Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Harap semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa patuh SOP :)
Nama saya Dhia, semestinya bukan nama sebenar dan berumur awal 20-an. Apa yang saya nak kongsikan lebih kepada luahan hati.
Sebelum tu saya nak kongsikan latar belakang diri dan keluarga. Saya dibesarkan dalam family yang sangat kuat bekerja dan membesar bersama dengan atuk dan nenek.
Kedua ibu bapa saya bekerja di luar negara dan meninggalkan saya memebesar dengan nenek sehingga berusia 12 tahun. Kemudian di pindahkan untuk belajar di sekolah di luar negara.
Apa yang saya nak kongsikan adalah ketika dibesarkan oleh atuk dan nenek di kampung saya diajar supaya menutup aurat, membaca al quran setiap kali lepas solat, solat berjemaah dan akan dirotan jika melewatkannya.
Suasana di kampung membentuk saya menjadi insan yang patuh pada perintah Allah.
Namun segalanya berubah apabila kedua ibu bapa saya kembali ke Malaysia untuk mengambil dan membawa saya tinggal bersama mereka.
Pada ketika itu perasaan menjadi berbelah bahagi, sedih meninggalkan orang yang menjaga saya dari bayi dan gembira kerana bakal tinggal serumah bersama ibu bapa di luar negara iaitu di eropah.
Namun keluarga di kampung memprovok saya mengatakan sangat bahaya untuk gadis mentah seperti saya tinggal di negara orang dan mungkin saya akan mudah meninggalkan semua perintah Allah.
Dan ya semua itu berlaku sekelip mata, dimana saya mula melewatkan solat dan seterusnya meninggalkan solat, kerana sibuk dengan aktiviti di sekolah sana, sayang untuk menanggalkan makeup,
Ibadah lain saya masih melakukannya namun solat adalah ibadah yang mudah saya tinggalkan, saya sedar ibu bapa juga tidak menegur dan membuatkan saya semakin lalai.
Perkara ini berlanjutan sehingga saya tamat sekolah tinggi, namun pada ketika itu hati saya terasa kosong, tidak tahu kenapa,
Namun rasa kehidupan walaupun bahagia namun seolah-olah tidak beerti, hati saya mati. Pada ketika itu, saya sedar Allah mungkin memberi peringatan supaya saya kembali kepadanya.
Wakti itu, saya cuma berfikir mahu kembali ke malaysia, saya nak mulakan kehidupan baru, saya ingin bertaubat setelah sekian lama meninggalkan solat dan kurang membaca quran.
Saya bertegas kepada ibu dan ayah untuk kembali ke pangkuan atuk dan nenek.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun kembali dan saya pula menyambung pelajaran di universiti awam, saya mula kembali kepada sang pencipta.
Saya masih ingat, solat pertama saya lakukan setelah selamat mendarat di Malaysia, perasaan pada ketika itu tak dapat digambarkan, terasa seolah saya dilahirkan semula, hilang segala beban dan kekosongan di dalam hati.
Saya bersyukur sehingga hari ini, Allah masih sayangkan saya dan memberi kesempatan supaya saya bertaubat dan memulakan kehidupan baru.
Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, saya sedar ini adalah ujian dari Allah untuk tingkatkan keimanan saya terhadapnya.
Point penting di sini adalah, pentingnya solat dalam kehidupan, jika hati kita terasa kosong atau tidak tenteram, maka segera berwudhuk dan tunaikan solat sunat. Kembalilah kepada sang pencipta, kita akan berasa lebih tenang.
Akhir kata, mohon doakan semoga saya terus kuat, dan doakan pelajaran saya.
Setelah apa yang jadi, saya mengambil keputusan untul sambung dalam bidang agama di univerisiti dengan harapan dapat membantu anak-anak lain di masa hadapan.
– Dhia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit