Assalamualaikum semua pembaca IIUM yang mungkin ada dikalangan pembaca /anak/anak saudara/anak jiran terpilih untuk melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi.
Tahniah saya ucapkan.
Saya ialah salah seorang pelajar dua tahun atau lebih mudah dipanggil PDT di utara tanah air.Di matrikulasi terdapat dua program iaitu PST dan PDT.Secara ringkas PDT ialah pelajar yang mempunyai ‘sejarah hitam’ dengan Matematik Tambahan atau subjek aliran sains yg lain iaitu mendapat D atau E.Tetapi jangan rasa terhina sebab dekat mana2 pun kita boleh berjaya cuma diri sendiri sahaja kena berubah.Baiklah itu secara ringkas tentang program di matrikulasi.
Sepanjang pengalaman saya selama 2 sem, dapat saya pointkan di sini ialah
1.Bangga menjadi pelajar PDT, tahu tak kerana apa kita diberi peluang kedua untuk mendapat A cemerlang subjek Add math.Add math di matrik dipanggil Matematik.Jujur aku dulu sewaktu SPM tak pernah lulus subjek tu tapi bersyukur result SPM dapat D.Korang jangan bimbang sebab ‘add math’ di matrik ni korang akan belajar balik apa yg telah di pelajari sewaktu sek menengah.Matematik di matrik jujur lebih mudah dan senang faham.Begitu jugak dengan Kimia,Fizik,Biologi dan Sains Komputer.Tak seperti yang telah kita hadap di sek men , jauh berbeza .. You are not die when trying.Jangan cepat menyerah ,ramai student dapat perform dalam matematik, rata2 ramai mendapat A dan B.Malah tak dapat dielakkan subjek ‘add math ‘ di sini akan jadi subjek fav korang.
2.Lebih rapat dengan letcrure.Tahu tak kenapa? Letcrure PDT ialah pensyarah yang paling penyabar dan penyayang, yg penting takkan sesekali menolak soalan ‘bodoh’kita ,tahu tak kerana apa ,mereka lebih suka student yg rajin bertanya daripada ‘belagak pandai’ hahahh.Dari situ korang akan rasa effort diorang dan rasa dihargai .
3.Dapat elaun lebih dari pelajar PST. Sebulan semua pelajar dapat Rm 250 satu sem jadi korang ada 4 sem manakala PST 2 sem totalnya RM 5000..!! Untungkan, tapi jangan boros guna dengan cermat.Elak habit ‘ikut orang’ terutamanya perempuan, bila ada saja trend tudung baru semua pakat nak beli.Bijaklah membezakan antara keperluan dan kehendak.
4.Dapat perform sebab kita hanya akan belajar separuh dari budak PST contohnya. Math ada 10 topik bagi sem 1 pelajar PST tapi kita akan belajar 5 topik saja.Bukankah rasa ringan sikit? Tak heran kalau korang dapat 4 flat.
5.Ramai kenalan dan pengalaman yang bakal korang tempuh di matrik ini.Sememangnya seronok dapat roomate PST yg sebaya dengan korang dan roomate PST budak muda setahun.Even that, budak PST tak semua sombong @ belagak , cuma mereka berasa sedikit jeles dengan kita.Cuba layan semua org baik, dan lebih baik jika korang rapatkan diri dengan program keagamaan di masjid .Aku ada seorang kawan(pst) ni dia jaga solat awal dan solat jemaah di masjid dan seperti yg dijanjikan oleh Allah Swt siapa solat dia berjaya.Dia dapat result gempak…sem 1 3.98 .Korang akan jumpa ramai kawan sejati di tempat2 yang baik.InshaAllah dapat bantu kita di padang masyar nanti.
6.Jangan tangguh kerja atau skip kuliah atau tutor.Tahu tak sebab apa? Keberkatan ilmu itu penting.Dan kalau korang lebih dari org jangan riak dan ajar kawan2 yg slow.Kawan aku dia tak struggle sangat pun study pun tapi dia 4 flat.Tahu tak kenapa..? Kawan2 dia selalu datang bilik dan dia ajar tanpa mengharapkan balasan.Kdangkala sampai 2 3 pagi kawan2 dia study ngan dia termasuk aku.
Pesanan akhir dari aku, korang jagalah pergaulan dan elak couple .Dekat matrik memang ramai orang cantik/kacak.Tambah bila sem 2 , sehingga dikatakan sem bercintan cintun.Aku pun akui bukan senang nak jaga mata dan hati.Tips yg aku buat,sibukkan diri dengan xtvt matrik anjurkan.Dekatkan diri dengan Allah dan niat belajar sebab nak tolong umat islam yg ditindas.Setiap pagi jgn lupa sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapa.InshaAllah segala dipermudahkan.Ingat bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.
– Bakal senior awak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit