Kekasih Lama Aku

Mohon sangat admin approve post ni. Sebab tengah serabut.

Aku dah kerja sebagai HO di sebuah hospital, sekarang bertugas di bahagian obs gynae.

Aku ada masalah sekarang ni. Haritu aku ada sambut kelahiran baby. Tau tak sape yang aku sambut? Anak ex aku!!

Aku terkejut sebab setahu aku dia susah nak mengandung. Aku tahu pasal masalah ni mase study persediaan nak pi oversea dulu.

Kitorang couple sejak form 4. Then same2 dapat straight A spm n dapat tawaran oversea.

Sejak sekolah dia memang senggugut dahsyat sikit. Tapi aku terkejut waktu kat A-level dulu dia confess yang dia memang susah nak mengandung sebab ada masalah.

Fikir punya fikir, bincang punya bincang dengan kawan2 n parents, aku decide untuk clash. Yelah, sape tak nak zuriat kan.

Lepas A-level. Aku pi ireland, dia pi india. Aku langsung putus hubungan dengan dia.

Kat ireland aku jumpa wife aku n kitorang kahwin waktu 3rd year.

Setahun sebelum tu aku ada dengar dari kawan aku yang ex aku ni dah kahwin waktu 2nd year. Tapi aku tak amik port sangat, sebab dah clash kan.

Masalah timbul bila wife aku tak berisi sampailah sekarang. Dah hampir 5 tahun kahwin weh!

Wife aku layan baik je, pandai masak. Tapi tak mengandung sampai sekarang! Dah jumpa doktor pakar n kitorang takde masalah pun.

Berbalik kepada kisah sambut baby tadi tu. Aku terkejut bila tengok kad merah dia tulis G3P2!! Maksudnya tu kandungan ke 3.

Waktu sambut baby tu n waktu repair episiotomy, aku rasa dia cantik sangat.

Mula-mula dia tak nak aku sambut, tapi waktu tu aku sorang je HO muslim yang bertugas. Suami dia pulak lebih prefer HO berbanding misi. So aku pun sambutlah baby dia.

Lepas beranak, n waktu suami dia dah keluar, aku tanya dia, macam mana boleh pregnant. Dia kata dia pun terkejut. Rezeki kot katanya. Dah 3 orang kot anaknya!

Macam mane ni. Sekarang aku asyik teringat kat ex aku. Angau dah. Mandi tak basah, makan tak kenyang.

Pada masa yang sama aku kesian kat wife aku. Cuma tulah, sampai sekarang tak berisi. Huhu.

Jahat kah aku? N ada possibility tak yang ex aku ada buat guna2 kat aku?

– dilema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ni bkn soal ubat guna2 dr Ex u.. tp setan dh pasang guna2 utk u bercita-cita, bernafsu kepada benda brdosa besar, berminat dgn wanita yg bersuami, nampak wanita melahirkan pun sangat cantik.. Saya rasa u ni dh terkena bala dr Allah, sbb u tak percaya qada n qadar.. hanya pd kata2 n asbab kesihatan, u meramal ex u xkn dpt mengandung.. bwa bertaubat la bro, solat taubat la dgn sbenar2 taubat.. kna percaya n yakin dgn kuasa Allah, sedangkan nabi zakaria n nabi ibrahim pun pernah diuji xda zuriat sehingga usia tua.. mohon maaf kpd ex n suami ex atas sgala kekhilafan (jgn nyatakn pula sbb kekhilafan karang dpt penumbuk) .. mohon mereka doakn u n wife beroleh zuriat soleh solehah.. kita x pernah tau mgkn ni jg kifarah atas u sbb clash dgn ex yg kita tak tahu sedalam mana kecewanya, sakit hatinya dia pd u sbb clash atas sbb risau xkn ada zuriat dgn dia.. korang pun bercinta bkn sekejap, mgkn ada pngorbanan yg dia buat pd u yg dia belum halalkn n maafkn.. sekian, gud luck bro..

  2. Bro, kalau ex bro taknak bro sambut baby dia, apsal dia nak pasang guna2 dekat bro. Takde sapa nak kat bro, bro je perasan lebih.

  3. Sedar la encik awal tu ada isteri ,Dan ex awak pon dah bersuami anak 3 pulak .dosa besar nak dekat isteri orang … beristigfar la kadang orang sengugut teruk dah Allah cakap dia ada rezeki anak adalah macam kawan saya pon macamtu sengugut punya teruk tapi okay je ada anak dah 2 sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *