Kejamkah Aku?

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession yang saya hormati sekalian. Namaku Adia sudah pastinya bukan nama sebenar.

Aku terpanggil berkongsi kisah ini selepas aku buat sesuatu yang tak pernah aku lakukan selama ini.

Aku sudah mendirikan rumahtangga selama hampir 15 tahun. Suami aku kerja biasa² saja. Gajinya sekarang adalah dalam RM2500 ke RM3200 ikut OT. Kami mempunyai 2 orang cahayamata yang masih bersekolah rendah.

Aku sekarang surirumahtangga tetapi ada pendapatan sendiri melalui perniagaan secara online dan adalah juga mengambil tempahan makanan. Pendapatan aku jika dicampur² dalam 2000 ke 3000 jugalah mengikut rezeki bulan itu.

Ceritanya begini. Selama berkahwin tanggungan komitmen rumah tak pernah suami sediakan 100% untuk kami anak beranak.

Dia hanya mampu bayar kereta, bil2 bulanan, dan belanja dapur yang asas. Sewa rumah selalunya aku akan keluarkan. Kalau nak makan sedap2 pun saya akan keluarkan belanja.

Contoh suami akan beli makanan asas seperti beras, roti, ikan kembung, telur, ayam. Kalau anak teringin nak makan sotong ke udang ke itu saya akan beli. Atau nak macaroni, speghetti, fresh milk itu pun saya yang topup.

Lain2 seperti insurans anak2 juga saya yang beli. Tuition anak pun atas saya juga. Pendek kata dia hanya sediakan yang basic itupun tak sepenuhnya.

Nafkah saya sebagai isteri langsunglah tak pernah saya mimpikan. Sebab saya tau dia tak mampu mana mungkin saya meminta2 nafkah tu.

Setelah bertahun saya bantu hari ni saya jadi keras hati. Sebab biz saya pun bukanlah selalunya dapat banyak. Sebulan dua ni banyak kurang. Jadinya saya dah tak mampu nak tolong dia.

Dia seperti biasa hulur duit belanja. Katanya ni untuk bayar bill dan sedikit sewa umah. Tak cukup saya perlu tambah.

Saya katakan pada suami yang bulan ni saya dah tak mampu. Satu²nya gelang yang saya ada pun dah tergadai untuk topup belanja bulan lepas.

Betapa sedihnya saya saat itu.

Saya katakan padanya bulan ni saya tak ada duit dah. Pandailah awak cari. Saya tak tahu. Apa yang saya ada tu untuk insurans anak, insurans saya dan bill telefon saya. Itupun tak tahulah cukup ke tak.

Terus dia badmood dan salahkan saya. Katanya kenapa tak buat jualan lagi. Tak masak.

Aduh.. itu tanggungjawab saya ke. Dia dah naik lemak. Selama ni saya bantu. Berjauh hati dengan dia jangan cakaplah. Selalu je saya ni tersakiti.

Masa dia ada duit lebih takde pun nak hulurkan. Masa dapat duit KWSP dulu tak ada pun nak hulurkan sikit untuk saya nak beli emas ke apa ke. Terasa sangat saya.

Yelah saya cuma kerja sendiri dan surirumah mana ada caruman. Dia je ada. Masa ada duit habis macam tu je.

Kejam ke tindakan saya kali ni. Saya dah tak larat lagi dah nak tolong. Dan sekarang dia salahkan saya. Dia bagi semua duit dia dan dia kata duit tinggal berapa je ni tak cukup sampai hujung bulan.

Paling saya tak suka perangai dia suka meminjam keluarga dia. Sikit2 tak cukup dia pinjam. Lepas tu dapat gaji bayar. Ada juga yang tak berbayar.

Suruh buat keje partime tak nak. Penat. Saya rasa ramai lelaki sekarang yang buat 2,3 kerja. Balik lewat malam sebab kerja.

Tapi dia tak akan buat macam tu. Penat katanya. Jadi sayalah yang bantu. Jadi settlelah masalah dia.

Berkira sangatkah saya ni? Kejamkah aku?? Kadang rasa kalau macam ini tak sanggup nak teruskan perkahwinan ni macam nak pergi mahkamah je. Saya pulak rasa bersalah. Tapi dalam masa yang sama geram. Apa patut saya buat?

– Adia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *