Kekoklah Kerja Macam Ini

Assalamualaikum. Sebab mata ni susah lelap, nak luangkan masa sikit lah apa yang Ros tengah hadap sekarang dan nak mintak pendapat ramai, bantu Ros.

Ros dah kerja lama dekat ofis sekarang. Dah 3 orang dalam jabatan bertukar ganti bekerja dengan Ros. Dari Ros berjawatan biasa sekarang dah naik senior.

Sebelum ni pasangan bekerja dengan Ros perempuan. Dua orang je dalam jabatan Ros ni.

Tak nak cerita detail lah macam mana struktur ofis, cukup sekadar tau Ros kerja dekat anak syarikat. Jadi ada kumpulan besar jabatan di HQ sana.

Selama bekerja dengan perempuan, Ros selesa je. Sebabnya kerja Ros ni perlu kan perbincangan, lawatan tapak berdua dan semakan kerja bersama 1 meja.

Ye lah, benda dalam PC kan. Macam mana nak hangkut bincang jauh2. Bazir kertas kita nak print semua kan.

Kalau keluar pulak, dapat la enjoy sikit drive dalam kereta sambil borak-borak. Rakan 1 jabatan, mesti la syok bersembang bila orang lain tak ada.

Ros dulu masuk kerja bujang. Sekarang dah berkahwin. Jadi Ros tak ada lah lagi nak berseronok borak dengan suami orang, laki bujang dalam ofis macam sebelum Ros kahwin dulu.

Ros bukan jenis bertepuk tampar pun dengan lelaki. Cuma lepas kahwin, lagi selesa nak berborak dengan lelaki tu biar berteman.

Jadinya sekarang, bos ambil staff baru lelaki. Kerja bawah Ros. Aduhhh. Ros dah cakap dengan bos, tak boleh letak lelaki. Bos ni bukan muslim, jadi pada dia no hal la lelaki pun kan.

Bila jadi macam ni, Ros susah nak bercakap. Ni bukan kali pertama. Kali ke dua dah ni.

Kali pertama, Ros bahasakan kau-aku dengan budak baru. Benda jadi akward sebab gap umur. Ros tak nak orang address kakak. Ros nak rasa selesa bekerja. Rupanya cara ni tak kena.

Masuk orang baru, Ros guna saya-awak. Budak muda juga masuk. Memang Ros hanya bercakap banyak waktu dia orientasi je lah.

Lepas dari tu, Ros cuma bercakap bila perlu. Nak update kerja pun tak sampai 5 minit Ros boleh duduk semeja dengan dia. Ros mudah rasa tak selesa walaupun orang lain tak kata apa-apa.

Pada Ros susah nak berbincang, nak melawat site berdua. Selalu Ros akan selitkan waktu dengan jabatan lain. Supaya Ros tak perlu makan berdua, drive berdua dengan budak ni.

Ni bukan soal Ros takut jatuh hati ke pe eh. Suami Ros dah cukup untuk Ros. Jangan macam-macam.

Ni soal Ros tak selesa nak berkomunikasi berdua shj sepanjang masa walaupun berkait hal kerja, sebab perbincangan memang perlu duduk semeja dan rujuk dokumen sama-sama.

Macam mana ya Ros nak yakin bercakap? Ros dah senior. Kerja orang bawah Ros kena pantau, nak kena latih orang baru ni. Kalau dia tak cekap, Ros jugak yang penat nanti.

P/s : Kalau ada pilihan pakai mask dalam ofis, Ros akan bertambah yakin bercakap dengan budak baru ni. Yang paham je paham.

– Ros (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hai Ros. Kalau nak ada gap halal tu elok bahasakan aje diri sebagai akak. Saya dulu intern dah kena ajar intern laki lain yang baru masuk. Saya gelar diri akak je haha perasan senior. Bukan apa senang sikit nak jaga boundary.

    Ros ada adik atau adik sepupup/ipar? Anggap la junior tu macam adik2 kita je.

    Kalau Ros rasa selesa pakai mask, pakai je cakap je lately ni macam senang batuk atau bersin tiba2, so kena pakai mask prevention bila cakap dengan orang.

    Part visit site tu, kalau tak selesa satu kereta boleh je gerak kereta asing2. Dan makan pun tak semestinya perlu berdua.

    Lastly, banyak2 doa agar Allah bantu dan mudahkan serta minta dijauhkan dari fitnah and etc

  2. First kau nak pakai mask pakai ja lah. Ada budak pejabat aku dari zaman jerebu sebelum COVID-19 tahun 2019 dah pakai mask sampai sekarang biasa pakai mask. Elok ja orang lain layan.

    Second. Kau isteri orang kalau kena kerja berdua semeja memang patut bahasakan diri kakak dengan junior. Kau bukan anak gadis sunti ka andartu ka. Dah berpunya. So? Lebih selamat guna kakak sebab situasi kerja kau yang sukar nak jaga ikhtilat batasan pergaulan lain jantina. Jika berdua pasti ada ketiga. Syaitan!!!! Jadi selamba ja mulut acik acik. Baru tak kekok.

    Masa makan dan travel tak perlu makan sekali. Staff kau lelaki pandailah jadi anak jantan! Kalau makan sekali pastikan bertiga ada rakan sekerja lain.

    Tak mati pun makan dan travel asing. Kau hanya nak kerja secara professional. Bos kau pun harus faham. Bukan tugas kau nak bagi elaun travel dan makan. Syarikat bayar dan pandailah staff lelaki kau hidup yah!

    Problem solved

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *