Kekasih Hati Seorang Liberal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. First sekali nak ucapkan terima kasih kepada iium confession kerana sudi post confession ni. First thing, aku berumur 25 tahun dan sekarang bekerja di kl. Si dia yg aku namakan Malik (bukan nama sebenar) berumur 26 tahun dan kerja di utara.

Kami kenal since 2012 masa student dan keep in touch sampai 2018. Semua rahsia dia, pasal family dan pasal perangai buruk dia aku tahu luar dan dalam. Kiranya tak berahsia la… so bila dah banyak sangat share rahsia dan masalah, masing2 mula la sayang.

Untuk pengetahuan, Malik ni perwatakan dia lembut (tapi x obvious sangat), cerdik, tinggi dan kulit hitam manis. Dia ada ramai kawan pondan, shemale, yg pernah terlanjur berkawan dgn dia. Malik ni tak reti sangat berkawan dgn lelaki straight sbb dia rasa dia ditindas bila berkawan dengan geng lelaki straight ni. Aku memang dah sedia tahu yg dia ni lembut dan solat tak pernah cukup. Masa tu rasa perlu bagi dia chance untuk berubah. Aku selalu doa kat Malik untuk dia berubah ke arah kebaikan dan jaga solat lima waktu.

Bila dah lama contact smpai tahun 2018. So dia dah mula serius. Dulu aku yg tergedik nak dia serius dgn hubungan kiteorang dengan syarat dia berubah. Aku taknak dia jadi alim ulama pun. Just cukup jaga solat dan jadi keras sikit.

Long short story, bila dia dah confess nak kahwin dengan aku, dia juga confess yanh dia ni seorang Liberal. Tak suka disuruh untuk solat, tak suka orang ceramah dia pasal solat dan akan solat ikut waktu yang dia nak jer. Masa dia confess tu, aku berlagak tenang dan aku reply kat dia “moga Allah beri hidayah kat kau”. Aku cakap direct jer aku tak sanggup nak korbankan masa depan aku dgn dia. Bila aku reply macam tu, Malik marah sangat, dia rasa aku mempermainkan perasaan dia. Malik kata kahwin jer dgn dia, dia follow islam cara dia, dan aku follow islam cara aku.

Masing2 ada definition islam masing2. Masa tu aku tak boleh terima, dan rasa dia mempermainkan agama Allah. Sesuka hati jer nak divert definition of Islam. Masa tu, Allah je tahu perasaan aku. Cukup la aku boleh terima dia lembut dan berkawan dengan geng pondan, ni nak suruh aku terima dia berkelakuan sedemikian.

Sekarang ni aku jadi confuse, patut aku teruskan hubungan ni atau macam mana?
Aku ni selfish sangat atau si Malik ni yang ego taknak berubah?
Aku nak sangat korang bagi pendapat dekat aku. Pendapat korang sangat aku hargai. :)

– Aku perempuan yang tak sempurna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *