Kejayaan Itu Sesuatu Yang Subjektif

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca iium dan admin terima kasih jika confession ini disiarkan.

Aku terdetik hati nak berkongsi bagaimana dipandah rendah oleh orang sekeliling dengan learning disability. Aku sejak dari kecil aku mangsa buli untuk 3-4 tahun berturut fizikal dan mental tanpa pengetahuan ibubapa. Aku juga jenis slow learner, matematik, science, bahasa melayu tatabahasa kelaut kalau nak tanya aku pasal ayat pasif aktif yang lagi deep down tu tak payah cerita lah, memang aku failed.

Dari kecil sampai sekarang org pandang rendah pada aku, selalu benda yg aku akan dengar “Kau takkan boleh pergi jauh punya” “Matematik benda senang pun tktahu. Apelah” “Hahaha, result kau camtu je? Buang masa je belajar. Baik kau kerja”
“Gred pointer kau ni boleh pergi mana2 ke?” “Oooo. Dapat tu je”

Since aku kecil juga lah takda siapa expect aku pergi jauh dalam pelajaran terutama ada hati ni masuk Universiti bila result aku mcm ni :

UPSR : 1A 2B 2C
PMR : 6C 2D
SPM : 8 CREDIT (Tiada A, satu saja B tu pun seni)
STPM : 2.75

Nampak weak sangat kan? Aku selalu nangis bila result penting2 keluar dan sedih bila tengok berita kat tv yang ramai pandai2 diangkat menjulang tinggi. Masa SPM result keluar aku nangis seminggu sbb aku rasa bodoh sangat dan tktahu nak sambung mana, tgk kawan aku dh masuk U, ambik diploma, matrik tempat bagus2. Ayah aku ckp “Takpalah, at least dh mencuba. Kalau nak sambung belajar jugak, masuklah swasta takpa ayah bayar kalau mampu” Time tu aku dh meraung mcm orang gila la jugak.

Then one day aku dapat news dari kawan aku cuba check form 6 kot2 dapat, aku tengok aku terpilih. Bapak aku dh excited sangat sampai print mcm2 artikel pasal form6 untuk aku supaya sambung belajar. Kami adik beradik ramai, tapi sorang je sampai dip, aku sorang yg interested dalam nak further studies. Masa form6 dh start mmg aku benci semua, sbb dgn mentaliti org kata f6 takda masa depan, budak noob je masuk f6 apa semua, tiap2 pagi aku termenung and moody, but one day ayah aku kata “Dik, ayah teringin nak tengok salah sorang anak ayah masuk universiti, ayah nak sangat tgk adik berjaya, ada kerja bagus. Adik minat masak kan? Bila dh berjaya, bukak restoran nanti ayah boleh jadi cashier” Aku time tu mmg dah berjurai2 airmata mcm Niagara Falls. Start dari tu lah aku ubah persepsi aku dan belajar bersungguh2 walaupun aku banyak kali gagal.

Fakta yg aku ni slow learner, every sem f6 ada 4 subjek, dan mostly aku akan repeat 3 subjek per semester sebab result teruk dan aku tetap tk putus asa walaupun frust sekejap bila result keluar. So 3 semester tu every sem aku kena keluarkan 150 ringgit untuk repeat. Termasuklah aku repeat MUET aku sekali nak capai Band 3 before this aku dapat Band 2, bila dh repeat alhamdulilah Band 3 dlm tangan dh capai.

Bila overall result STPM dah keluar, aku 2minggu jugak nangis benda sama, yelah apa je kau boleh pergi dgn 2.75 cgpa. Kawan2 aku semua pandai2 dapat 3.00+ dan kemuncak kesedihan usaha aku bila kawan2 aku dapat tawaran masuk uni dalam Degree.

Mostly dorang semua dapat UMS, UPSI, UIA. Masa 1st intake tu lah dorang dapat call and aku kat rumah termenung terperuk dlm bilik dn aku nampak masa tu cuma masa depan aku dh gelap. Alhamdulilah, kawan2 bagi kata2 semangat, aku istighfar byk2, aku cuba muhasabah diri aku kata pada diri aku “Kalau dulu byk kali kau failed, org pandang rendah kat kau, but you see how far you made it right now” Start dari itu, aku cuba bersungguh2 buat & hantar surat rayuan, pos laju surat2 aku mintak uni berdekatan aku, cuba apply 2nd intake dan laluan khas uni proses ni aku guna duit gaji aku kerja almost 100ringgit. Masa keluar result 2nd intake, aku dh terapkan dlm diri “Kalau tak ada, jgn sedih. InshaAllah rezeki kau pada tempat lain. Jgn terlalu berharap” Bukak2 aku check satu2, UPU aku tk dapat, uni lain tak dapat and bila aku buka last website uni ni aku masukkan no ic, BOOM!

Aku dapat tawaran dari UPM degree kos science plus management. Shockingly, since i was a kid, aku takda basics in management atau seangkatan dengannya and takde basics in science. Agak mencabar masa tu, aku struggle juga. Pun susah payah jugak kat sini sama mcm mana aku struggle zaman sekolah dulu.

Bila aku dapat tawaran tu, ayah aku paling seronok. Nak beli macam2 utk kegunaan tempat tinggal kolej aku. Ayah aku pergi mana2 mesti ckp dengan kawan2 dia, yg aku sambung belajar dan sampai lah sekarang aku dh 3rd year pun still the same. I think it still feels funny sbb how adorable he is that time until now. Now, alhamdulillah my life is great better than before. I’m in 3rd year now, pointer still great but not too awesome sangat lah, but i aiming for Dean.

My advice for those who’s having truly huge disappointment when you see your results and tambah2 pula family, relatives, dan masyarakat sekeliling rasa kau tk mampu buat, sebenarnya kau kena buktikan yg dorang salah. Serius, kau tktahu mcm mana happy bila aku dapat tengok muka org yg merendah2 aku masa dulu.

Kalau kita dh usaha then we stop on that line, you’ll regret for the rest of your life because we didn’t know what if that line kau give up tu adalah kejayaan kau.

Be happy, hakuna matata.
Pada yg membaca, aku yakin kau boleh buat! Buktikan!

Assalamualaikum.

– Daisukenmaru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit