Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah saya ini.
Tujuan saya menulis penulisan ini kerana hanya ingin mendapat pandangan anda semua berkenaan gadis yang saya cintai.
Saya ada bercinta dengan seorang gadis. Saya berjumpa dengan dia di satu majlis perkahwinan kawan kami.
Dia sangat sopan dari segi pemakaian, tutur kata, hormat orang tua dan pekerjaan beliau juga stabil.
Saya bercinta dengan beliau hampir 2 tahun. Kami LDR relationship.
Kami berjumpa 2 minggu sekali dan kami juga pernah berjumpa parent masing2 dan dua dua pihak tidak halang dengan percintaan kami.
Ingin dijadikan cerita.. Saya ingin melamar beliau kerana umur kami dah lewat 20an dan relationship kami pon sudah lama.
Waktu saya nak propose dia, dia akhirnya mengaku dekat saya yang dia merupakan gadis yang suka minum, suka pergi ke kelab malam setiap minggu untuk minum dengan kawan2 dia.
Remuk hati saya bila saya dapat tahu semua ini.
Dia merupakan first love bagi saya. Saya tidak pernah bercinta dengan mana2 gadis sebelum ini.
Dia terus terang dekat saya sebab dia tak nak saya tahu dari orang lain.
Dia juga beritahu semua ini supaya tidak mahu ada krisis selepas kahwin.
Saya selalu tanya dia, boleh tak berhenti dari minum minuman keras ini.
Jawapan dia membuatkan saya berfikir panjang.
Dia beritahu dia masih belum boleh berhenti dari minum minuman keras sebab bagi dia itu merupakan therapy untuk dia.
Dia hanya akan berhenti bila dia dah bersedia.
Lepas dia terus terang dekat saya, setiap kali dia pergi minum, dia akan bagi gambar dekat saya.
Dia hanya cakap dia minum sahaja dengan kawan2 dia dan terus balik selepas minum.
Dia dan kawan dia akan pergi menaiki grab ke tempat tersebut sebab tak nak orang lain tahu takut kantoi jika menaiki kenderaan mereka.
Dia juga pernah cakap dekat saya yang dia hanya akan free hair jika pergi ke tempat tu.
Saya pernah nasihat dia untuk tinggal semua itu dan nasihat saya langsung dia tak nak dengar.
Saya dan dia tidak pernah ada konflik yang serius sebelum ini. Jika ada pon hanya gaduh kecil2 sahaja dan kami berjaya selesaikan pada hari yang sama juga.
Cuma bila dia terus terang tentang habit dia suka minum ni membuatkan hati saya remuk sangat sedangkan saya sangat sayang dekat dia.
Saya ingin tanya pendapat semua, perlukah saya teruskan hubungan ini dan bagi peluang untuk beliau berubah atau putuskan sahaja hubungan ini?
Perit jika difikirkan..
– Him ( bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Berat tapi meninggalkan itu lebih baik bro.
Orang boleh bertaubat, tapi mencari ibu yang baik bagi anak2 mu itu lebih baik bagi mu.
Tinggalkan dia… Serius answer dari lelaki ke lelaki. Tinggalkan.
Benar. Sekarang pun sudah remuk, nanti selepas kahwin, lagi berkecai.