Assalamualaikum. Ingin aku kongsi kan sedikit pengalaman aku untuk terus menjadi kuat dan menjadi kekuatan untuk orang yang aku sayang.
10 tahun dahulu, aku di uji dengan kehilangan mama tersayang. Sungguh aku tidak percaya, tidak bersedia, tidak matang untuk terus kuat menerima berita kehilangan ini. Tapi aku akur dengan ketentuan Ilahi. Saat kehilangan, aku merasakan tiada guna untuk terus hidup tanpa sokongan kasih sayang dari mama. Tiada siapa yang nak untuk kehilangan ibu bapa mereka. Satu satunya kekuatan dan penyebab kita hidup di muka bumi ini.
Melalui kehilangan ini aku belajar untuk menyembunyikan kesedihan kesakitan keperitan sepanjang ketiadaan mama. Dan pertama kali aku melihat papa menangis teresak-esak. Tangisan papa, sangat sangat memberi kesan kepada aku. Aku sebagai anak perempuan sulong dalam keluarga mempunyai satu tanggungjawab yang besar untuk digalas selepas ketiadaan mama. Semua urusan di rumah yang menjadi kebiasaan mama, telah menjadi keutamaan aku.
Hari demi hari, aku telan pahitnya kehilangan , aku buang semua tangisan agar papa terus kuat untuk anak anak. Bagi aku, sedih mcm mana pun aku, aku tkkan biarkan papa nampak setitik airmataku yg keluar. Aku kena kuat demi papa, kalau aku terus menangis, papa juga akan terus menangis. Kehilangan yang cukup membawa aku ke tahap kekuatan mental yang sangat mencabar . 3 bulan selepas ketiadaan mama, aku diuji dengan penyakit (TB) *batuk kering. Berbulan bulan terlantar di hospital tanpa ditemani seorang ibu. Aku seorang diri setiap masa, papa sibuk menyelesaikan hal keluarga selepas ketiadaan mama. Sampai satu tahap, aku mengalami satu gangguan mental yang menyebabkan aku berkhayal, dan berhalusinasi. Dalam keadaan yang sakit, aku masih cuba dan akan terus mencuba untuk terus kuat dan sembunyi segala tangisan aku.
Pernah aku merasakan sudah cukup penat dengan semua ujian , tapi Allah maha berkuasa,alhamdulillah semuanya aku dapat atasi dan semakin pulih hendaknya. Kehilangan seorang ibu memang sangat memberi impak yang besar dalam hidup, kau akan hilang orang yang selalu membebel dekat kau, kau akan hilang semua sentuhan kasih sayang ibu kau, kau akan hilang semua nasihat dan semangat yang dia beri pada kau, kau akan hilang semua keenakan masakan kegemaran kau, semua benda yang kau lalui dengan ibu kau. Semua tu kau akan hilang . Kehilangan yang tiada ganti , Takkan pernah ada dan sama mcm ibu kau.
Pada aku semangat kekuatan tu paling penting. Sekali Allah uji bukan bermakna untuk mengagalkan kita tapi untuk memberi satu pengajaran yang sangat bermakna untuk diri kita. Apa yang aku dapat simpulkan dekat sini , walau mcm mana banyak sekalipun dugaan yang datang kau kena kuat. kuat untuk orang yang sayangkan kau dan orang yang kau sayang. Kekuatan dalam kehilangan.
– NA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit