Hai. Terima kasih admin kalau post cerita aku n please, hide fb acc aku. Aku bukan student UIA, aku pelajar kolej di shah Alam n aku sorang perempuan. Apa yang aku post hari ni, aku harap dapat bagi pengajaran pada semua bapa, ibu, kat luar sana tu.
Aku ada sorang ayah yang aku panggil bapak. Keluarga aku ni bukan lah keluarga yang mewah pun, tapi cukup lah makan pakai tu. Kita,manusia memang susah nak ingat zaman kecil kan, tapi aku ada memori zaman kecil aku yang aku seriously ingat. Sampai besar pun sebenarnya benda ni berlaku. To make the story short, bapak aku ni memang kaki pukul. Masa aku kecil dulu, buat salah sikit pun terus makan penampar lah jawabnya aku ni. Aku pulak jenis budak kecil yang buas, tak reti duduk diam. Aku rasa normal lah tu, budak-budak suka lari-lari.
Bila jatuh, (hello, jatuh kot!!) bapak aku mesti pukul aku. Aku serious tak faham, aku jatuh, tolong lah angkat aku ! Ni tak, tengking, pukul pulak. Pernah sekali tu (masa tu aku dah besar) aku terjumpa gambar zaman aku kecik2. dalam gambar tu aku tengah nangis, n adik ngan Kakak aku happy je muka masing2 tgh ambik gambar. Bila aku tanya mak aku, “kenapa orang nangis ni umi ?” mak aku cakap, masa tu aku baru lepas kena pukul ngan bapak aku.
Aku sumpah tak boleh brain, bapak aku ambik gambar aku nangis lepas pukul aku ?Serious ah ??? Aku tak de pun rasa macam ‘alolo sweetnya nangis’.. tapi hati aku ni jadi lagi keras. sbenarnya, sampai aku sekolah rendah pun bapak aku pukul aku. Sampai sekarang pulak aku rasa berdendam dengan bapak aku sbb guna kekerasan nak disiplinkan aku dulu (adik-beradik aku yang lain pun sama).
Orang mmg cakap, aku patut b’terima kasih kat bapak aku, sbb tegas didik anak-anak, sampai berjaya .(kakak aku under scholarship belajar kat UK, aku in shaa Allah, akan ke luar negara 2018 ni) Aku pun pernah memberontak kat ayah aku atas sebab yang aku tak ingat”dulu masa kecik2 bapak suka pukul orang”. Bapak aku punya modal, sama je, “Bapak nak disiplinkan kau, supaya berjaya sampai tahap ni”.
Memang, aku berjaya sampai tahap yang dia kata berjaya ni. Cuma hati aku ni sakit tau.
Sampai sekarang aku tak de rasa secured seorang anak perempuan patut rasa bila dia masih ada ayah. Atas didikan yang penuh kekasaran masa kecil dulu, aku jadi kasar tau sekarang ni. aku memang susah gila nak buat Kawan. orang tak nak Kawan ngan aku sebab aku ni kasar, tak lembut mcm perempuan lain. Aku jadi mcm ni sebab defense mechanism aku tinggi, aku tak nak orang sakit kan aku lagi. Aku tak de abang yang boleh protect aku. Nasib baik aku ada adik lelaki yang cepat matang, walaupun baru 12y/o, dia memang jaga aku. kalau ada tetamu lelaki datang rumah, dia tak bagi aku keluar melainkan kalau aku dah pakai tudung dulu. And umi lah tempat aku mengadu dan banyak menyabarkan aku, banyak pula bersabar dengan bapak.
Aku bukan bertujuan nak burukkan ayah aku ( kalau nak burukkan, boleh je aku bgtau nama dia kan) cuma aku nak highlight kat ayah2 kat luar tu. JANGAN sesekali guna kekarasan nak didik anak kau, terutamanya ayah2 muda yang duit pun cukup2 makan je, stress dia memang lagi besar. tapi anak kau adalah pelaburan jangka panjang kau(sampai mati). Kau tak boleh disiplinkan dia dalam jangka pendek je,kena ada kesabaran dan ketekunan. jangan sampai anak2 kau hilang kepercayaan kat kau sebab once anak kau tak percaya kau, aku rasa tu lah kegagalan terbesar dalam hidup kau. pada ayah yang dah amalkan pukul2 anak tu, berhenti sekarang dan cuba bawak bersabar banyak2.
Nature orang perempuan, kena dijaga dan dilindungi. Tanggungjawab besar untuk jaga orang perempuan pulak jatuh pada lelaki, sebab perempuan pun diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Aku menentang sekerasnya mak ayah yang guna kekerasan didik anak, sbb anak tu yang kau kandung brbulan-bulan, anak tu yang kau azan/iqamatkan(benda yang aku rasa sepatutnya menjadi perkara terindah dalam hidup sorang lelaki), tak kan kau nak senang2 je hancurkan dia sebab sifat natural seorang kanak-kanak, iaitu nakal.
p.s: anak lelaki juga perlukan perhatian yang sama mcm mana anak perempuan perlukan.
– the bruised one
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit