Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua!
Dah ada azam tahun baru ke? Hmm, susah jugak kalau nak cerita pasal azam tahun baru ni. Ye lah, azam tahun 2018 aku pun suam suam kuku je, aku pun tak pasti azam tahun lepas aku dah tercapai atau tidak. Mungkin aku dah letak azam pada awal tahun, tapi sebab tak konsisten aku jadi lupa…haha
So, apa azam korang pada 2019? nak kawin? nak beli rumah? nak target cgpa tinggi? beli kereta? jadi kaya raya? nak tambah anak? hmm, kalau cerita bab azam ni mesti ada 2 perkara yang berkait. Pertama adalah kekayaan dan yang kedua adalah masa.
Saban tahun mesti ada benda yang kita target nak capai betul tak? paling kurang pun ada lah jugak hasrat atau desire untuk sesuatu kan? secara majoriti dari perhatian aku ramai yang cuba keluar dari apa yang aku sifatkan sebagai ‘pergelutan kewangan’. Iaitu satu keadaan di mana tiap2 bulan kita kena fikir tentang status kewangan kita samada cukup atau tidak selepas pembayaran bil, hutang dan jumlah belanja. Baki kewangan yang tersisa samada disimpan atau dibelanjakan untuk manjakan desire kita seperti beli baju, hp dan lain2.
Namun, ‘pergelutan kewangan’ saban tahun tetap kita perlu hadapi, dan tak mustahil untuk dikatakan majoriti kita bergelut dengan wang sampai akhir ajal. Hmm bunyi agak menyedihkan. Aku selalu terfikir jugak kenapa kita dilahirkan, bila dah besar sikit pergi sekolah hingga dewasa kena pergi kerja cari duit sampai ke hari tua menunggu masa untuk meninggal. Kitaran hidup yang lazim dalam masa sama agak zalim. Pergelutan wang juga adalah lazim untuk semua manusia dan bersifat zalim juga.
So kenapa aku sifatkan pergelutan kewangan sebagai zalim? jawabannya adalah sebab pergelutan kewangan memakan hampir seumur hidup aku dan juga manusia lain. Seperti kitaran hidup aku sebutkan tadi, aku nampak manusia ni hidup umpama produk yang dikeluarkan dari kilang. Seperti produk keluaran kilang, kita semua ada expired date!!(jangan kecewa dengan kenyataan aku).
Dari apa yang aku perhatikan soal hidup manusia macam ni, aku mula untuk fikir ke kuar kotak. Aku fikirkan bagaimana nak jadikan hidup aku jangan seperti produk keluaran kilang. Yang dilahirkan, kemudian bergelut dengan wang sampai akhir hayat, proses terakhir adalah liang lahad. Aku memberontak supaya aku tak nak hidup aku dihabiskan dengan pergelutan wang.
Aku tahu, mungkin akan ada yang sindir dan menganggap kenyataan aku macam orang bodoh. Tak pun lebih kurang ada la juga suara yang bertanya ‘kalau kau tak cari duit kau nak makan apa?’. Well, mungkin bagi yang masih belum cerna dengan apa yang aku nak sampaikan. Aku punya concern adalah ‘mengapa kita perlu gunakan sebahagian besar dalam hidup kita untuk cari duit?’. So concern nya apa kat sini? kalau tak dapat juga aku sebut je lah! concern nya adalah MASA!!
Ya! MASA! Masa itu emas! Bahkan lebih nilai nya dari emas, belian, permata dan LEBIH BERNILAI berbanding jumlah wang hasil kerja seumur hidup kita. Sebab tak kira berapa banyak nilai wang, samada ribuan, jutaan, billion, million, trillion, katakan berapa banyak sekalipun, SATU SAAT pun tak akan mampu untuk kita beli!!! Sebab tu lah Quran sebut, DEMI MASA MANUSIA BERADA DALAM KEADAAN RUGI.
Memang benar apa disebut yang menurut Quran. Cuba kita reflek balik sepanjang hidup kita apa yang paling banyak dibelanjakan? Kekayaan atau Masa? Jika yang dijawab adalah Kekayaan dan Wang yang paling banyak dibelanjakan, bererti kita tidak faham value masa. Sebab yang selalu kita abaikan dan lupakan adalah sebenarnya kita banyak belanjakan MASA untuk mencari kekayaan. Sedangkan MASA adalah aset yang diperuntukkan bagi manusia untuk memperoleh kehidupan.
Jadi apabila manusia membelanjakan habis habisan masanya untuk kekayaan, ya memang benar kita boleh memperoleh kekayaan, tetapi kita dah banyak tinggalkan kehidupan sebab masa banyak dihabiskan pada waktu kerja.
Mungkin sebab tu tak hairan sangat zaman sekarang ramai yang mengaku lebih suka bekerja sendiri, tak pun di beberapa negara sedang cuba apply kan masa bekerja yang lebih singkat kepada 5 jam sehari berbanding 6 jam, dan 5 hari bekerja. Ini lah yang disebutkan sebagai work-life balance. Manusia zaman modern memang terdesak untuk mendapatkan work-life balance ni.
Pada pendapat aku, solusi untuk masalah work-life balance ni boleh dibuat dengan polisi mengurangkan masa dan hari bekerja. Aku tak fikir pun orang yang bekerja 8 jam ke 12 jam sehari tu orang rajin. Pada aku itu sama je macam nak jadikan kita robot, yang akhirnya jadikan kita tidak berjiwa dan hidup, stress dan membosankan.
Solusi kedua adalah fahamkan delusi kehidupan. Delusi kehidupan contohnya kau nampak kawanb kau beli kereta baru, kemudian kau pun nak. Padahal yang kau nampak tu kereta, yang kau hampir butakan itu HUTANG. Bila kau dah faham delusi kehidupan barulah kau nampak HUTANG dulu kemudian baru nampak kereta, hehe..
Okaylah, sekian saja celoteh aku tentang kekayaan dan masa yang banyak main peranan dalam hidup kita. So, aku nasihatkan value lah masa korang masing2. Kerana dengan masa lah kita beli kehidupan. Sekian dari aku!
– Yus
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit