Assalamualaikum, hai semua. Saya kenalkan diri sebagai kakak. Aku berusia 28 tahun, bekerja sebagai pendidik di sebuah sek di utara.
Aku anak sulong daripada 3 beradik, bawah aku lelaki 24 tahun dan adik perempuan 20 tahun masih di USM. Kami bertiga mengambil bidang yang sama.
Seperti tajuk diatas, aku membesar dengan hasil jualan vendor ibu, pelbagai kuih muih kampung ibu buat. Menu favorite adalah cucur badak, bengkang ubi, lopes, popia goreng sira. Seawal usia 10 tahun aku membantu ibu di dapur.
Aku ada ayah yang bekerja di sektor kerajaan dengan gaji yang agak selesa tetapi sangat berkira wang ringgit dengan anak dan isteri, seingat aku sejak kecik belanja dapur dan wang saku RM200 hingga sekarang tak pernah ada penambahan.
Ibu berusaha selebihnya, dan ayah tak pernah bertanya sama ada cukup atau pun tidak. Alhamdulillah Allah cukupkan segalanya.
Boleh dikatakan ibu mampu untuk menyediakan segalanya dengan hasil vendor. Ibu sangat menitik beratkan pelajaran, ibu sentiasa berpesan, belajar laa demi masa depan kamu, bukan untuk ibu, kerana ibu tak selamanya ada.
Sepanjang membesarkan kami adik beradik alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik dan nikmat itu hingga sekarang. Manakala ayah, ada saja masalah dia, kereta ayah beberapa kali kemalangan dan mengalami kerosakkan.
Ayah pernah ditipu skim cepat kaya, tapi hujungnya tinggal habuk. Ayah pernah bising bil api dan air naik, ungkit menghabiskan duit dia. Ayah merupakan penghisap rokok tegar, pelbagai penyakit singgah, tapi tetap setia dengan rokok.
Bulan syawal, tiba-tiba ayah suarakan nak jodohkan aku dengan anak kawannya. Sepanjang aku ada handphone, ayah tak pernah bertanya khabar, start aku masuk universiti selama 4 tahun, hingga aku dah keje.
Aku pun apa lagi, aku terus terang aku tak bersedia. Aku masih ada tanggungjawab pada adik bongsu.
Ayah marahkan aku, dia ungkit bahawa aku tidak kenang budi, kalau dia tau aku melawan seperti ini dah lama dia beri aku pada orang. Dammm… Jujur aku bagai disambar petir.
Terus adik lelaki aku bangun, dia cakap dengan nada lembut tapi cukup menusuk.
“Ayah, anak2 ayah amanah dari Allah, kami nie tak boleh pilih siapa ayah kami tapi Allah yang pilih ayah untuk jadi ayah kami.
Jika boleh pilih, off course kami tak kan pilih ayah. Jika ayah rasa kami nie jahat, ayah pikirlaa mana datangnya jahat kalau bukan dari ayah.
Angah mintaa maaf jika bahasa angah kasar, tapi angah, kakak dan adik dah lama hilang ayah, sejak ayah hanya sekadar ada tapi tidak berfungsi.
Kami dah anggap ibu tu ibu dan ayah, ibu buat segalanya tanpa ayah. Ayah tak pernah hadir sepanjang sesi kami membesar, so tolonglaa ayah jangan buat sesuatu tanpa berbincang”
Saya mohon pendapat para pembaca, saya tidak berdendam dengan ayah tapi sikap ayah dan tanggungjawab dia selama kami membesar dia tak pernah peduli, adakah wajar saya membantah. Jauh disudut hati ada rasa kasihan.
Sejujurnya, saya suka kehidupan sekarang tanpa terikat dengan apa2. Saya ada ibu yang sentiasa menyokong kerjaya saya, ada adik2 yang baik dan tak pernah membuat masalah. Cuma ayah sahaja dingin.
Bila berkumpul ramai2 dia suka buat hal, sengaja cari pasal tapi angah yang selalu layankan kerenah dia.
Ibu, masih sihat, masih cantik, dah relax tak buat kuih. Aku yang minta ibu rehat. Sesekali aku bawak ibu ambik angin, beli sesuatu yang ibu inginkan.
Terima kasih kepada semua yang sudi luang masa membaca.
– Cikgu Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit