Kelebihan belajar di Mesir.
1. Senang nak mengamalkan Islam.
Mesir adalah negara Islam, 90 peratus rakyatnya Muslim. Masjid dan surau ada dimana-mana dan banyak. Rakyatnya tak pakai telekung untuk semayang. Asal tutup aurat dah sah solat. Bila nak solat kena pakai stokin dan handsock bagi wanita. Surau ada di mana-mana di universiti dan juga di shopping complex.
2. Musim yang tidak terlampau sejuk.
Senang nak ambik wuduk dan beribadah. Suhu yg paling sejuk setakat yg saya tahu di Mesir adalah 12 degree celcius pada musim sejuk bulan 12, 1, 2 dan 3. Tu pun dah tak tahan dgn perlu menukar pakaian tiap kali baju terkena air. Belum imagine lagi kalau ditakdirkan belajar kat negara omputih camna nak ambik wuduk.
3. Delivery service adalah perkhidmatan yg popular.
Guna aplikasi Otlob di google app dan dapatkan makanan secara delivery dengan mudah. Boleh beli KFC, Pizza Hut, Cookdoor, Hardees dan banyak lagi restoran lain yg disenaraikan. Tunggu dalam masa 30 minit makanan akan sampai di depan pintu rumah anda. Tapi akan ade charge yg dikenakan atas delivery contoh 10 LE. Kalau duit banyak pelajar bolehlah makan KFC setiap minggu tak perlu tunggu utk balik Malaysia baru nk makan KFC dgn family.
4. Air Pepsi yg dijual murah dan boleh didapati di mana-mana.
Air feveret saya iaitu air Pepsi boleh didapati di mana-mana kedai kecil dgn harga 6 LE sebotol. Sebab air Pepsi ni air kegemaran penduduk Mesir sebab tu jadi murah. Setiap minggu saya manjakan diri dgn air Pepsi.
5. Tarbiyah
Yang paling penting bila duduk Mesir ni kita akan pergi ke majlis-majlis ilmu dengar ceramah ustaz2 yg amik bidang pengajian Islam. Jadi iman tu akan di top up selalu. Kalau kurang bolehlah ditambahkan. Yang paling penting ialah kita perbaiki ibadah kita dgn ilmu yg ditimba.
6. Mata wang yang rendah berbanding negara kita.
Duit mesir sudah jatuh mendadak sekarang. Kalau tahun 2008 duit mesir adalah 0.75 sen sama dgn RM 1. Tapi sekarang tahun 2017, duit Mesir 4 LE sama dgn RM 1.
7. Banyak pengangkutan awam.
Rakyat Mesir ni ramai yg tak mampu beli kereta jadi pengangkutan awam mmg cukup popular seperti teksi, tremko (sejenis van), metro (keretapi bawah tanah) dan bas. Boleh didapati di mana mana sahaja dan boleh pergi ke mana-mana sahaja yg anda inginkan dgn harga serendah 2 LE utk metro. Anda boleh tahan teksi di mana-mana sahaja sebab teksi terlampau banyak.
8. Kucing Parsi berbulu lebat
Sambil belajar sambil membela kucing. Kucing berbulu lebat boleh didapati dgn mudah di Mesir dgn harga yg murah atau free je orang lain bagi. Saya pun ade seekor yg berwarna putih coklat. Kucing parsi ni baik perangainya berbanding kucing kampung tak kencing dan berak merata.
9. Shopping di Ikea.
Tak sah kalau belajar di Mesir tak pergi ke IKEA di downtown, Cairo. Bila duduk di Malaysia takde pun nak pg Ikea sbb mak ayah tak nak pg. Tapi bila duduk Mesir sy shopping sakan. Beli la lampu tidur ala ala hotel satu letak dlm bilik, romantik gitu. Banyak juga perkakas rumah yg pelajar Malaysia borong mcm rak buku, rak baju dsb.
10. Kos hidup rendah.
Kos hidup memang rendah tapi sejak kejatuhan genih di pasaran antarabangsa menyebabkan harga makanan naik mendadak. Tapi masih boleh dikatakan kos hidup rendah bila dibandingkan dgn duit Malaysia.
Jadi itu saja coretan saya tentang keistimewaan hidup di Mesir. Walaupun ada kekurangannya namun Mesir tetap berada di hati saya. Jangan lupa top up iman anda harini insyaAllah berjaya dunia akhirat.
– Makino Tsukushi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit