Untuk part I, (https://iiumc.com/kekasih-gelap-pkp/).
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih pihak IIUMC menyiarkan kisah aku dan terima kasih semua yang komen sama ada yang baik atau pun yang kecam.
Kecaman2 anda memang menusuk hati, lekat di sana sebagai ingatan bahawa ada dosa yang perlu aku leraikan. Nasihat2 juga menjadi satu jentikan di lubuk hati bahawa masih ramai yang sayangkan aku walaupun tak kenal dan mendoakan rumah tangga aku selamat.
Semoga doa2 ini menjadi asbab untuk aku tekad selamatkan perkahwinan ini. Terima kasih semua.
Kenapa aku menulis di sini hari ini, sebab aku rasa kecaman yang diberikan menjadi satu titik tolak untuk aku jelaskan ada perkara yang kamu semua tidak tahu sebab tidak sebantal dengan aku tapi kamu judge yang kamu seolah2 tahu semua.
Aku tak marah, tapi terkilan sebab bila aku katakan yang ini perkahwinan aku yang kedua, seolah aku bercerai kali pertama tu salah aku dan aku seolah2 suka cerai berai n.
Please la, tiada perempuan yang kahwin nak bercerai n sebab memang sangat kekok kalau jadi janda n kau nak bersos**l dengan masyarakat, nak bekerja dengan golongan lelaki n sebab isteri2 orang n pandang kita macam kita nak terkam laki dia.
Kenapa aku bercerai?
Aku kahwin muda lepas graduate dengan lelaki sebaya pilihan sendiri. Aku pernah pregnant dua kali dan kedua2nya gugur sebab rahim aku tak kuat. Moga aku dapat jumpa anak2 syurga aku di sana nanti.
Aku bercerai selepas enam tahun aku bersabar dengan sikap ex yang ambil ganja pada mulanya, lepas tu ambil syabu sampai lupa tanggungjawab dia.
Kemuncaknya aku kantoikan dia tidur dengan perempuan lain di atas katil kami semasa aku sambung belajar di negeri yang berlainan. Korang belum pernah rasa ujian sehebat ini kan?
Aku dah lalui macam2 dalam perkahwinan sebelum ini. Jadi kalau setakat suami sekarang n tak mampu bagi nafkah zahir dan batin, aku boleh sabar sebab dia berkali2 lebih baik daripada ex aku n.
Aku menjanda selama tiga tahun, umur pun belum masuk 30 lagi masa tu. Aku rasa best sangat menjanda sebab hilang semua stress yang aku hadap selama 6 tahun perkahwinan.
Aku selesa dengan hidup menjanda, aku punyai kerjaya yang baik dan aku dah selamat dari perkahwinan yang toksik. Macam orang kata “lelaki kalau berduit, dia nak pasang byk perempuan tapi kalau perempuan berduit, dia tak perlu lelaki langsung”.
Tapi sebagai janda muda ditempat kerja, kita akan jadi tumpuan mata nakal lelaki dan terdedah dengan macam2 fitnah. Salah satu bos aku pernah try masuk jarum dan aku rasa kalau lama2 boleh cair jugak dengan laki orang n jadi aku mula mencari jodoh untuk cepat2 kahwin.
Aku jumpa suami sekarang n daripada website cari jodoh. Jodoh kat website n memang bersepah kau boleh klik apa sahaja kategori yang kau nak, asal mana, kerja bidang apa, umur berapa, status apa dan sebagainya.
Pendekkan cerita, aku kenal suami bulan 10, jumpa keluarga masing2 bulan 12, bertunang bulan 1 dan bernikah bulan 6 tahun berikutnya.
Maka kami baru sambut anniversary yang ke 7 beberapa hari yang lepas. Memang kami tak bercinta pun sebab aku dan suami masuk website tu memang untuk pasangan hidup dan selepas perbincangan arah tuju lepas kahwin, dua pihak bersetuju untuk PJJ.
Of course la sebelum decide nikah tu, aku dah selidik dia betul2, dia memang seperti yang aku doakan setiap kali solat, suami yang baik walaupun kadang2 aku rasa macam kahwin contract aje.
Kenapa perkahwinan kedua aku masih belum pregnant?
Selepas setahun kahwin, aku sudah buat pemeriksaan suami isteri di hospital swasta untuk cepat tahu apa puncanya. Dugaan lagi bila salah satu ovary bengkak dan salur Fallopio aku sempit.
Suami aku semuanya OK. Kalau buat pembedahan akan merisikokan bahagian2 lain dan kebolehjayaan tu rendah. Its ok, ada Allah beri lebih dan ada Allah tarik, aku redha dengan semua ini.
Make it worst, lepas tiga tahun kahwin, suami pula dah kurang produktif. Maka impian ini aku sematkan dalam hati sahaja.
Banyak kesedihan dalam hidup aku n tapi aku rasa beruntung sebab Allah bagi banyak kejayaan dalam kerjaya.
Duit bukan masalah, nak makan apa sahaja boleh dapat, nak beli apa kehendak boleh sendiri tunaikan, nak melancong mana pun boleh pergi dan suami selalu izinkan kalau dia tak ikut.
Baiklah aku nak cerita sedikit kebaikan yang aku dapat dari kemunculan KEKASIH GELAP PKP ni. Selama empat tahun, nafsu untuk bersama dengan suami kurang sebab aku tahu apa kesudahannya, kecewa tepi bucu katil buat sakit hati aje kan.
Tapi selepas kenal DC ni, aku rasa nafsu tu kembali hangat dan aku cuba salurkan kemesraan tu kat suami. Semua ini berlaku semasa aku balik seminggu raya bersama suami.
Bagusnya PKP ni sebab stay at home aje kan jadi boleh aku cuba2, adakah boleh berjaya? Masa cuba jaya ini aku suarakan keinginan aku dan aku katakan jangan sampai ada lelaki lain menggoda dan aku tergoda. Dia gelakkan aku sambil kata kalau nak, carilah yang halal.
Aku tanya lagi adakah dia sanggup lepaskan aku kalau aku jumpa orang yang boleh dihalalkan. Dia terdiam dan terus tidur sampai esoknya. Tak berjayalah kan? Hahaha nasib2.
Esoknya dia bawa aku ke kedai ubat jamu dan farmasi untuk pilihkan ubat2 dan makanan sampingan untuk kecergasan lelaki. Selama bertahun2 ini, tidak pernah dia buat macam ni sebab bila aku suarakan dia akan mengelak dan biarkan macam angin lalu.
Adakah sebab semalam dia mimpi aku check in dengan lelaki lain? Kan aku minta dia lepaskan aku sebelum dia tidur semalam. Hahaha tau pun takut bini kena sambar kan!
Tapi alhamdulillah ada juga perubahan positif. Aku rasa kalau DC n tak muncul, mesti aku juga macam suami jenis dah malas nak fikirkan keperluan batin dan sampai bila2 pun kami tak berubah. Jadi aku decide untuk beri suami peluang untuk perbaiki hubungan.
Aku juga dah tegur dia untuk selalu2 text aku dan VC setiap hari kalau ada masa free. Kalau dia lupa aku akan mesej ingatkan. Semuanya baru2 ini berlaku dan moga ada sinar bahagia menanti aku.
Cuma yang belum aku buat adalah stop chat dengan DC sebab dia masih seperti selalu akan text aku sekerap yang dia mampu. Bukan mudah nak tepis semua ini, dan bukanlah aku at first place yang mulakan semua ini, aku tidak mencari lelaki ini tetapi dia muncul tiba2 dalam hidup aku.
Jujurnya aku memang sudah tersayang dengan dia dan kalau tanya aku kenapa cepat sangat sayang sebabnya aku rasa sangat dihargai dan diberikan perhatian.
Aku bukanlah naïf sangat untuk serahkan diri pada lelaki yang baru kenal walaupun aku akui aku dahagakan hubungan kelamin suami isteri.
Hello, empat tahun pun aku boleh tahan ye, cuma baru2 ni jer macam tak tahan. Betul macam semua orang kata potensi tu ada, tapi insyaAllah aku masih boleh berfikir dengan waras.
Aku juga memang tahu semua yang aku lakukan ini salah dan berdosa besar tapi kenapa aku confess kat sini walaupun diri sendiri dah tahu.
Sebabnya aku mahu baca, aku mahu nasihat dan bait2 kata kalian aku harap dapat didik hati aku yang celaru ini. Kalau nak harap diri sendiri nasihat, biasalah hati aku kan tengah berbunga jadi aku akan bias pada perasaan sendiri.
Aku tiada niat untuk confess kali ketiga sebab inilah nukilan aku yang terakhir sebab aku rasa aku sudah pun dapat jawapan yang aku nak dan aku aminkan setiap doa2 yang baik dari kalian.
Maafkan lah aku sebab membuat pengakuan ini di sini. Aku akan cuba sehabis daya untuk selamatkan perkahwinan aku ini.
Oh ya maksud nama yang aku pilih ini ZUHAYRA NASRIN adalah bunga /pertolongan. Aku anggap aku seperti bunga yang perlukan pertolongan dan aku dah dapat. Terima kasih semua.
– Zuhayra Nasrin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit