Assalamualaikum. Saya harap admin dapat post confession ni sebagai pengajaran untuk semua.
Kejadian ni berlaku semalam selepas saya selesai membeli tiket di Puduraya. Semasa membeli tiket, hati dah rasa tak senang sebab kena ikut dengan ulat-ulat tiket kat kaunter plus kena kacau dengan lelaki yang juga ulat tiket di situ. Masa tu hanya Allah saja yang tahu macam mana perasaan bersendirian, dan di kacau pula dengan lelaki-lelaki sebegitu. Saya terus jalan secepat yang mungkin tanpa menghiraukan semua lelaki disitu. Masa turun dari escalator, terdengar seorang mak cik ni duk bebel sensorang sebab ulat-ulat tiket di situ pun duk paksa dia beli tiket. Saya pun senyum jela, tapi tetiba mak cik tu jadi peramah semacam. Tanya nak kemana, dari mana, pastu bila tahu yang kami dari hala yang sama, terus dia jadi lagi peramah. Dalam hati, dalam minda tak terpikir langsung apa-apa yang negatif, mungkin diri ini terlalu naif utk fikir tentang bahaya yang bakal menimpa. Katanya, dia dari hospital sebab baru lepas 'collapsed' plus semua barang di curi waktu tak sedar diri. Bila ditanya kenapa berseorangan di KL ni katanya anak-anak laki semua di overseas, tak ada saudara langsung di KL, selalu datang KL memang sensorang je untuk treatment. Lepas tu duk terkilan sebab anak lelaki yang 1st taknak kahwin lagi sebab diri tu nak sangat menantu sebab nak ada 'kawan' kat rumah sebagai teman. Bila dah panjang lebar sembang dengan makcik ni, tetiba dia cakap nak pinjam duit beli tiket sebab duit memang tak ada langsung. Again, tanpa fikir apa-apa, aku pun cakap tak apa nak tolong bayarkan sebab kasihan dengan keadaan dia yang tengah sakit. Lepastu pula dia minta nak makan sebab katanya lagi tak makan apa-apa since pagi, so saya pun bawa dia pergi makan.
Dipendekkan cerita, tetiba dia cakap nak pinjam RM200 sebab nak pergi beli ubat kat IJN. Bila dengar pasal tu, sekali lagi, diri yang naif ni bertambah kasihan and terus cakap tak apa mak cik, saya tolong pinjam kan.
Last-last, apa yang jadi, rupanya mak cik yang sama saya jumpa semalam, dah menipu berpuluh-puluh orang di sekitar KL Sentral, even kat Seremban pun dia dah jelajah. Hati ni Allah je yang tahu sebab dah terbagi duit dalam kuantiti yang agak banyak. Bila terbaca balik cerita pasal mak cik ni, ternyata apa yang dia cerita pada saya memang sebijik dengan cerita-cerita yang bagitau pada orang lain. Untuk pengetahuan semua makcik ni orang Penang, berlakon jadi pensyarah kat UTEM, tapi kat saya dia cakap dia pensyarah maktab perguruan kat Bukit Gelugor. Setakat ni dia bagitau semua mangsa yang dia ada anak belajar medic di Ireland tapi kat saya dia cakap di Rusia. Kalau korang nak tau lagi details, korang boleh search penipuan di KL Sentral, banyak yang cerita pasal kisah memasing kena tipu dengan mak cik ni.
Pesanan saya pada kalian semua, kat KL ni kalau nak tolong orang sekalipun, selidiklah sepuas-puasnya dulu and lebih baik refer terus kepada balai polis or security yang ada untuk tolong orang yang kononnya susah macam ni. Takut diri sendiri diapa2kan and benda lain plak yang jadi.
Moga kisah ini dijadikan iktibar.
Benda ni 1st time jadi pada saya, harap jangan ada yang bash sebab diri sendiri pun dah jadi trauma sangat sekarang sampai stranger datang dekat pun jadi takut :(
– SisTrauma