Kejujuran

Assalammualaikum.. Terima kasih beri peluang untuk saya berkongsi cerita. Kita sendiri tahu sebenarnya dalam dunia yang kita inginkan tak semua kita akan dapat. Tapi hanya satu yg kita mampu jaga dalam setiap apa yg kita dapat iaitu kejujuran. Mengapa saya kata kejujuran, dalam setiap hubungan kejujuran itu perlu. Apabila kita mula menyayangi seseorang dan kita sanggup buat apa sahaja untuk mereka and last mereka khianati kepercayaan kita pd dia. Itu lah antara perasaan yang paling sakit tanpa kita minta padaNya.

Insan yang kita percaya, insan yang kita sayangi. Kita selalu cuba untuk bersangka baik, selalu cuba untuk beri yang terbaik .Dan apabila sekali Tuhan uji, hubungan itu dengann tiadanya kejujuran, ianya tidak akan mampu semua org boleh terima dengan hati yang rela.

Kerana manusia hnya inginkan kejujuran agar kepercayaan akan terus kekal bersama mereka yg disayangi. Sebab kasih sayang itu bukan selalu Tuhan beri pinjam tapi hanya sementara Tuhan beri pinjam. Saat Tuhan uji kita dengan hadirnya insan seperti mereka, Tuhan nak kita berfikir. Berbaloikah hasil usaha kita menjaga hubungan atau suatu ukhwah itu yang telah dikhianati begitu sahaja. Sedangkan kita rasa kita antara insan yang ikhlas menyayangi dan menjaga mereka.

Ianya berbaloi, andai mereka yang terasa buat silap itu meminta maaf dan berjanji tidak akan ulangi kesilapan yang sama. Yaa.. Manusia bukan sempurna, tapi kita diberi pilihan , adakah kita ingin terus mengulangi silap yang sama atau berubah demi menjaga ukhwah yang bagi mereka tidak seberapa. Bagi mereka mungkin tidak seberapa ukhwah ini, tetapi bagi kita ukhwah yg diuji inilah sangat bermakna.

Kadang mnusia itu berubah bila berjumpa insan baru, berjumpa kawan baru yang belum pasti menjadi suami/isteri atau teman hidup mereka. Tapi mereka lupa, insan yang selama ini cuba menjaga segalanya , cuba menyayangi mereka itulah yang selalu ada dgn mereka saat mereka susah. Dan kadang kita selalu melupakan yg lama apabila berjumpa yang baru. Sedangkan yang lama itu juga ada hati untuk dihargai dan disayangi. Totally kita berubah, cara percakapan, cara layanan kita pada dia. Adakah ingin terus menerus jadi begitu tanpa kita menghargai hati mereka yg bernama manusia.

Jangan kita mula bahagia atas penderitaan dan sakit dr insan lain. Kerana sedar atau tidak, dengan kesakitan mereka itu sebenarnya mereka adalah insan yang sangat menghargai kita dan sentiasa buat apa sahaja untuk kita. Hargai selagi Tuhan beri masa pd kita. Kerana semua orang berhak mendapat bahagia. Tapi jangan sampai kita lupa mereka yang pernah bahagiakan kita sebelum ini.

#SemogaAllahRedha
#SemogaDalamJagaanAllahSelalu

– N.A.A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *