Sebelum ni saya pernah meluahkan kisah saya yang bercinta dengan suami orang, (https://iiumc.com/bercinta-dengan-suami-orang-5/).
Kini kisah saya itu menjadi mimpi yang akan terus menghantui saya.
Saya dalam kekesalan yang tiada noktahnya even yang terjadi adalah kisah sebelum saya berkahwin dan terjadi hingga diawal perkhawinan,
Dan akhirnya saya memutuskan untuk tidak lagi berkait dengan suami orang, kerana saya memikirkan rumah tangga saya.
Tapi bila suami tahu hilang segala kepercayaannya terhadap isteri yang dia sayangi ini. Tapi inilah yang terjadi.
Kesilapan seorang isteri macam saya ni. Bila niat untuk membantu juga disalah ertikan kerana kesilapan yang pernah dilakukan.
Sehinggakan suami saya menjadi seorang berbeza. Mungkin dia harapkan saya menjadi seperti orang lain.
Melayani suami sebagaimana yang sepatutnya seorang suami itu dapat. Betul dia pernah kata pada saya “Aku ni apa? Kawan kau ker??”
Bukan cara saya tapi saya jadi sebegitu kerana perubahan sikap saya sendiri.
Dulu dia tegas pada saya sebelum berkahwin bila berkahwin saya jadi seolah mengubah sikap saya kerana sikap dia yang sebelumnya.
Perasaan cinta dan sayang itu makin kuat. Tapi saya silap yang suami masih tetap dengan pendirian nya sekali lagi saya melakukan kesilapan mungkin tiada lagi kemaafan darinya.
Dan mungkin takdir saya dan suami akan berakhir. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.
Kecurangan itu pilihan. Tapi kerana kesilapan itu laa mengubah seseorang itu, dari segalanya.
Beringat sebelum membuat sesuatu itu. Yang tidak penting dijauhkan dan jangan sesekali mendekati.
Sama ada isteri/suami orang. Penyesalan saya kini menjadi mimpi yang sentiasa menghantui saya.
Betul lelaki sekali sakit selama dia akan sakit. Saya cuma mampu berdoa supaya Allah bantu saya dalam rumahtangga saya ni yang semakin tipis.
Saya buntu sebab kata-kata saya bukan lagi tiket untuk selamatkan rumahtangga saya. Saya terdiam seribu bahasa bila saat suami membuat status “peluang terakhir”.
Maknanya apa? Saya tahu suami juga penat untuk mempertahankan rumahtangga ini walaupun kami baru lagi.
Tapi saya ini semua berpunca dari saya. Perempuan belajar laa menghargai pengorbanan lelaki yang sanggup bersusah payah untuk menghalalkan,
Dan satu lagi kita tak tahu seberapa lama kita boleh bersama dia, sekiranya takdir kita boleh bersama dengannya itu sehingga Allah menjemput kita atau pun Allah menjemputnya dulu sebelum kita, takkan ada yang tahu takdir kita.
Inilah kesilapan saya yang jadikan kekesalan saya selama ini. Semoga jadikan iktibar dan saya berharap yang saya dapat tebus semuanya dengan bantuan ALLAH SWT.
Hanya doa saja yang mampu untuk saya saat ini. Perit jerih seorang lelaki demi wanita yang dicintai jangan pernah dikhianati.
Kerana sakitnya kita tidak tahu. Sekiranya kita disakiti itu adalah dari kita sendiri.
Muhasabah sebelum kita mempersalahkan orang lain
– Ayra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit