Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua… Sebagai pengenalan, aku kenalkan diri sebagai Kak Long kerana aku anak sulung daripada 10 orang adik beradik. 8 orang perempuan dan 2 orang lelaki.
Ayah kak long anggota polis dan Ibu Kak Long pula seorang guru tapi mereka baru sahaja pencen tahun lepas.
Hidup dalam keluarga yang ramai membuatkan kami jadi sangat rapat, lagipun ibu ayah kak long sangat tegas dalam mendidik kami. Rotan dan hanger menjadi makanan kami jika kami nakal.
Konflik dalam keluarga kak long bermula bila adik kami ke yang ke 9 dan yang waktu itu dia baru berumur 19 tahun membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang remaja berusia 17 tahun yang dia kenali melalui sosial media.
Kak Long kenalkan adik kak long sebagai “D”, kak long sangat rapat dengan “D” kerana kak long lah yang menjaga “D” bila ibu ke sekolah untuk mengajar sesi petang, “D” banyak diuruskan oleh Kak Long.
Oleh kerana daripada 8 adik beradik kak long semuanya telah berkahwin dan mengikut suami masing-masing serta tinggal jauh dari kampung,
Kami memang mengharapkan “D” untuk tinggal bersama Ibu dan Ayah kerana “D” pun selepas SPM memang terus decide untuk tidak sambung belajar dan bekerja di kampung.
Walau pada asalnya ibu dan ayah membantah keputusan “D”.
Bila mana “D” mengambil keputusan untuk berkahwin, ibu dan ayah serta kami memang membantah sekerasnya.
Ini kerana kami tahu kedudukan kewangan “D” pada waktu itu memang tiada simpanan serta motorsikal pun kami yang belikan untuk kegunaan dia pergi kerja sebagai balasan sanggup tinggal bersama ibu ayah.
Kerana bantahan tu, “D” sanggup tinggalkan rumah dan tinggal bersama keluarga remaja tu. Ibu dan ayah sangat kecewa sehingga kesihatan ayah merosot dan mudah sakit.
Bertambah sakit bila kami hanya menerima perkhabaran bahawa “D” telah menikah tanpa pengetahuan kami itu pun melalui media sosial.
Kami menjadi sangat marah dan ambil keputusan untuk ambil semula motorsikal yang diberi dan tidak hiraukan “D” lagi.
5 bulan selepas itu, kami dapat tahu juga melalui media sosial, “D” bakal menjadi ayah untuk tempoh 6 bulan akan datang. Dan yang menjadikan keadaan makin teruk bila MCO dikuatkuasakan dan “D” diberhentikan kerja.
“D” kembali ke rumah tetapi dengan niat untuk meminta duit sahaja. Tiap minggu muncul dan itu lah ibu ayah kita, marah mana pun pada anaknya tetap diberi duit dengan alasan untuk cucunya. Bila kak long tahu kak long jadi sangat marah dan sakit hati.
Jadi kak long sengaja memperli dia dalam whatsapp group famili dan selalu menunjuk-nunjuk apa yang kak long makan, beli, pergi bercuti shopping,
Malah menunjuk2 kak long ada belikan barangan bayi untuk adik-adik kak long yang bakal bersalin juga tetapi kak long siap nyatakan ini hadiah untuk sekian-sekian bukannya untuk anak “D”.
Mesti semua mengecam kak long kan… takpe, kak long maafkan. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, kak long sebenarnya telah maafkan apa yang berlaku bila dengar “D” bakal menjadi ayah.
Kak long sangat gembira, tetapi semuanya terbantut kerana isteri “D” sangat kurang ajar, tidak pandai untuk mengambil hati ibu ayah malah hati kami pun.
Bila berjumpa tidak pandai nak bermesra tidak pandai nak bersalam, buat bodoh jadikan kami sebagai tunggul walaupun kak long yang hulurkan tangan untuk bersalam. Itu yang membuatkan Kak Long menjadi sangat kejam malah makin kejam.
Kak long tahu, itu sangat kebudak-budakan tapi itulah hakikatnya… dan banyak lagi keburukan isteri “D” yang sangat mengaibkan sebenarnya.
Sekarang bila ibu ayah mula menerima “D” kembali, hati kak long seperti tidak boleh menerima hakikat itu. Kak long mula menjauhkan diri dari aktiviti yang bila “D” ada bersama.
Maafkan kak long, ibu ayah semua adik beradik… Kak long masih belum boleh menerima hakikat itu…
Kak long sangat sayangkan “D” tapi kak long tak boleh menerima kehadiran isteri “D” dalam hati kak long malah sangat benci pada dia. Kerana dia adik kak long menjadi orang yang sangat berlainan, kerana dia semuanya berubah…
– Kak Long (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit