Salam. Terima kasih admin sebab approve confession ni.
Saya seorang perempuan yang mengalami social phobia bermula berbelas tahun dulu. Saya sudah berkahwin dan ber-anak dua. Saya akui social phobia ini mempengaruhi setiap keputusan yang saya ambil dalam hidup, termasuk memilih pasangan dan kerjaya.
Saya tak ingat apa titik tolak yang menjadikan saya begini. Mungkin sebab ikut family atau kejadian tertentu. Saya jadi pelupa sebab terlalu banyak ketakutan dalam kepala.
Masa beraya di rumah mak sendiri baru-baru ni, saya perasan yang mak dan semua adik-beradik saya jenis yang ‘melarikan diri’ daripada tetamu. Asal orang datang saja, pergi salam, lepas tu menyorok di dapur, buat-buat sibuk prepare makanan.
Sampai tetamu balik pun kau prepare makanan, siapa nak layan tetamu? (Akuuu jugak.) Walaupun ada yang jenis extrovert: ada yang kerja mengajar atau di bahagian sales, family saya ni socially awkward.
Masa di universiti dulu prestasi saya merudum terutamanya bila saya seorang saja perempuan melayu dalam kelas yang penuh dengan lelaki. Course itu perlu kepada banyak teamwork, tapi saya akan jadi ahli tersisa. Yakni orang yang akan grouping dengan entah siapa-siapa yang tak ada group lagi. Bila saya duduk, satu row kerusi akan kosong. Orang ingat saya tak bertegur sapa sebab jaga ikhtilat. Sedangkan saya takut nak tegur orang.
Tapi dengan itu saya menjadi gadis suci murni sampailah berkahwin kerana terpelihara daripada ikhtilat ha ha. Dan social phobia ni menyebabkan saya jauh daripada aktiviti couple dan segala relationship kerana saya takut dengan judgement mereka.
Saya juga cukup susah nak call mak saya sendiri padahal hari-hari ingat kat mak. Bila nak call orang, kepala buat macam-macam alasan. Kata akan ganggu orang tu la, timing tak sesuailah. Last last tak call. Kalau ada misscall jangan harap saya akan call balik. Alasannya, kalau betul penting, orang tu akan call semula. Itu pun akan berpeluh-peluh dulu sebelum angkat call. Sekarang ni suami yang jadi tukang berleter kalau tak call mak. Mak, saya sayang mak sangat. Tapi saya betul-betul struggle bila nak call mak.
Dengan anak pun sama. Biasalah anak kecil kalau nak tidur mesti nak himpit mak dia kiri kanan. Saya akan rasa lemas dan tak boleh bernafas walaupun hidung besar. Lepas anak tidur walaupun space luas lagi, saya akan ubah tidur di tempat yang nampak lebih ‘luas’ seperti di bahagian kaki.
Habis tu, macam mana saya kahwin? Pilih calon suami? Haa.. memang complicated kisahnya. Diringkaskan, saya jatuh hati pada seorang kawan yang belajar kat oversea. Saya confess secara hint, dia lamar saya, tunang, nikah. Taaruf gitu-gitu saja. Jumpa pun masa hari bertunang saja. Alhamdulillah bahagia walau tak perlu bercintun dulu. Sebab social phobia ha ha.
Saya selalu fikir benda yang tak perlu. Kalau jumpa orang kat luar dan berinteraksi 10 saat, saya akan recall balik reaksi saya. Sepanjang hari saya akan judge diri sendiri. Aku patutnya cakap begini lebih baik. Aku patutnya senyum. Aku rasa dia mesti kata aku ni begitu begini. etc. etc. Padahal jumpa makcik jaga toilet, orang ambil order, cashier, promoter je. Bayangkan bila buat presentation atau interview.
Disebabkan social phobia ni juga saya memilih untuk jadi surirumah. Bersembunyi dalam gua. Kalau boleh nak buang fon supaya tak ada kawan lama contact kata nak datang rumah.
Kalau keluar lagi banyak konflik. Bila nak pakai bedak dan baju cantik, rasa orang kata tabarruj (padahal biasa je). Kalau pakai tak cantik, rasa malu sebab hodoh. Semua pun tak confident sebab takut judgement.
Apa kesan social phobia? Saya rasa saya tak cantik walaupun cantik (haha), tak pandai walaupun pernah cemerlang, tak berdikari, menyusahkan, sunyi. Makin saya bersembunyi makin teruk fobia ni.
Teruk kan?
Saya pun rasa teruk sangat dah. Penat bersembunyi. Penat recall penyesalan kisah-kisah lama dalam mimpi tiap-tiap malam. Anak saya pun hadapi shyness yang teruk dan speech delay. Sekali lagi saya salahkan diri saya. Saya ingat dengan bersembunyi selama tiga tahun begitu, saya tak kacau ekosistem bumi dah. Rupa-rupanya pasti ada kesan pada orang paling dekat.
Jadi saya paksa diri bawa anak kesayangan saya keluar dan bersosial. Saya banyakkan berbual dengan anak. Saya paksa diri call mak. Saya nak bertindak atasi penyakit ni. Memang struggle, tapi saya tak mahu menyesal lagi.
Cukuplah saya menyesal tak kerap call arwah ayah dulu. Saya tak mahu menyesal untuk mak juga.
Cukuplah saya teruk di universiti dulu. Saya tak mahu jadi manusia lengai yang tak bermanfaat pada orang lain. Walaupun saya tak bekerjaya. Dulu saya pernah menjadi seorang jurutera dan penulis.
Once saya dah ada tekad macam tu, rasa takut tu kurang macam tu saja. Siap boleh offer diri nak beli KFC dalam bulan Ramadhan untuk anak tanpa takut judgement. Lidah tak gagap, otak tak serabut. Saya tahu apa yang saya cakap.
Saya latih diri berkomunikasi walaupun sekadar alam maya. Saya saja jual barang terpakai saya secara online supaya boleh bersosial.
Saya keluar melayan tetamu masa raya. Walaupun agak awkward dan nervous, saya berusaha. Saya juga menyambung menulis. Saya hubungi kawan-kawan lama. Saya dah jadi kurang pelupa. Bila tengok cermin, tak nampak flaw, hanya nampak pada kecantikan (yang seadanya). Saya dah suka nak beli baju baru sebab dah confident nak pakai apa pun.
Struggle tu masih banyak. Tapi hidup makin bahagia. Dunia ni nampak lain bila kita terasa kita terasa involved walaupun hanya duduk dalam rumah. Saya hanya perlu kurangkan mengadu yang saya ada fobia, instead berusaha mengubatnya. Doakan saya.
Kepada confessor, I feel you. Kita bukan mengada-ada. Kita memang sakit otak.
– ISFJ’s Lady
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit