Kejutkan Aku Bila September Berakhir

Ya, itu terjemahan daripada lagu Wake Me Up When September Ends nyanyian Green Day.

Tapi bagi aku, ayat itu sangat signifikan dengan kisah hidup aku. Bulan ini sepatutnya menjadi bulan pertemuan antara dua keluarga untuk berbincang dan mengatur urusan pernikahan aku dengan Diana.

Perkenalkan, aku Razak. Diana ialah perempuan yang aku kenal pada awal tahun 2024, melalui sebuah aplikasi cari jodoh yang kononnya “Islamik”.

Namun hakikatnya, aplikasi itu penuh dengan perempuan yang gagal dalam kehidupan nyata, membawa pelbagai kisah trauma, lalu mematahkan hati lelaki-lelaki yang tulus ingin mencari pasangan dan membina kehidupan baharu. Termasuklah Diana.

Pada awalnya, perkenalan kami tampak biasa. Seperti kebanyakan perempuan lain, dia bersemangat bercerita tentang kisah silamnya yang penuh trauma.

Katanya hatinya masih terkunci untuk mengenal lelaki, tapi anehnya masih gigih menggunakan aplikasi itu, yang jelas tujuannya memang untuk mencari jodoh. Bodoh? Sudah tentu tidak. Tapi untuk apa? ” “Untuk apa” kata Maudy Ayunda.

Aku cuba bersikap positif. Aku dengar setiap kisahnya, aku beri kata semangat. Perlahan-lahan dia mula membuka hatinya untukku. Hari demi hari, semakin banyak yang kami kongsi, tentang keluarga, kerja, dan masa depan.

Akhirnya, selepas 3 bulan perkenalan, keluarga kami bertemu buat pertama kali. Itu bukti bahawa aku memang serius, niat aku jelas untuk berkahwin, bukan sekadar berkawan. Keluarganya menyambut baik kedatangan kami. Tapi di sebalik kemanisan itu, rupa-rupanya ada kepahitan.

Sebenarnya keluarganya tidak merestui hubungan kami. Namun, ketika perjumpaan, semuanya nampak gembira. Diana memilih untuk berdiam diri, tidak jujur sejak awal, sebaliknya membiarkan hubungan ini berlarutan.

Seperti tupai yang panjat tinggi, bila jatuh, lebih sakit daripada jatuh dari pokok rendah. Begitulah aku rasa. Hati yang aku laburkan sepanjang tempoh itu, akhirnya dihempas begitu sahaja.

Dia hanya menulis satu karangan pendek untuk menjelaskan alasannya. Katanya, dia terpaksa undur diri kerana keluarga.

Tapi aku tahu itu alasan klasik bila seseorang sudah tidak suka lagi. Aku tak kisah sangat ditolak, aku dah biasa kena reject dalam aplikasi itu. Tapi ketidakjujuran Diana, itu yang benar-benar menjengkelkan. Apa susah sangatkah untuk jujur?

Lebih menyakitkan, dia sempat menyalahkan aku, kononnya ada sisi diri aku yang dia tak suka. Begitulah kebiasaan perempuan: kesalahan sendiri dianggap kecil, tapi mudah pula meletakkan kesalahan pada orang lain lalu dibesar-besarkan.

Lebih melucukan lagi, selepas semua alasan itu, dia masih mengajak aku berkawan. Jelaslah alasannya cuma cara untuk melepaskan diri daripada hubungan yang serius, dan terbukti dia sebenarnya tidak mahu berkahwin. Tapi aku masih pelik, susah sangatkah untuk jujur?

Aku ingin bertanya terus terang kepada pembaca, khususnya perempuan:

Adakah bagi kamu lelaki tidak punya hati dan perasaan? Boleh diperlakukan sesuka hati begitu? Tidak. Aku juga punya hati dan perasaan seperti kata Haqiem Rusli.

Aku bukan mahu menyalahkan semua perempuan. Tapi aku tahu, ramai yang tetap akan membela Diana dengan alasan kononnya perempuan biasanya berhati-hati meluahkan kata, supaya tidak melukai orang lain. Bagi aku itu semua omong kosong. Bullshit!

Kalau tak suka, katakan saja tak suka. Mudahkan jalan. Jimatkan masa. Supaya kami boleh move on dan cari yang baru.

– Razak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *