa bukan boleh bawak masuk kubur”. Jahat kan diorang . Aku yang dengar ni pun berasap telinga . Mak aku kalau boleh drive memang dah lama kami pusing satu Malaysia lan .
Bila mak aku bosan kat rumah , dia akan main fb ngan wasap ja . Memang selalu lah dia online . Tapi dia tak pernah abaikan makan minum ayah kat rumah . Bila dia dapat ramai kawan , tu jea cara dia hilangkan bosan sebab kat rumah pun nak sembang dengan sapa . Ayah aku memang takla , sebab dia memang pendiam gila orangnya . Selalu aku la yang riuh rendah dengan mak kat rumah . Dia ada jugak buat bisnes online delivery makanan .
Masa ni memang duit dia masyuk gila sebab mak aku masak sedap kut wey . Hari-2 ada orang order sambal dia . Hari-2 dia akan keluar dengan abang aku hantar makanan yang orang order . Masa ni aku mintak la apa pun , dia siap sedekah rm200 macam tu jea kat aku kalau kitorang singgah shopping mall . Aku tak tahu nak cakap macam mana . Selalu jugak la aku menangis terharu kalau dia bagi duit . Aku tak pernah pegang duit sebanyak tu . Dulu aku nak mintak dekat ayah aku rm50 untuk beli baju pun puas mak ayah aku gaduh wey .
Waktu ni , selalu jugak la kami keluar makan-2 kat tempat yang tak pernah pergi dulu which mean mak aku belanja semuanya . Rezeki dia makin murah sebab dia suka sedekah dekat orang . Abang aku selalu bawak kitorang kemana jea mak aku teringin nak pergi tapi bukan keluar dari negeri lah sebab abang aku keja susah sikit . Ayah aku ? Dia memang taklah nak ikut sebab dia tak suka keluar rumah kan . Masa ni mak aku tak risau dah nak pegi mana sebab dia guna duit dia kan .
Tetiba masa ni lah , adik beradik mak aku yang lain asyik jea nak meminjam duit dengan dia . Eh aku pulak yang bengang dulu kemain lagi pergi jalan sana sini dengan duit tak ada nak berlagak tayang depan mak aku . Skarang ni dengan tak malunya mintak duit dekat suri rumah wey . Mak aku ni hati dia lembut ha , dia cepat kesian kat orang . Depan-2 cakap x bagi pastu nanti dia balik rumah dia pikir balik mula lah rasa bersalah tak tolomg adik beradik . Dah tu esok jugak dia kasi pinjam . Nak tunggu diorang bayar mereput la jawabnyaa tapi selalu kalau setakat rm50 kea mak aku anggap sedekah jea .
Kadang-2 aku tabik dengan mak aku , walaupun dia sendiri tak bahagia tapi dia selalu nak bahagiakan orang lain . Dia tak dapat apa orang lain bagi , dia usaha untuk bagi apa orang lain tak minta . Aku selalu tanam impian nanti aku dah keja aku nak bawak dia pergi mana jea dia nak . Aku harap aku boleh cakap dekat dia suatu hari nanti “takpe mak , mak cakap jea mak nak pegi mana nanti kak bawakan , mak cakap je mak nak makan apa , kak belanja =)”
Sekarang aku dah sambung IPTA , aku tak tahu apa jadi dekat rumah , aku harap abang aku selalu bawakkan dia jalan-2 even dia dah ada isteri dan baru dapat anak . Sudah cukup buat mak bahagia bila keluar rumah .
Pesan aku , sebagai suami walaupun kau dah bagi cukup makan pakai isteri , tak bermakna kau dah bahagiakan dia . Tak semua isteri hidup untuk wang semata dan aku tak nafikan wang juga punca kebahagiaan sesebuah keluarga . Tapi kalau dah bertahun-2 isteri menderita sebab tak dapat apa yang dia suka , apa yang dia teringin , rasanya benda tu akan tinggal kesan dekat dia walaupun kau rasa benda tu remeh . Sekarang bila aku melawak takpe mak , sekarang abah baru pencen , mesti dia rancang nak bawak kita vocation kat luar negara . Mak aku cakap , huh dah tua baru nak bawak pi buatpa sakit kaki ja , kalau dia nak bawak dari dulu lagi dia bawak , bukan tak mampu . Dari sini aku dah boleh baca yang dia memang terkilan sangat-2 .
Tak sama rasa kalau keluar dengan satu family atau keluar dengan orang lain . Aku harap aku boleh rasa suatu hari nanti . Semoga tuhan bukakan pintu hati ayah aku untuk keluar dari tempurung . Semoga tuhan kuatkan hati mak aku bila tengok orang lain share gambar-2 bercuti satu family diorang . Aminn .
Jujur aku sakit hati bila dengar ada cerita yang suami kedekut dengan isteri sewaktu hidupnya tapi lepas isteri dia meinggal dia menyesal dan kawin lain . Lepas tu dia tak sia-2 kan isteri baru dia sampai sanggup penuhi apa yang isteri baru dia nak . Adilkah untuk isteri lama dia yang sanggup bertahan hidup dengan dia selama bertahun-2 tapi tak diberi peluang pun untuk rasai semua tu ?
Sekian ~
– Anak Ibu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit