Kejiranan Berjenis

Salam sejahtera semua. Aku Fean, saja nak kongsi sikit pengalaman tinggal di kejiranan berbeza status. Mungkin boleh jadi panduan sikit, ataupun at least menghiburkan hati korang.

Aku pernah dan masih hidup di tiga jenis kejiranan.

1) Tanah lot sendiri di kampung.

2) Flat low cost kawasan lot-lot kedai.

3) Serviced apartment medium cost dalam bandar.

Semua kejiranan ni ada pro and cons, manfaat dan keburukan.

1) Tanah lot kampung

Tempat membesar, tempat balik raya, tempat jadi manusia biasa dekat dengan kubur parents.

Kawasan kubur pun best, sejuk dekat tepi bukit dan gua air tenang walau ada legend buaya putih dan orang hilang masuk kampung wangi. Semoga jadi tempat abadi aku jugak satu hari nanti.

Kampung lah paling mendamaikan jiwa, walaupun ada juga isu tanah geran berkongsi semua nama adik beradik lima generasi so tak boleh sebarang nak buat bangunan atau jual.

Kampung lah paling tinggi hormat dan bertolak ansur, walaupun kadang ada kes pecah rumah, jiran curi mangga, geng khayal datang tak dijemput.

Nak ambil hati orang kampung senang je. Orang panggil kenduri kita pergi. Orang tegur kita perkenal diri duduk di mana, anak siapa. Silap-silap rupanya berbau bacang.

Kalau totally orang luar takda saudara di kawasan tu, rendahkan diri bersalam dan minta nasihat apa yang patut. Kalau jumpa orang tua pandang atas bawah, senyum je. Yang mana toksik, lain masa elak buat tak nampak.

Sekarang orang kampung pun mewah, kereta laju berdesup siap langgar orang pi kedai/masjid. Bodoh dari bandar bawak ke kampung. Bawak lambo ke peti sejuk ke kancil ke, ko takyah main test enjin lagi-lagi area masjid.. kang pintu empat tinggal dua bruh.

Parking tak isu sangat sebab halaman masing-masing luas, kecuali bila raya atau kenduri. Tak nak gaduh, jangan buat palatao macam bandar. Tanya minta izin dulu.

Bab negatif lain duduk kampung, semak samun rumah/tanah sebelah jadi tempat membiak haiwan yang akan datang berkunjung rumah sendiri. Ular, memerang, lutong, kera, musang pandan, you name it. Sekali-sekala best tengok, wildlife depan mata.

Ada juga pokok jiran masuk sempadan kita, luruh buruk kita yang bersihkan. Ambil buah elok dikira pencuri pulak.

Belum lagi yang tambah dapur ke porch ke pagar ke terlebih makan tanah kita, sampai laluan air or wiring pecah/rosak. Minta alih atau bayar repair, boleh gaduh tak bertegur sapa 7 keturunan.

Pengangkutan dan hiburan mungkin terhad, bergantung orang suka apa. Yang suka alam, sesuai. Yang suka bingit, lagu-lagu, layan movie, payah la kampung.

Suka santai hipster, rasa tak susah nak cari di kampung. Dalam bukit boleh ada cafe, tau dengan tak tau je. Makan pun murah, cuma tak jumpa lah yang pelik-pelik made in Korea or Europe.

Tapi jiwa tenang tengok bukit, sawah/ladang terbentang dan hirup udara segar hari-hari.

2) Flat low-cost

Murah, murah, murah. Sesuai untuk yang baru nak kerja/ belajar hidup sendiri. Kebersihan, keselamatan, agama, akhlak, adab, jual ikan semua murah level takde sapa nak beli. Ni aku bertahan sebab kerja dekat, jimat kos minyak dan tol.

Flat murah yang aku duduk majoriti melayu, susah jumpa indonesia ke bangladesh ke nepal ke dan seumpama. Bukan melayu tak sampai 20 unit. Yang lain 4 tingkat banyak blok, majoriti melayu. Nampak macam selamat la kan.. Ada pulak ofis kerajaan dan kolej area yang sama.

15 tahun pertama aku happy dan damai je hadap perangai mangkuk flat ni. Gaduh laki bini, pukul anak, jiran gertak jiran, masak ketum berjemaah, repair motor di koridor tangga, najis kucing di tangga tu anggap lawak harian biasa je.

Sampah dibaling dari atas aku tak pernah jumpa, tapi air tiba-tiba menitik takde hujan, yang tu tak pelik. Selagi tak masuk rumah aku, jiran kena tikam depan rumah pakai gelakkan je.

Pernah kereta elok parking kena langgar, tapi elok je dorang minta maaf siap offer nak bayar repair. Cair terus aku tak jadi marah fufuufu.

Lepas 15 tahun, melayu yang sama lama duduk dengan aku start berlagak samseng. Orang yang kena tikam tu contoh, jahat sibat rupanya. Laki bini selalu cari pasal tambah dengan non-malay, nak monopoli abang/kak long kawasan mungkin.

Jadi ejen tak berlesen sewakan rumah kosong pastu markup harga, untung atas angin. Kiri kanan bermusuh bergaduh, sesama sendiri lawan maki laki bini anak, tak malu memekak bangga satu blok dengar.

Jenis tak makan saman, parking lori di parking berbayar pastu saman boleh buat buku. Semua parking berbumbung dicop, mula dengan kon, dah makin maju cop dengan moto.

Satu rumah berbiji-biji kereta, berlumba cop parking. Alhamdulillah yang non-melayu pun ikot sama cop parking. Ok la adil, aku suka.

Naik atas, tak payah marah yang ada tempat sembahyang dekat koridor atau loceng waktu subuh/magrib. Tengok yang sampah lambak depan rumah jiran. Siap buat binaan, depan rumah jiran. Bukan tampal rak sidai baju depan rumah sendiri ye. Melayu, nampak macam Islam.

Mula-mula rak kasut kecik, pastu membiak jadi stor besi buruk, ekon buruk, penyapu, tayar lama, tong-tong ketum, tikar, tiang, dan segala sampah sarap. Dah suruh alih, buat bodoh ala benak ubi. Bini pulak bising orang alih barang.

Mula-mula satu rumah buat, pastu lain ikot sekali. Nanti ada kebakaran ke gempa ke, kepala dah tersangkut tak boleh lalu memang padan muka.

Bulan puasa berdentum main mercun, depan tangga dekat rumah orang. Memang hitam lantai. Mercun bola pun main, orang dewasa kepala. Anak conteng dinding, rumah jiran. Rumah sendiri kosong molek. Mak biadab kalah bab* hutan, tak boleh anak kena tegur.

Ajar anak main lagi kuat tendang rumah jiran. Katanya tak langgar undang-undang. Pastu baru aku tau mak tu pernah bergaduh pecahkan rumah jiran lain, memang penyondol patut la anak sama perangai, khinzir bandar.

Jenis ni jumpa penyondol setaraf, jadi madu sebelum menjanda, memang ngam. Tulus hati aku doakan.

Hanya orang mentaliti sama je boleh survive di flat murah. Yang nak hati tenang, nak anak jadi soleh hati bersih, nak harmoni, tolong menjauh. Mufti pun boleh langsi kalau tinggal di flat.

3) Serviced apartment

Yang paling bagus dari segi keselamatan, kebersihan, pengurusan dan kualiti fasiliti. Apartment medium cost aku duduk ada infinity pool, playground, squash court, badminton court, gym, sauna, surau, event hall, parking 2 petak per unit rumah,

JMB yang selalu meeting (bergaduh dan saman pun ada ofkos), pak guard yang laju clamp manusia parking pakai lutut dan pasaraya selain kedai lain di bawah. Semua ada la kalau setakat keperluan hidup asas. Mrt dengan Giant pun boleh menapak.

Penduduk amat berdisiplin dan sangat marah kalau jumpa penduduk lain tak berdisplin ikut peraturan.

Masa awal masuk aku fikir, adoii la kekwat kiasu betul owner-owner cerewet bebenau. Itu tak boleh ini tak boleh duk marah duk komplen dalam group wasap. Bela pets kena diam-diam jangan ada menyalak ke berjalan merata.

Lama-lama aku bersyukur dan memahami bahawa Malaysia ni ramai makhluk tak kira bangsa yang suka ambil kesempatan kebaikan orang lain. Kena hukum kata kena tekan, tak hukum semua boleh, janji diri sendiri senang. Contoh banyak aku bagi dekat atas di bab 2.

Keburukan serviced apartment, ongkosnya. Setiap bulan 500 caj, belum masuk loan/sewa belum masuk api air.

Kena ada levi la, insurance la, duti stem la, upgrade kad/ security sitem la, status strata bagai, owner atas/ bawah komplen saluran air/ letrik rosak bla blaa sila tenang-tenang kosongkan e-poket.

Payah nak mengelat sebab nanti nak masuk rumah/parking sendiri access/api/air kena sekat. Nama pulak glamer melekat dekat notis board setiap level. Mendapat, nak sangat attention kan.

Jiran kalau medium cost boleh kata semua bangsa ada sama banyak. Foreigner pun ramai jadi tenant, kadang ada perangai agresif, bising, buat maksiat party arak dadah tapi jarang. Senang nak panggil guard dan polis datang tangkap sebab saksi dengan Cctv banyak.

Takde istilah ‘tak langgar undang-undang’ kalau dah kacau ketenteraman orang. Jiran biasanya engkau hal kau, jangan sibuk hal aku kecuali dah ganggu orang. Kalau ada yang over friendly boleh sound setepek dua. Kalau 3B (bahaya, bising or busuk), report dan sound Jmb kalau tak ada tindakan.

Aku berkongsi pengalaman ni sebagai perempuan introvert yang happily unmarried, tak layan atau bawa balik jantan ke rumah, tinggal sorang yang sekali-sekala family and friends datang makan-makan, gelak-gelak. Mungkin lain gender, lain personaliti, lain status kawin, lain lah kejadian masalah nya.

Orang Malaysia type-m ni nampak berbudi bahasa tapi sebenarnya dalam diam slow-slow ambil kesempatan dan dengki tengok orang senang. Tambah yang geng ramai, rasa dia ketua kawasan. Type-m yang baik (macam aku keke) akan toleh ke lain bila ada konflik.

Sebab tu type-m yang pandai berjaya majoriti di luar negara, bergaul dengan foreigner atau hasil produk luar negara. Kalau bergaul sesama type-m je, berlumba rasa hebat jadi samseng kawasan. Jaga-jagalah dengan jenis ni di kawasan anda (iklan).

Type-c biasa nampak sombong tapi once dah sembang, elok je masuk air bole lepak sama-sama. Type-i yang langgar kereta aku pastu anaknya datang cari minta maaf. Selalu kita kata dorang suka mabuk, type-m sendiri mabuk ketum sekali khayal dadah sebelah rumah buat tak nampak.

Pesanan aku, jangan judge kejiranan baik tak baik ikut bangsa. Lagi-lagi kalau nak beli rumah atau duduk lama. Kalau tak mental, diri sendiri tukar jadi Bang Satt.

Tu je la nak share, pengalaman hidup di kejiranan berbeza di Malaysia secara solo. Nanti kalau ada rezeki duduk kawasan kejiranan mewah, aku tulis lagi hahaa

– Fean (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *