Keinginan vs Kerisauan

Assalamualaikum, thanks admin tolong publish confession ni.
Hai, aku N. Perempuan. Isteri. Suri rumah. Cukuplah tu untuk pengenalan diri. Berkaitan tajuk, apa yang aku inginkan dan apa yang aku risaukan?
Sebagai pembuka cerita, sedikit kisah aku dan suami- kami dah 3 tahun berkahwin, atas dasar cinta. Walaupun suami aku dari awal tau tentang penyakit aku dia tetap memilih aku sebagai cinta mati dia.. suami aku bekerja dlm bidang profesional, dan aku disebabkan punye limit pada pegerakan dan tenaga(tak boleh penat) suami arahkn aku untuk tidak bekerja. Dari segi kewangan alhmdulillah boleh dikatakan sangat ‘selesa’. Alhmdulillah syukur. Hubungan kami pun tak ada masalah. Sejak sebelum kawen lagi kami bersedia untuk kemungkinan aku tak mampu mengandung(boleh bawa maut). Jadi isu anak tak pernah ganggu rumahtangga kami.

Cuma, aku sebagai isteri yang tak bekerja ni kadang-kadang terasa sunyi. Aku mula terfikir untuk ada anak. Macam mana rasanya menyusukan bayi, bertentang mata dengannya sambil mengusap ubun-ubunnya. Macam mana rasanya bila ada gelak tawa anak2 dalam rumah? Bagaimana rasanya kalau ada yang memanggil aku ibu? Aku teringin ya Allah.. aku teringin nak rasa semua tu.
Dan aku suarakan hasrat aku pada suami untuk ambil anak angkat. Alhamdulillah dia setuju. Aku terus google prosedur dan dekat mana aku boleh dapatkan anak angkat. Aku contact badan-badan yang menguruskan pengangkatan. Tak lama lepas tu aku dapat maklum balas dari satu foundation ni. Nama aku rahsiakan. Aku mula uruskan borang itu dan ini untuk permohonan.

Selang beberapa bulan, aku dan suami dipanggil untuk hadir ke sana. Kami diberitahu baby kami dah ada. Sampai dekat sana, kami diterangkan dengan beberapa syrat untuk ibu kandung dan ibubapa angkat. Antaranya Ibu bapa angkat tak boleh pisahkan anak tu dari ibu kandungnya. Perjumpaan sebulan sekali. Disebabkan polisi yang agak mengikat macam tu, aku terpaksa tolak dulu. Aku pilih untuk tunggu bayi yang ditinggalkan tanpa sebarang maklumat. Aku tak nak ibu kandung datang tuntut anaknya bila-bila masa. Walaupun secara legal anak itu adalah hak ibu bapa angkat selepas adoption cert dikeluarkan oleh JKM, tapi kalau ibu kandung dia nak juga, macam-macam cara dia boleh buat. Dan bila berlaku hal macam tu, akan jadi kes mahkamah. Bukan ke sangat leceh? Sedangkan kalau bayi yang ditinggalkan tanpa maklumat, ibunya takkan dapat cari dan tuntut anak tu sampai bila-bila. Agak susah untuk dapatkan citizenship bagi bayi tu tapi tak sesulit untuk hadap drama dengan ibu kandung.

Aku dan suami terus tunggu. Kemudian orang tua kami sarankan untuk jaga bayi orang miskin yang tak mampu untuk besarkan anak mereka. Menurut orang tua kami, bayi yang lahir dari keturunan yang baik, dan halal lagi mudah diuruskan. Kalau yg tak tahu asal usul, bimbang perangainya sama macam perangai mak ayah yang dah buang dia. Lagi pulak bila dah besar, nak kawen, penerimaan pasangan macam mana pulak dengan status ‘anak pungut’. Aku mati kata. Allah…
Aku tahu masing-masing punya pandangan.. cuma.. anak tu tak minta wujud dalam rahim yang begitu. Anak tu tak kotor. Dia tak minta untuk jadi anak kepada pasangan haram tu. Dia lahir suci. Tak ada dosa. Kalau perangainya buruk nanti mungkin salah tangan aku yang mencorakkannya. Salah didikan aku. Bukan salah anak tu dilahirkan dengan status begitu.

Suami aku terus setuju untuk ambil bayi pasangan yang tak mampu tu . Tapi tidak aku. Kenapa? Sebab bila ibu kandungnya dah mampu suatu hari nanti, dia akan minta balik anak dia. Macam mana dengan perasaan aku? Aku jugak ibu bayi tu. Aku yang membesarkan dia. Aku duduk berbincang dengan suami aku. Aku tak setuju. Sekali lagi cancel.

Sampai masa, aku pergi TCA dekat hospital. Aku cakap pada doktor, aku nak tukar ubat. Ubat yang safe untuk pregnancy. Malangnya, doktor kata semua ubat yang related adalah kelas C dan D. Ubat yang tak boleh diambil untuk perempuan mengandung. Aku tanyalagi, macam mana kalau aku berhenti makan ubat selama 9 bulan. Doktor cakap, mereka tak galakkan. Sebab risiko yang aku ambil akan aku tanggung sendiri. Suami aku tak setuju bila aku cakap aku nak cuba pregnant. Dia cakap, dia sanggup tak ada anak daripada hilang aku. Ya.. dia sangat sayangkan aku. Kadang-kadang aku fikir, aku ke yang selfish? Sebenarnya suami aku ni betul-betul tak kisah pasal anak atau sekadar nak jaga hati dan perasaan aku? Pernah aku terfikir, ada tak perempuan yang sanggup jadi surrogate mother untuk babyi aku? Kejam kan pemikiran aku? Mana ada orang nak gadai nyawa lahirkan anak orang lain.

Aku pikir pasal hal ni hari-hari. Bawak ke minggu. Dan beberapa hari lepas, aku terbaca dekat fb penulisan seorang doctor. Pasal anak. Katanya anak ni anugerah paling unik. Ada mak cik yang hampir menopause, disahkan hamil. Ada yg baru 15 tahun hamil sebab terlanjur dengan boyfren. Ada yang kawen, terus bunting pelamin. Ada yang dah 20 tahun menunggu masih belum hamil. Aku dapat point doctor tu. Aku cuba untuk positif kali ni.

Tolong doakan aku supaya dipermudahkan urusan pengambilan anak angkat. Dikurniakan dengan anak yang sihat walafiat, yang sempurna fizikal, yang cerdas aqalnya, yang sejuk mata memandang, yang mendengar kata. Aku harap sangat dapat bayi yang ditinggalkan tanpa maklumat. Supaya dalam hidupnya, hanya aku ibunya. Itu anak aku, yang Allah tumpangkan dia di dalam rahim orang lain kerana Allah tahu aku tak mampu bawa dia dalam rahim aku.

*korang yang perasan siapa aku, tolong jangan tag aku. Thank you*

Capital N

– Capital N

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *