Kekok

Assalamualaikum semua. Aku ucapkan terima kasih in advance kalau cerita aku disiarkan. And terima kasih kpd yg sudi membaca. Nama aku hana. Umur 18 tahun. Anak bongsu dari 3 adik beradik. Ada 2 orang abang yang masih belajar di universiti awam. Kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah berkaitan keluarga tapi ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, sekadar ingin berkongsi rasa.

Kisahnye begini. Keluarga aku boleh dikatakan okay sahaja. Tak ada masalah besar pon. Cuma krisis sekali sekala tu perkara biasa. Masalah yang aku hadapi ialah aku rasa kekok dengan bapa sendiri. Ayah aku seorang yg panas baran. Dan kerana sikapnya itulah, aku dan abang2 tidak rapat dengan dia. Pantang salah sedikit, pasti dihamburnya. Walaupun tersalah cakap or tersasul, benda tu pon boleh naikkan kemarahannya. Ibu juga sering menjadi mangsa amukan ayah.Oleh sebab itu, aku lagi banyak berdiam bila dia ada bersama.

Masih aku ingat, waktu tu musim raya. Ayah mengajak kami beraya, tapi aku cakap aku nak buat kerja sekolah. Tanpa aku duga, ayah memarahiku dan berkata “waktu sekolah tadi kenapa tak nak buat”. Aku hanya mampu diam. Di sekolah, tempat belajar, bukan untuk buat kerja sekolah. Aku cuma mampu berbisik dlm hati. Kemudian ayah terus meninggikan suara kepada aku, “abistu bila nak siap” dengan muka yang bengis. Sumpah aku takut ketika itu, untuk sedapkan hatinya, aku cakap yang kerja sekolah aku dah nak siap. Lepastu baru dia nampak okay sikit

Mungkin ada orang yg akn cakap, aku ni mengada. Baru kena marah sikit, dah sentap. Tapi aku nak bagitahu, aku tak kisah kalau dimarah atas sebab yg munasabah. Tapi kalau kau dimarah hanya sebab buat kerja sekolah and taknak ikut beraya, apa perasaan kau?tapi bila tiba time periksa, pandai pula ayah suruh dapat keputusan cemerlang. Pastu, waktu ni musim raya jugak. Aku darjah 6 and kebetulan aku tgh duduki upsr. Malam2 aku study subjek sains yang aku lemah since esok periksa, tapi ayah suruh aku ikut beraya. Aku cakap dengan baik, nak study tapi macam biasalah ayh pantang orang lawan cakap dia. So aku pon ikut jelah pergi beraya. Sebab ayah aku ni jenis yg nak aku selalu ikut diorang. Tak suka aku tinggal rumah walaupun ada abang2 aku yang boleh jaga. Aku sedih sangat, kawan2 aku pergi study, aku sibuk beraya. Sampaikan waktu raya rumah kawan ayah aku tu, orang tu siap tanya, “eh bkn esk periksa ke.” dia terkejut tengok aku boleh pulak pergi beraya waktu ni. Aku senyum je, malas nk cakap apa.

Kami adik beradik memang tak rapat dengan ayah. Kalau ada masalah kami cerita dengan ibu. Pernah sekali ayah marah sebab motor abang rosak dekat u. Ayah bebel sebab cakap tak pandai jaga barang. Bagi duit suruh betulkan pon macam tak ikhlas. Tapi kalau family belah dia minta tolong boleh pulak bagi duit dengan rela hati. Aku ada sepupu tapi ayah dia dah meninggal. Arwah ayah dia dgn ayah aku adik beradik. Ayah aku selalu sgt tolong keluarga mereka, belikan belanja dapur, belanja makan, bawa jalan2, belikan baju. Aku terasa sangat, sebab aku nak mintak beli baju ganti yg dah buruk pon aku takut. Kalau nak beli barang2 peribadi pon aku guna duit sekolah. Malas nak meminta, mak aku pon tak kerja sbb ayah tak bagi.

Sepupu aku ni pulak rapat sangat dgn ayah aku. Aku yang anak ni pon nk bercakap dengan ayah jarang sangat. Sampaikan mak sepupu aku tu cakap, aku ni bisu ke sebab terlalu pendiam. Personaliti aku kalau ada ayh dengan tiada ayh jauh beza sangat. Kalau ayah ada, aku lebih banyak diam tapi kalau ayah takda, aku lah yg paling banyak cakap. Bukan aku sengaja jadi macam ni, persekitaran yg mempengaruhi sikap aku.aku cemburu tgk sepupu rapat dengan ayah. Tapi aku faham, diorang mesti rindu utk ada ayah. Aku pon tak kisah kalau nak kongsi kasih ayah dengan dioarang.Bila tengok kawan lain rapat dengan ayah masing2 aku selalu mengeluh kenapa bukan aku yang kat tempat diorang. Tapi siapa aku untuk mempersoalkan takdir. Sebabtu orang cakap, you can choose your friend, but never your family.

Aku tak tahu macam mana utk buat utk perbaiki hubungan aku dengan ayah. Segalanya terlalu kekok bila bersamanya. Aku selalu terfikir sampai bila agaknya hubungan kekok ni akan berterusan. Sampai aku kahwin? Sampai aku dah ada ank? Entahlah aku pon takda jawapan. Kalau ayah tak bersikap dingin dan panas baran, aku yakin, kami adik beradik pasti akn lebih rapat dengan dia. Sikapnya yang menjadikan aku dan abang2 bersikap begini. Lebih banyak diam bila bersamanya. Abang aku juga letih bila selalu dimarahi atas perkara2 yg aku rasa boleh dibawa berbincang.

Jadi pesanan aku, kepada bapa2 di luar sana, jangan terlalu tegas dan garang dengan anak. Kesannya bila besar anak2 akan jauh dari kita. Dan kepada korang yang ada hubungan baik dan rapat dengan ayah korang, bersyukurlah sbb tak semua orang rasa yg sama seperti korang. Kepada ayah, kami adik beradik tetap sayangkan ayah , cuma kami berharap ayah berubah dan buang sikap panas baran dalam diri. Insyaallah kalau ia dapat dibuang, rasa kekok antara kami dengan ayah pon dpt dibuang.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *