Kekasih Lama

Hampir 16 tahun mereka berpisah, masing-masing telah pun bekeluarga dan punyai kehidupan sendiri. Kenapa mesti ingin curang hanya kerana kisah silam dan janji-janji yang tidak ditepati… Sepatutnya biarkan ia berlalu ibarat daun-daun kering yang hanyut diarus sungai… Pendam kan di dasar lautan hati yang paling dalam, jangan biarkan ia timbul walaupun hanya sebesar zarah.

” Dua minggu yang lepas aku ternampak profile ‘Facebook’ dia. Dia memeluk seorang wanita yang lain. Bukan isterinya yang dulu.”

Luah seorang kawan kepada saya. Saya tersenyum, saya dapat ‘tangkap’ siapa orang yang dimaksudkan oleh kawan saya itu kerana saya adalah sebahagian dari kisah cinta mereka juga. Kisah cinta mereka memang menarik dan romantik, sentiasa berdua ibarat merpati. Lelaki itu baik orangnya, terlalu menghormati dan sanggup korbankan apa sahaja demi kawan saya ini, bukan sahaja wang ringgit, malah jika diminta nyawa sekali pun, harus di serahnya.

” Aku stalk FB dia, dia dah kawin dengan perempuan lain dan dah ada anak seorang. Isteri baru dia ni cantik… Aku suka tengok dia bahagia…”

Dia berhenti disitu, mungkin sedang mencari keikhlasan di dalam kata-katanya tadi. Matanya merenung jauh kehadapan. Mungkin juga sedang mengimbau kenangan-kenangan sewaktu bersama dahulu.

” Tapi beb…. Aku rasa bersalah sangat sebab tinggalkan dia macamtu jer dahulu. So aku try ‘PM’ dia untuk meminta maaf dan menjelaskan apa yang berlaku waktu itu sehingga aku terpaksa pergi bergitu jer…”

Sambungnya lagi membuatkan saya terkedu. Bukan kerana kawan saya stalk bekas kekasihnya itu, tetapi kerana dia telah ‘PM’ dan saya yakin ianya akan berpanjangan.

” Aku tahu aku dah buat salah, aku ‘PM’ dia bukan sebab aku nak ganggu hidup dia. Cukuplah aku pernah runtuhkan masjid dia dahulu. Aku hanya ingin tahu apa perasaan dia waktu dia kehilangan aku dulu dan aku ingin minta maaf….”

Saya merenung wajahnya yang masih lagi comel seperti dulu. Raut wajahnya ada sedikit kekesalan. Dengan lembut saya memberitahu kepadanya, dia tidak sepatutnya mengungkit kisah lama. Tanyakan tentang kisah silam. Derita atau tidak yang penting lelaki itu telah cuba untuk mengubati lukanya dan ternyata lelaki itu berjaya.

” Dia bagitahu aku, masa aku tinggalkan dia dahulu dia merana. Dia tidak dapat bekerja dengan baik sehingga dia dibuang kerja. Dia tidak dapat jalani kehidupannya dengan tenang kerana kemana sahaja dia pergi kenangan aku dengan dia mesti ada. Aku yakin dia tidak menipu kerana adiknya juga menceritakan pekara yang sama. Aku ada ‘PM’ adiknya kerana aku ingin dia sampaikan salam kemaafan aku kepada ibu dan ayahnya, aku hadir dalam keluarganya tanpa salam dan keluar juga tanpa sepatah kata setelah mereka sekeluarga mula sayangkan aku. Syukur sangat kerana ibu dan ayah dia telah lama maafkan aku. Mereka menjemput aku kerumahnya jika ada kelapangan ”

Ceritanya bersungguh-sungguh dan berharap saya mengerti akan perasaannya. Apa yang saya mampu, hanya tersenyum walau ada beberapa perkara yang saya tidak setuju.

” Aku fikir, bila aku dah minta maaf dengan dia semuanya akan ‘ok’ dan aku akan rasa lega… Tapi ‘beb’ lain pulak jadinya. Kalau sehari aku tidak ‘whatsapp’ dengan dia… Tidak dengar suara dia, aku akan rindu… Sama seperti dulu….”

‘Nah!!’ Apa yang saya fikirkan telah pun berlaku. Cinta lama telah berputik kembali kerana saya kenal benar kawan saya yang satu ini. Ada air jernih menitis dipipi kawan saya. Saya tahu ianya sakit. Bermain dengan perasaan bukannya sesuatu yang mudah. Mereka bertemu disatu saat dimana kawan saya ini amat memerlukan teman kerana baru sahaja putus tunang. Sayalah yang menjadi mangsa temankan dia kemana sahaja, ‘roommate’ dia yang paling dia percaya. Saya juga suka berkawan dengan dia, dia seorang yang baik hati dan susah senang saya dia sentiasa ada.

Waktu dia keluar bersama teman lelakinya itu, saya juga akan turut diajak bersama walau kemana sahaja mereka pergi. Saya tahu lelaki itu amat menyayangi kawan saya ini. Pernah disatu ketika kawan saya ini demam panas. Lelaki itu sanggup memandu hampir 300 KM di malam hari semata-mata untuk membawa kawan saya ini ke klinik sedangkan saya sendiri boleh tolong membawanya ke klinik. Pernah juga saya hampir pengsan bila keluar daripada bilik, melihat ada satu lembaga hitam duduk di hujung kepala kawan saya yang sedang tidur di sofa ruang tamu, lembaga itu mengipas-ngipas kepala kawan saya dengan kertas.

Rupanya dia yang sedang kipaskan kepala kawan saya kerana waktu itu elektrik terputus dan kami kepanasan di dalam gelap. Mujurlah pintu rumah terbuka dan cahaya lampu jalan masuk keruang tamu rumah kami, dan kerana itu juga dia sanggup memandu berbatu-batu jauhnya. Untuk dijadikan cerita disebabkan hal itu, kawan saya ini telah diminta keluar daripada rumah dengan cara yang baik oleh senior yang sama-sama menginap disitu, kerana telah melanggar peraturan sewa dengan membawa lelaki masuk kedalam rumah. Sedangkan saya tahu, itu bukan seperti yang mereka fikirkan.

Teman lelakinya itu membawa kawan saya ini menginap di hotel sementara mencari bilik sewa yang baru. Oleh kerana saya kasihankan dia, saya dengan rela hati sanggup temankan dia tidur di hotel memandangkan cuti masih berbaki 2 minggu.

” Aku tak sangka dia masih menuntut janji aku pada dia untuk hidup bersama. Aku telah terangkan padanya aku sudah ada suami dan anak-anak, malah dia juga sudah punyai keluarga. Aku serba salah…”

Kawan saya bersuara setelah agak lama membisu. Mungkin dia juga seperti saya cuba mengimbau kembali kenangan bersama lelaki itu.

” Dia nak berjumpa dengan aku… Berdua…! Tanpa suami aku dan isterinya. Katanya banyak benda yang dia ingin cerita padaku. Apa harus aku buat…?”

Sambungnya lagi. Kalau saya ditempat dia, saya juga akan serba salah seperti ini. Nampak memang agak mudah. Namun bagi sesiapa yang pernah alami situasi bergini ianya memang perit. Seorang yang pernah kita sayang, kita cintai, hampir gila kerana cuba untuk melupakannya, siang malam pagi petang tidak jemu berdoa agar segalanya kembali ‘ok’ seperti biasa dan setelah berjaya, dia hadir kembali dalam keadaan yang sama tetapi situasi yang berbeza kerana masing-masing telahpun ‘diikat mati’!!

Saya menasihati kawan saya itu supaya lupakan lelaki itu. Berhenti daripada terus menerus menghubunginya. Kerana ia akan mendatangkan keburukkan dalam rumahtangga mereka berdua.

” Aku masih ingat beb, masa dia bawa aku berjumpa dengan isterinya. Sumpah demi tuhan kalau aku tahu dia suami orang, tak akan aku terima cintanya, tidak akan sesekali cuba untuk mengenali dia!!”

Benar, kejadian itu berlaku dihadapan mata saya dan semuanya bermula disitu. Waktu itu lelaki itu hanya meminta kami mengikutnya ke pantai timur untuk berjumpa dengan orang tuanya. Niat dia hanya untuk memperkenalkan kawan saya dengan orang tuanya. Setibanya kami di rumahnya, ramai orang sedang menunggu dan di satu sudut ada seorang perempuan menangis sambil memeluk seorang bayi lelaki. Bila dia nampak lelaki itu, lantas dia belari dan memeluk lelaki itu sambil berkata…

“Sampai hati abang…!”
Berulang-ulang dan lelaki itu hanya membatu. Seorang wanita tua dalam lingkungan 50an menarik lembut tangan kawan saya supaya masuk kedalam rumah dan di jemput duduk.

” Awak tahu siapa perempuan tu…?”
Kawan saya menggeleng.
” Dia tak pernah cerita ke pada awak yang dia dah ada isteri dan anak…?”

Saya beristighfar panjang. Kawan saya juga menggeleng dan saya lihat wajahnya pucat seperti mayat. Dia menoleh pada saya dengan pandangan kosong, saya mengusap lembut belakangnya supaya bersabar dan bertenang…

” Jom beb…”
Dia menarik tangan saya, mengajak saya pergi. Saya akur sambil membantu dia bangun, dapat saya rasakan tubuh badannya lesu tidak bermaya. Bila melihat kami melangkah keluar, lelaki itu melulu mengejar lalu melutut sambil memegang kaki kawan saya…

” Sayang… Tolong jangan pergi, abang mati kalau sayang pergi…”
Lelaki itu merayu sambil memegang kaki kawan saya sehingga kawan saya itu jatuh ‘terjelepuk’ di lantai. Hairannya tiada air mata dipipi sedangkan kawan saya itu memang berhati tisu. Saya melihat isteri lelaki itu melulu kearah kawan saya dan lelaki itu cuba menghalang. Saya fikir dia ingin mencederakan kawan saya rupa-rupanya tanggapan saya salah. Isterinya memeluk kawan saya erat lalu mengajak kawan saya masuk kebilik. Tinggallah saya diluar melihat lelaki itu dimarahi oleh orang tuanya.

” Aku fikir, bila aku pergi dia bahagia dengan isteri dia… Rupa-rupanya tidak… Berjodoh pula dengan orang lain… Aku tanya dia kenapa dia ceraikan isteri dia yang dulu…. Dia cakap isteri dia tidak sebulu dengan ibu. Selalu cari gaduh dengan ibu. Hal kecil pun dibesar-besarkan…”

Aku masih ingat, petang kejadian itu ibu dan ayah lelaki itu turut ada bersama. Aku tengok ibunya seorang yang baik. Terus memujuk isteri lelaki itu supaya bertenang dan sekaligus memujuk kawan saya supaya meninggalkan lelaki itu. Dia juga turut memarahi lelaki itu sambil menampar pipi teman lelaki kawan saya itu bertubi-tubi.

” Kamu laki bini tidak bagi ibu duit, tak apa. Isteri kamu tak nak balik rumah ibu sebab ibu susah pun tak apa. Ibu tak marah… Tapi kamu buat macamni pada isteri kamu, pada anak dara orang, ini ibu marah…!”
Bebel ibunya sambil menangis.

Malam itu kami bermalam di rumah ibunya dan dia di rumah isterinya. Ibunya menceritakan bahawa perkahwinan dia dan isterinya adalah pilihan keluarga, menunaikan janji orang yang telah tiada. Bukan kemahuan dia dan dia sebagai anak yang taat terpaksa menurut kerana tidak mahu mencemarkan air muka ibu dan ayahnya. Dalam masa kami berbual-bual kosong dia muncul dengan membawa beg besar.

” Saya dengan isteri dah jatuh talak satu bu… Kami ada perjanjian sebelum kahwin dan jika saya atau dia curang, akan jatuh talak satu dimana semua harta yang ada nama dia, saya tidak boleh tuntut termasuk anak saya bu… Saya fikir saya mampu miliki 2 wanita dalam hidup saya. Satu cinta hati saya dan kedua ibu kepada anak saya. Tak mengapa lah ibu, demi cinta hati saya… Saya lepaskan ibu kepada anak saya. Saya tahu ibu terlalu banyak makan hati dengan saya selama saya beristerikan dia. Saya jarang sekali balik rumah ibu walaupun jaraknya hanya ‘sekangkang kera’, jarang balik jenguk adik-adik, jarang bagi belanja pada ibu sedangkan saya tahu ibu amat memerlukan. Mungkin ini balasan tuhan buat saya kerana saya derhaka pada ibu…”
Dia menangis diriba ibunya meminta ampun.

” Bila dia kata dia dah becerai dengan isteri dia, aku jadi bingung. Sedangkan masa itu aku belum bersedia untuk berkahwin. Ibu dan ayah aku pun tidak tahu aku ada dia… Kau bayangkan ‘beb’, tiba-tiba ayah aku yang macam singa tu tahu aku dah runtuhkan masjid orang, apa dia akan buat…? Hampir setahun aku mengenali dia, sedikit pun aku tidak pernah bercerita tentang dia pada ibu dan ayah. Dua minggu kita tinggal dengan keluarga dia kan…? Ibu, ayah dan adik-adik dia terlalu baik dan ikhlas terima aku seadanya. Di sana aku solat penuh 5 waktu dan di sana jugalah aku mula bertudung, kekal hingga sekarang.”

Kawan saya kembali senyum. Mungkin ada kenangan yang mencuit hati dia. Saya turut tersenyum bila kenangkan kami habiskan cuti 2 minggu di pantai timur. Memang seronok kerana dapat mandi laut dan makan makanan laut yang ‘fresh’. Dua minggu berlalu dengan cepat sekali. Kami minta diri dan berjanji akan datang lagi.

” Aku tak mahu ambil risiko beb. Aku takut balasan tuhan. Kifarah beb kifarah… Lepas ni aku tidak akan cari dia lagi dan hubungi dia lagi. Aku tidak sanggup runtuhkan rumah tangga dia lagi… Aku tidak mahu dia kehilangan segala-galanya kerana aku. Isteri dia dulu sanggup bagi aku apa sahaja jika aku terimanya sebagai madu, tapi wanita mana yang sanggup berkongsi. Aku tolak… Aku minta sedikit ruang dan waktu dari isterinya untuk aku lupakan suaminya dan aku berjanji akan undur diri. Lagipun aku tidak sanggup tengok dia hari-hari menatap gambar anaknya. Dia menangis dan merintih rindukan anaknya yang sering dipeluk, didukung dan dimanja setiap hari. Cukup la 2 minggu aku bersamanya, sekurang-kurangnya aku ada simpan kenangan sebelum aku pergi…”

Saya dapat rasakan betapa susahnya untuk dia pasrah dan redha setelah membuat keputusan… Lama juga saya melihat dia cuba untuk menjalani hidup seperti biasa. Dia berhenti belajar ditempat lama dan mohon di tempat yang baru walaupun teruk dimarahi orang tuanya. Dia menukar nombor telefon dan kadang-kadang saya lihat dia seolah-olah sedang bergurau senda dengan seseorang di dalam talian sedangkan tiada siapa yang dihubungi dan menghubunginya. Lalu saya peluk dia dan minta dia mengingati tuhan. Kadang kala saya melihat dia tersedu sedan ketika sujud terakhir. Saya tahu apa yang dia doakan. Ada juga sekali dua lelaki itu datang ketempat saya belajar. Datang membawa isteri dan anaknya. Mencari kawan saya. Tapi saya maklumkan bahawa dia telah berhenti belajar dan telah pulang ke kampung. Saya rahsiakan dimana kampung kawan saya dengan mengatakan dia pulang ke Sarawak, menipu sunat saya waktu itu. Namun disebalik itu saya bersyukur kerana dia telah rujuk dengan isterinya kembali.

” Kau tahu kan, bila kau bagitahu dia dah rujuk dengan isteri dia, aku gembira sangat walaupun susahnya untuk aku terima… Sampai aku pergi jumpa bomoh siam untuk jampi supaya aku lupakan dia…”

Kawan saya ketawa. Memang lucu situasi itu. Seram bila melihat bomoh siam itu menjampi serapah dan akhirnya kawan saya muntah hijau kerana tidak tahan disembur air sireh yang dikunyah melalui mulut oleh bomoh siam itu.

” Sekarang, aku dah bahagia. Aku dah ada anak dan suami yang menyayangi aku sepenuh jiwa. Aku lega dapat luahkan segalanya pada kau. Sekarang aku dah fikir masak-masak. Aku akan ‘PM’ dia minta dia lupakan aku demi kebahagiaan dia dan aku…”

Thanks god kerana kawan saya ini masih waras. Saya harap tiada lagi wanita diluar sana yang cuba-cuba untuk berkawan dengan bekas kekasih lama sekiranya hati tidak cukup kental, kerana ‘ada sesetengah sampah masih boleh dikitar semula…’

(“KEKASIH LAMA” Merupakan kisah benar yang dilalui oleh seorang sahabat kepada penulis itu sendiri…)

*Confession ini telah dihantar oleh penulis asal iaitu ‘Cik Puan Ammy’ kepada pihak IIUM Confessions.

– Cik Puan Ammy

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *